Monday 25 November 2013

Destinasi Cuti-cutiku ... Masjid India Muslim Ipoh



Pagi itu selepas sarapan pagi, kami bersiar-siar dikawasan hotel sebelum mendaftar keluar lebih kurang jam 10.00 pagi.

Saperti dirancang, pagi itu aku akan menziarahi beberapa masjid bersejarah disekitar Bandaraya Ipoh. Dari Heritage Hotel aku memandu melalui Jalan Raja Dihilir ke arah Bulatan Sultan Ismail untuk menuju ke Masjid India Muslim yang terletak di Jalan S.P. Seenivasagam. Dari bulatan Sultan Ismail aku mengambil Jalan Sultan Iskandar menghala ke arah Stesen Keretapi. Di persimpangan Jalan Sultan Yusoff aku membelok kekanan ke Jalan Sultan Yusoff. Aku terus memandu sehingga sampai ke Jalan S.P. Seenivasagan. Selepas kira-kira 50meter memandu, Masjid India Muslim kelihatan tersergam indah disebelah kanan jalan bertentang dengan padang bandaran dan bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael.

Masjid India Muslim diasaskan  oleh  Sheikh Adam pada tahun 1908. Sheikh Adam merupakan seorang ahli perniagaan India Muslim yang berjaya mengusahakan Kinta Aerated Water Factory dan Kinta Ice Works di Daerah Kinta pada ketika itu. Beliau seorang yang bermazhab Hanafi dan telah membina masjid tersebut di Jalan Clayton atau kini lebih dikenali sebagai Jalan S.P. Seenivasagam. Para pekerja yang membina masjid tersebut dibawa daripada India. Masjid tersebut merupakan masjid yang mula-mula dibina di Ipoh.

Pada awal pembinaan, tujuan utama  adalah untuk kegunaan komuniti India Muslim yang kebanyakkannya ahli perniagaan yang berada disekitar kawasan tersebut. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Padang Kota kerana terletak bertentangan dengan Padang Ipoh.

Bangunan masjid ini telah di ubahsuai dan diluaskan pada tahun 2001. Kerja-kerja pembaikan secara besar-besaran termasuk mengganti struktur bumbung yang dimakan anai-anai telah di jalankan antara tahun 2008 hingga 2011 dengan menelan belanja sekitar Rm200,000.

Didalam kawasan masjid juga terdapat sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan sebuah madrasah untuk pelajar mengaji dan bersekolah untuk mendalami pengajian Islam yang ditadbir di bawah kelolaan Ahli Jawatan Kuasa Masjid dengan dana disumbangkan oleh masyarakat India Muslim tempatan.

  

Tersergam indah … masjid yang bewarna hijau putih dibahagian luar, mempunyai senibina yang menarik kerana menggabungkan senibina Moghul yang hampir sama bentuknya dengan Diwan-i-Khas di Delhi, India.



Koridor bahagian belakang masjid agak luas, lantainya dikemasi dengan jubin seramik, silingnya dilengkapi dengan kipas serta lampu jenis “down light”. Dihujung sebelah kanan koridor ini adalah tempat mengambil wuduk. Satelah berwuduk, aku melangkah masuk ke dewan solat melalui pintu utama.



Dewan solat dihiasi dengan lampu “chandelier” yang tergantung megah ditengah-tengah, lantainya dikemasi permaidani berwarna hijau pekat, tiang-tiang dan dindingnya dikemasi dengan jubin yang berbagai bentuk yang menarik. Mihrab serta mimbar dihias cantik.



Lagi pemandangan di dalam dewan solat yang dihias cantik.

Gambar kiri … ini adalah pintu masuk utama ke dewan solat. Gambar kanan … tangga lilit untuk ke bumbung masjid yang terletak dibahagian kiri berhampiran tempat wuduk.


     
Gambar kiri (hujung) … ini adalah pintu gerbang utama untuk masuk kedalam kawasan masjid, namun  tidak digunakan lagi sebagai laluan masuk kerana  pintu pagarnya telah dikunci.

Gambar kiri (kanan) … burung-burung merpati yang selalu singgah di dataran Masjid India Muslim, Ipoh.






Kini Masjid India Muslim Ipoh bukan sahaja terbuka kepada semua masyarakat Islam berbagai keturunan untuk menunaikan solat malah fungsi serta peranannya dalam membangunkan dakwah Islam di negeri ini khususnya Ipoh memang tidak dapat dinafikan.

No comments:

Post a Comment