Thursday, 21 November 2013

Turki Kami Datang Dis 2012 .. (7) ... hari keenam ... Bolu ... Istanbul ...


Pengembaraan hari ke enam agak kurang ceria kerana hujan sepanjang hari. Selepas bas kami meninggalkan Hotel Koru di Bolu, kami telah dibawa ke satu gedung pakaian yang menjual pakaian daripada kulit sahaja. Sebelum kami di bawa masuk ke ruang pameran, kami dihidangkan dengan pertunjukkan fesyen terlebih dahulu. Wah!!! Pandai betul strategi jualan mereka. Maka ramailah yang terpesona dengan kejelitaan dan kelincahan para peragawati, sampai ada yang tak berkelip mata memandangnya …

 Selepas kira-kira setengah jam, barulah mereka membawa kami semua ke ruang pameran di tinggkat satu dan tingkat dua.

 

Memang terdapat beribu helai pakaian yang diperbuat daripada 100% kulit dengan ciptaan terkini, tetapi harganya tiada sehelaipun yang kurang dari rm500.00. Walaupun begitu, ada juga diantara ahli rombongan yang berbelanja besar memborong beberapa helai jaket dan sebagainya. Aku sekadar mencuci mata.


Perjalan diteruskan menuju ke Istanbul iaitu destinasi terakhir kedatangan kami ke Turki. Belum pun lama bas bergerak, sudah ada yang minta supaya singgah di R&R untuk ke “bay n bayan” dan juga untuk solat. Bas pun berhenti di satu kawasan rehat yang kebetulan ada masjid kecil di sebelah belakang. Jadi ada yang ke “bay n bayan”, ada yang minum kopi panas untuk memanaskan badan dan ada yang menunaikan solat.
 

Kawasan rehat yang terdapat masjid di bahagian belakang, tidak banyak kenderaan yang singgah kerana hujan renyai-renyai yang berterusan.


Selesai makan tengah hari, bas meneruskan perjalanan ke Istanbul.  Saperti biasa kalau aku tak tidur aku hanya mendiamkan diri sahaja. Apabila aku sedar, bas kami telah pun memasuki Bandar Istanbul. Bas berlegar-legar menyusuri jalan-jalan yang agak sempit dan sebok dan akhirnya berhenti di suatu kawasan lapang.

Kami diturunkan di kawasan lapang yang di kenali sebagai Dataran Sultan Ahmet dan diselenggarakan oleh kerajaan Turki. Dahulunya kawasan ini adalah padang lumba kuda dan pusat sukan Constantinople semasa pemerintahan Maharaja Rom. Padang lumba kuda tersebut telah di tambak sedalam  lebih 6 kaki  dan kini dipenuhi dengan laman yang cantik semasa pemerintahan Othmanniyah. Di kenali juga sebagai Dataran Kuda. Dataran Sultan Ahmet ini berhampiran dengan Masjid Biru (Blue Mosque) dan juga Muzium Hagia Sophia.


 Kami terpaksa berpayung kerana hujan tidak berhenti sepanjang hari. Manakala sebelah kanan adalah tugu yang dikenali sebagai “The Walled Obelisk” yang telah dibina dalam abad ke 10 setinggi 32 meter oleh Maharaja Constantine VII. 


Ms Luna kemudiannya membawa kami untuk melawat Masjid Biru (Blue Mosque). Memandang kepada masjid yang sangat indah dan ditambah keindahan taman serta tumbuh-tumbuhan di sekeliling masjid itu membuatkan aku  tidak merasa penat walaupun terpaksa berjalan kaki agak jauh ke masjid itu. Pandangan dari luar memang tidak ada alasan untuk masjid tersebut disebut dengan nama Masjid Biru.

Masjid Biru ini telah dibangunkan semasa pemerintahan Sultan Ahmet I (1603 hingga 1617). Masjid ini mulai dibina pada tahun 1609 dan siap pada tahun 1616 yang mana rekabentuknya dihasilkan oleh Mehmed Aga. Masjid ini memiliki 6 menara, dengan kubah bergaris pusat 23.5 meter dan setinggi 43 meter. Masjid ini adalah satu dari dua buah masjid di Turki yang mempunyai enam menara, yang satu lagi berada di Adana.
Menurut ceritanya, Sultan Ahmet I meminta  Mehmed Aga untuk membina 4 menara bersalutkan emas. Kata emas dalam bahasa Turki adalah “altin” yang telah disalah erti oleh Mehmed Aga sebagai “alti” yang bermaksud enam dalam bahasa Turki. Apabila pembinaan masjid tersebut siap, Sultan Ahmet I terpukau dengan reka bentuk 6 menara tersebut. Namun bilangan menara itu menyamai bilangan menara di Masjidil Haram ketika itu. Khabarnya Sultan Ahmet I mendapat kritikan tajam sehingga akhirnya beliau menyumbangkan perbelanjaan untuk membina menara ketujuh untuk Masjidil Haram.


