Thursday 21 November 2013

Turki Kami Datang Dis 2012 .. (10) .. hari akhir ….. Istanbul … Kuala Lumpur …


Ini adalah hari terakhir kami berada di Turki, jakaannya pada sebelah tengah hari kami akan terbang pulang ke Malaysia dan kami perlu mendaftar keluar dari hotel jam 10.00 pagi. Oleh itu kami perlu berkemas barang supaya tak ada yang tertinggal.



Pagi itu kami turun sarapan agak awal kerana aku dan isteri ada perancangan untuk menziarahi sebuah lagi masjid yang berhampiran dengan hotel penginapan kami, yang mana aku telah pun solat subuh berjemaah di masjid tersebut subuh itu.


Inilah masjid yang sempat aku ziarahi pagi itu bersama isteri dan juga Mak Lang.  Hanya lebihkurang lima minit sahaja berjalan kaki dari hotel penginapan. Masjid tersebut di namakan Masjid Sehzade yang juga dikenali sebagai Masjid Sehzade Mehmet. Dibangunkan semasa pemerintahan Sultan Sulaiman bagi mengingati  anaknya iaitu Sehzade Mehmet yang meninggal dunia semasa kecil. Akitek Sinan telah mereka bentuk masjid tersebut termasuk dapur dan sekolah. Berbentuk empat segi dengan bumbung kubah sebesar 18.42 meter garis pusat dan empat kubah kecil yang kesemuanya didirikan diatas 4 batang tiang utama setinggi 38 meter.  Dikanan kiri terdapat menara yang dihias cantik. Mula dibina tahun 1543 dan siap tahun 1548.
   

Dewan solatnya agak luas dan dikemasi dengan permaidani yang berkualiti tinggi. Sempat juga aku bersolat tahiatul masjid dan solat sunat dzuha pada pagi itu. Syukur segala puji bagi Allah swt. Dindingnya dikemasi dengan seramik berkualiti tinggi.

Ruang mihrab begitu indah dan luas dikemasi dengan seramik berkualiti tinggi, begitu juga mimbarnya juga dihias cantik.

Empat buah kubah kecil yang menahan kubah besar dihiasi dengan seramik yang berbagai corak dan warna. Kebanyakan reka bentuk masjid di Istanbul hamper sama kerana mereka menjadikan Hagia Sophia sebagai model.

Gambar kiri .... pintu masuk ke dalam masjid Sehzade . Gambar kanan …. Kalau di rumah, Mak Lang memang banyak membela kucing sehingga di kenali sebagai Ummu Hurairah, rupa-rupanya kuncing-kuncing di Istanbul pun menyukai Mak Lang.

Tepat jam 10.00 pagi kami meninggalkan Hotel Celal Aga Konagi  setelah dua malam menginap di situ. Hotel tersebut bertaraf lima bintang. Bas kami terus bergerak perlahan-lahan menuju ke Lapangan Terbang Kamal Ataturk. Tidak lama kemudian, Mak Ngah, Mak Lang dan Mak Poon telah bersedia untuk pulang dengan wajah yang menunjukkan keceriaan…..

….. selamat tinggal Istanbul…..

No comments:

Post a Comment