Monday 14 August 2017

Memori Percutian Perth Jun 2016 … hari kedua.



Hari kedua, pagi-pagi lagi kami semua sudah bersiap untuk memulakan pengembaraan. Pengembaraan hari kedua akan menempuh jarak yang jauh.

Selepas sarapan pagi, lebih kurang jam 7.30 pagi kami sudah memunggah barangan keperluan ke dalam kereta. Destinasi pertama pada pagi itu ialah Gravity Discovery Centre.

GPS telah di set, aku pun memulakan pemanduan saperti di arahkan. Jalan-jalan di sekitar Balcatta masih lagi lengang, namun tidak boleh memandu laju kerana had laju yang rendah. Aku memandu melalui jalan-jalan Mitchell Road, Wanneroo Road, Burns Beach Road dan Military Road.

Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami sudah sampai di persimpangan jalan masuk ke Gravity Discovery Centre.



Dah sampai di simpang masuk ke Gravity Discovery Centre



Di jalan masuk ke Gravity Discovery Centre



 Malangnya belum buka lagi.


Walaupun sampai ke simpang jalan masuk untuk ke destinasi pertama, tetapi oleh kerana kami sampai jam 9.00 pagi, pintu masuk belum di buka lagi. Kalau nak tunggu, hampir satu jam, oleh kerana perjalanan hari kedua adalah jauh, jadi kami buat keputusan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Dari Military Road, aku terus memandu dan masuk ke Indian Ocean Drive untuk menuju ke Lancelin.



Akhirnya sampai ke persimpangan masuk ke Lancelin dan aku meneruskan pemanduan menyusuri Lancelin Road.




Dah sampai di Lancelin, tetapi dimana Lancelin Sand Dune?.




Dengan bantuan GPS, akhirnya aku menjumpai jalan untuk masuk ke kawasan padang pasir yang putih melepak itu.

 


Singgah sebentar di Lancelin Visitor Centre untuk bertanya lebih kurang dan menyewa papan gelongsor.




Dah sampai di kawasan berpasir yang putih melepak.

 

 Bersama papan gelongsor yang kami sewa.




Bergaya bersama papan gelongsor



Aksi pertama menggelongsor di atas papan, seram juga nak menuruni bukit pasir yang curam.

Aksi seterusnya, dah macam professional.



Kakak-kakak ipar dan birasku, hanya menjadi penonton sahaja.



Selepas hampir satu jam bermain papan gelongsor di atas bukit pasir yang indah, kami meninggalkan Lancelin Sand Dune untuk ke destinasi selanjutnya. Namun dalam perjalanan keluar, kami singgah di satu kawasan rehat kerana ada yang ingin ke tandas dan aku pula ingin meminum kopi panas.

Tempat tumpuan utama ialah tandas awam.



Kedai bakeri yang terletak di hadapan tandas awam.



Aku sempat membeli secawan kopi panas untuk meradakan kesejukan yang semakin mendingin.



Aku dan isteri bersama secawan kopi panas.



Mereka sempat bergambar bersama kawanan burung merpati yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.


Dari kawasan rehat ini, aku terus memandu keluar dari bandar kecil Lancelin dan masuk semula ke Indian Ocean Drive untuk menuju ke arah Cervantas. Dengan kelajuan purata 100 km sejam, dalam masa satu jam kami sudah menghampiri Pinnacle Desert.


Pinnacle Desert dah tak jauh dari sini.
Beberapa minit kemudian, kami sampai di persimpangan jalan masuk ke Pinnacles Desert.

Papan tanda di persimpangan masuk ke Pinaccle Desert.

Aku membelok masuk ke jalan Pinnacles Drive dan terus ikut arahan papan tanda sehingga ke penghujung jalan bertar.


Papan tanda sebelum memasuki Pinnacle Desert dengan laluan jalan tanah merah.


Aku terus memandu mengikut laluan jalan tanah merah yang telah di tandakan dengan batu-batu di kanan kiri laluan. Laluan ini hanya satu hala.



Kami berhenti di satu kawasan untuk melihat kebesaran ciptaan Allah SWT.



Batu-batu yang timbul dari permukaan bumi kesan daripada hakisan pada bumi di sebabkan tiupan angin yang berlaku beratus-ratus tahun.



Pemandangan di bahagian lain.



Semua ceria dapat menjejakkan kaki di Pinnacles Desert.



Lagi pemandangan di Pinnacles Desert



Satu lagi pemandangan indah di Pinnacles Desert




Aku dan isteri.



Dari perhentian pertama, kami beralih ke kawasan tempat tinjau.






 Tangga naik ke tempat tinjau, perjalanan pergi balik lebih kurang 1 km.




Mereka dah kepenatan, tak kuasa nak naik ke tempat tinjau.




Salah satu pemandangan dari tempat tinjau.




Bukan nak jatuh, tapi nak bergaya.



Selepas meluangkan masa hampir satu jam, akhirnya kami bergerak keluar dari kawasan desert yang luas itu. Tapi sebelum tu, perlu ke tandas dahulu.




Tandas yang ada di kawasan letak kereta Pinnacles Desert.



Mangkuk tandas daripada besi tahan karat.


Sinki juga dari jenis besi tahan karat.