Sebelum memasuki masjid, kami mengambil wuduk terlebih dahulu ditempat wuduk  yang berderet di bahagian tepi bawah masjid yang kami lalui sebelum memasuki bahagian dalam kompleks masjid. Masjid Biru yang juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmet mempunyai kawalan yang ketat oleh pengawal keselamatan.

 

Apabila aku masuk ke dalam masjid, aku dapati ramai pengunjung berada di bahagian tengah dewan solat yang dikhaskan untuk pengunjung bukan islam, manakala pengunjung islam boleh terus kehadapan. Jadi dapatlah aku solat sunat tahiyatul masjid berhampiran dengan mihrab masjid. Malangnya tidak ramai pula dibahagian depan, mungkin pengunjung islam tidak ramai agaknya.

Lantainya dihiasi dengan permaidani sutera dari kilang permaidani Turki. Dinding dibahagian dalam dikemaskan dengan jubin seramik berwarna kebiruan yang bermotifkan daun tulip, mawar, anggur dan bunga delima yang tersusun indah. Menurut ceritanya lebih 20,000 keping seramik berkualiti tinggi yang dihasilkan di Iznik iaitu kilang menghasilkan seramik tersohor di Turki. Terdapat 260 tingkap di dalam masjid ini, sehingga bila kita berada didalamnya, suasananya redup, nyaman dan sejuk.

Elemen penting dalam masjid ini adalah mihrab yang dibuat dari marmar yang diukir dengan hiasan begitu halus dan teliti. Masjid ini telah direka bentuk sebegitu rupa agar semua orang yang berada didalam  masjid dapat melihat dan mendengar bacaan imam.

 
 Mimbar masjid juga begitu indah manakala kubah-kubah besar begitu menakjubkan.



Ruang solat untuk wanita di khaskan dibahagian belakang dewan solat utama. Selesai solat, mereka  tidak melepaskan peluang mengabdikan gambar kenangan di Masjid Biru.


Satelah puas berlegar-legar di dalam, aku berjalan keluar meninggalkan Masjid Biru dengan seribu kenangan dan perasaan sayu, untuk menuju ke Topkapi Palace. Isteriku telah keluar lebih awal tapi menungguku untuk sama-sama berjalan ke Topkapi Palace melalui Muzim Hagia Sophia. Sempat juga aku mengambil gambar Hagia Sophia yang begitu indah dibelakang kami. Namun kunjungan ke Hagia Sophia akan dilakukan keesukan harinya.
 
 

Akhirnya kami sampai juga ke Muzium Istana Topkapi

Apabila kerajaan Islam Turki Uthmanniyyah berjaya menawan Kota Constantinople pada tahun 1453, Sultan Mehmed II yang terkenal dengan gelaran Sultan Al-Fatih (penakluk) mendapati bahawa istana maharaja Rom yang dikenali sebagai Great Palace of Constantinople berada dalam keadaan uzur. Sultan Al-Fatih kemudian memerintahkan untuk membina sebuah istana yang baru ditempat yang paling strategik iaitu di atas tapak Bandar Kuno Rom yang menghadap ke Laut Marmara dan Selat Bosphorus. Binaannya dimulakan tahun 1459 dengan menggunakan bahan-bahan yang paling mahal. Di dalam kompleks istana terdapat sekolah untuk melatih kakitangan kerajaan dan askar. 

Kompleks istana tersebut pada awalnya dikenali sebagai Istana Baru = New Palace (Yeni Sarayi) untuk membezakan daripada istana lama. Dengan pembangunan yang dijalankan dari semasa ke semasa sehingga ke tahun 1850 termasuk tembok dan pintu pagar utama, kemudiannya Istana Baru dikenali sebagai Topkapi atau Cannon Gate (Pintu Meriam) dalam abad ke 19. Pembaikan juga telah dijalankan selepas gempa bumi tahun 1509 dan kebakaran yang berlaku tahun 1665. Keseluruhannya ia meliputi kawasan seluas 700,000 meter persegi yang boleh dihuni oleh seramai 4,000 orang.

Istana Topkapi merupakan kediaman 24 sultan yang memerintah Turki semenjak Sultan Mehmet al-Fatih. Apabila Sultan Abdul Majid memerintah  iaitu dari tahun 1839 hingga 1860, baginda  memilih untuk tinggal di Istana Dolmabahce, Bosphorus menyebabkan Istana Topkapi terbiar.

Selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmanniyyah dan pembentukan Repablik Turki oleh Mustaffa Kamal Ataturk pada tahun 1924, Istana Topkapi telah diubahsuai menjadi muzium dengan keluasan 100,000 meter persegi yang menempatkan lebih 200,000 dokumen, lebih 86,000 barangan antik dan 20 dewan pameran yang sentiasa diawasi dan dikawal oleh tentera Turki.

Di dalam Muzium Istana Topkapi  tersimpan pelbagai khazanah bersejarah dan berharga milik sultan-sultan Era Turki Uthmanniyyah seperti jubah, lukisan, senjata, perisai, baju, miniatur daerah kekuasaan Turki Uthmanniyyah, kaligrafi dan benda-benda berharga lain  saperti barangan peninggalan Nabi saw dan empat khalifah Ar-Rashidin.

Muzium Istana Topkapi telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) bagi bangunan yang harus dilindungi dalam tahun 1985.

Nak tahu lebih lanjut, jom kita jelajah….

 

Satelah berjalan agak jauh, akhirnya aku sampai ke pintu masuk ke Muzium Istana Topkapi. Nampaknya ramai orang berpusu-pusu untuk masuk walaupun hari hujan. Sementara menunggu semua ahli rombongan sampai, aku bergaya dihadapan “balai pengawal” cum tempat pertanyaan didepan pintu utama.


Gambar atas kiri .... selepas beratur agak panjang semasa melalui pemeriksaan di Pintu Utama (Pintu Babus Salam). Gambar atas kanan ... kami akhirnya dah masuk ke dalam kompleks Muzium Istana Topkapi.

 Jom teruskan ronda…



Aku baru sahaja keluar daripada bangunan Imperial Council yang kelihatan di belakangku. Bangunan ini menjadi tempat majlis-majlis mesyuarat serta persidangan yang diadakan oleh sultan-sultan Era Uthmanniyyah  dan juga tempat meraikan para pembesar dari luar negara. Majlis perkahwinan anak-anak sultan juga diadakan disini. Isteriku berada didalam salah satu bilik tetamu dibangunan tersebut. Hanya dibangunan ini boleh rakam gambar bahagian dalam, kerana kosong. Di bangunan pameran lain, semuanya tak boleh rakam gambar.

Daripada Imperial Council, aku berjalan ke satu lagi bangunan yang terdapat di kompleks Muzium Topkapi iaitu Perpustakaan Ahmet III yang pernah menyimpan lebih 3500 buah buku-buku berkenaan islam. Walau bagaimanapun, buku-buku tersebut telah dipindahkan.


Ini bangunan Perbendaharaan Utama (Imperial Treasury) yang mempunyai tiga bilik. Dulunya diguna untuk menyimpan barangan berharga yang dibeli daripada Mesir. Kini menyimpan koleksi lukisan, barang kemas, batu permata, set sudu garpu bersalut emas, baju besi yang dihias dengan emas kepunyaan Kamal Ataturk, termasuk pedang dan perisai.



Ini pula merupakan Pejabat Perbendaharaan Negara Turki ketika Era Uthmanniyyah. Kini dikenali sebagai Bilik Senjata (Weapons Room) yang tersimpan didalamnya lebih 400 senjata termasuk pedang kepunyaan sultan-sultan Era Uthmanniyyah.


Penat berjalan, kami berehat sebentar di beranda bangunan yang dulunya merupakan tempat penginapan tentera persekutuan, kini tersimpan didalamnya lebih 2500 helai pakaian berharga kepunyaan sultan-sultan Era Uthmanniyyah. Juga tersimpan adalah baju kaftan sutera berwarna merah dan emas yang dipakai oleh Sultan Al-Fatih yang masih dalam keadaan baik walaupun telah berusia lebih 550 tahun. Bangunan yang menghadap ke taman yang menghijau nyaman mata memandang, kini dikenali sebagai Sultan’s Costumes



 
Gambar kiri , kelihatan jauh dibelakang adalah Dapur Istana. Kini menempatkan barangan tembikar China yang diimpot semasa  Dinasti Sung, Yuan, Ming dan Qing. Juga terdapat barangan tembikar daripada Jepun dan Turki. Barangan tembikar tersebut dulunya digunakan oleh sultan-sultan yang memerintah ketika Era Uthmanniyyah..