Kami juga sempat meluangkan sedikit masa untuk masuk ke Pinnacles Desert Discovery Centre.

Pinnacles Desert Discovery Centre




Pinnacles Desert Discovery Centre



Pinnacles Desert Discovery Centre



Selesai di Discovery Centre, aku terus memandu keluar ke Indian Ocean Drive menuju ke pekan kecil Cervantes. Dalam masa 30 minit kami sudah sampai di satu kawasan letak kereta berhampiran dengan laut. Kami lepak di situ untuk makan tengah hari bekalan yang kami bawa.

Tempat ni di panggil Thirsty Point Parking Area.


Masing-masing makan dengan ceria.



AKTIVITI LEPAS MAKAN





Di kawasan sebelah pakir. Jaga-jaga ada ular.




Awas ada ular dalam semak.


Mak Lang dan cucunya.



Kawasan ni di kenali sebagai Jurien Bay Marine Park



Perut dah kenyang, mata pun mulai mengantuk, namun perjalanan harus di teruskan. Aku memandu semula Kia Carnival menyusuri jalan-jalan Cervantes Road, Munbinea Road, Bibby Road dan akhirnya kami jumpa papan tanda di bawah.




Aku memperlahankan pemanduan dan membelok kekanan untuk masuk ke kawasan tersebut bagi meninjau apa yang ada di kawasan tersebut.


Setakat ini sahaja yang kami boleh masuk. Seterusnya adalah kawasan larangan.



Emu Down Wind Farm adalah satu kawasan yang menempatkan kincir angin gergasi untuk kegunaan menghasilkan tenaga elektrik. Para pengunjung tidak di benarkan masuk, hanya dapat melihat dari luar sahaja.



Pemandangan yang indah di belakang kami.







Kincir angin gergasi untuk menghasilkan tenaga elektrik




Sempat juga kami berselfi.



Kami meluangkan masa lebih kurang 20 minit di kawasan tinjau Emu Down Wind Farm sebelum meneruskan perjalan balik ke Perth. Destinasi akhir pada hari itu ialah Al Majid Mosque yang terletak di Walter Padbury Blvd, Perth. Berdasarkan kepada GPS, jarak perjalanan yang terpaksa kami tempuh ialah sekitar 200 km.


Dari Bibby Road, saya belok ke kanan ke Brand Highway untuk menuju ke arah Perth.


Persimpangan jalan dari Bibby Road ke Brand Highway



Salah satu pemandangan di Brand Highway


Persimpangan jalan ke Indian Ocean Drive, tetapi aku meneruskan pemanduan di Brand Highway kerana keadaan trafik agak lengang di laluan ini.



Kami singgah di stesen minyak Caltex di Cataby untuk mengisi minyak sambil ada yang ingin ke Tandas.


Perjalanan di teruskan  di Brand Highway. Jalan sentiasa lengang.



Alkhamdulillah, sudah tidak berapa jauh lagi akan sampai. Hari menghampiri gelap, tidak lama lagi waktu maghrib akan masuk.



Aku teruskan memandu, walaupun dalam keadaan agak letih dan mengantuk, namum dengan gelak ketawa isteri bersama kakak-kakaknya, dapat juga meredakan rasa mengantuk. Berpandukan kepada GPS yang telah aku tetapkan tempat tujuan, akhirnya kami sampai juga ke Al Majid Mosque di Padbury Blvd.


Waktu itu, solat maghrib berjemaah baru sahaja selesai dan para jemaah pun telah balik ke rumah masing-masing. Selepas meletak kereta, kami semua pun masuk ke kawasan masjid. Masuk waktu maghrib di Padbury ketika iaitu ialah jam 5.20 petang.



Sebelum terlupa, ambil gambar dahulu.



Penat, tetapi berasa puas kerana dapat singgah di Masjid ini.



Kami terus ke tempat wuduk untuk mengambil wuduk.


Semasa kami mengambil wuduk, kami berkomunikasi dalam bahasa melayu. Kami ingatkan tiada siapa yang faham bahasa Melayu, tapi dugaan kami meleset. Tiba-tiba kami di sapa oleh seorang yang agak berusia yang menggunakan bahasa Melayu dengan fasih. Selesai berwuduk, kami terus masuk ke dewan solat.



Dewan solat utama. Hanya tinggal beberapa jemaah yang masih ada untuk menunggu waktu solat Isyak.



Terasa lega selepas selesai solat qasar dan jamak maghrib dan isyak.



Bersama imam Masjid Al Majid yang telah datang untuk solat isyak.  Dialah yang telah menyapa kami semasa di ruang wuduk tadi.


Menurut imam Masjid Al Majid, beliau berasal daripada Melaka dan telah lebih dua puloh tahun menetap di kawasan berhampiran. Tambahnya ramai juga orang Malaysia yang telah berhijrah dan menetap di sekitar kawasan perumahan Padbury Blvd.


Selesai urusan solat, kami tidak menunggu masuknya waktu isyak dan kami memohon diri untuk meneruskan perjalanan ke Balcatta


Bergambar kenangan bersama bilal Masjid Al Majid (berbaju merah dan berkain pelikat).


Dari masjid Al Majid ke rumah penginapan kami di Balcatta hanya lebih kurang 10 km sahaja dan malam itu kami sampai di rumah jam 7.00 malam.