Bila penat dah hilang, aku berjalan lagi menuju ke bangunan Paviliun Relikui Suci. Kelihatan pintu masuk ke bangunan yang juga dikenali sebagai Privy Chamber. Dulunya adalah pejabat sultan-sultan Era Uthmanniyyah semenjak tahun 1578. Selepas Istana Topkapi menjadi muzium, bangunan ini menempatkan barangan berharga peninggalan Nabi Muhammad saw saperti janggut Nabi saw,  pedang baginda, gigi Nabi saw yang tertanggal semasa perang Uhud, bendera, sajadah, tongkat, anak panah. Barangan lain yang menakjubkan adalah bekas telapak kaki kanan Nabi Muhammad SAW semasa peristiwa  Mi'raj. Bekas  telapak kaki kiri Nabi saw  kini tersimpan di Masjidil Aqsa, Jerusalem. Terdapat juga  beberapa surat  Nabi Muhammad SAW yang diutus kepada Muqawqis (pemimpin Kaum Kopts) dan Musaylima (si Pembohong). Surat untuk Muqawqis ditulis di daun kurma dan dijumpai  di Mesir pada tahun 1850. Selain daripada barang peninggalan Nabi saw,  terdapat juga  pedang-pedang milik Abubakar As-Shidiq, Umar bin Khatab, Usman bin Affan dan Ali bin Abu Thalib. Peninggalan bersejarah lain yang tersimpan disini adalah manuskrip Al Quran asal yang ditulis di atas lembaran kulit binatang iaitu sebelum Al Quran disatukan menjadi sebuah musaf. Antaranya ialah lembaran kulit binatang yang tertulis Surah Al-Qadar.


Isteriku berehat sebentar disalah sebuah kerusi yang terdapat dilaman. Gambar kanan .. dibahagian belakang ada tangga turun  ke bangunan  Mecidiye Pavilion yang sekarang menempatkan Restoran Konyah. Kelihatan dibelakang adalah Selat Bosphorus.


Satu lagi bangunan yang terdapat di kompleks Muzium Istana Topkapi, namun aku tidak naik ketas kerana tiada sejarahnya.


 Akhir sekali yang aku jejaki di dalam kompleks Muzium Istana Topkapi ialah sebuah masjid yang terletak dibahagian belakang kompleks dan menghadap ke Selat Bosphorus, namun kini kelihatannya sunyi daripada dikunjungi.
 
Lebih kurang dua jam ronda-ronda dalam kompleks Muzium Topkapi, kami beredar keluar untuk kedestinasi seterusnya iaitu  Spice Bazaar (Pasar Rempah).

Destinasi terakhir  pada hari itu yang kami lawati adalah “Spice Bazaar” atau Pasar Rempah yang memang terkenal dikalangan penduduk tempatan dan juga para pelancung. Spice Bazaar  yang terletak di kawasan Fatih merupakan bazar kedua terbesar selepas Grand Bazaar dibina diatas tanah Masjid Yeni (Yeni Mosque) dengan tujuan hasil daripada sewa kedai-kedai didalam bazar tersebut digunakan untuk membiayai perbelanjaan Masjid Yeni. Siap dibina tahun 1660. Pada awalnya, semua kedai disini menjual beratus-ratus  jenis rempah ratus sahaja, namun lama-kelamaan semakin banyak kedai yang menjual barangan keperluan lain.

Gambar atas kiri … pintu masuk ke Spice Bazaar berhampiran dengan Masjid Yeni yang kelihatan menaranya. Semasa kami tiba di depan Spice Bazaar hari masih terang tetapi hujan renyai-renyai masih belum reda. Kami berkumpul dipintu masuk menunggu Ms Luna memberi penerangan sebelum kami dibenarkan shopping di dalam Spice Bazaar.


  Beginilah keadaan di dalam Spice Bazaar, kedai berderetan dikanan kiri lorong menjual berbagai-bagai jenis rempah dan barangan lain.


  Lagi kedai-kedai yang menjual berbagai barangan di dalam Spice Bazaar.


Aku ronda-ronda dari satu lorong ke satu lorong, bukan mencari barang untuk dibeli tetapi mencari isteriku, aku terpisah daripada mereka tadi, namun tak bertemu … eh! aku dah sesat ke ?


  Satelah mundar-mandir di dalam Bazaar, sedar-sedar aku dah menemui jalan keluar. Keadaan diluar telah berubah menjadi gelap kerana malam telah menjelma. Hujan renyai-renyai masih berlarutan.


 

Kami kemudiannya di bawa kesebuah restoran untuk makan malam. Menunya agak istemewa kerana ada me goreng mamak. Aku makan agak berlebihan .. maklumlah badan dah penat, perut pula dah lapar. Selesai makan, Ms Luna memberikan pos yang istimewa untuk kami rakam.


Malam itu agak lewat kami sampai di hotel. Hotel kami Celal Aga Konagi yang bertaraf lima bintang di tengah-tengah bandar Instanbul...memang best tidur malam tu!!!.

No comments:

Post a comment