Wednesday 9 September 2015

Destinasi Cuti-cutiku .. Seoul Jun 2015 .. Ronda-ronda Seoul



Hari ke empat di Seoul, kami memulakan pengembaraan dengan pergi ke Istana Gyeongbokgung.

Selepas sarapan pagi, jam 8.30 pagi kami keluar berjalan kaki menuju ke stesen Itaewon. Di stesen Itaewon, kami menaiki subway ke arah Yaksu.  Sampai di stesen Yaksu kami turun untuk tukar tren ke  arah stesen Gyeongbokgung.


Beberapa minit kemudian, kami sampai di stesen Gyeongbokgung, kami turun dan keluar menuju pintu keluar no. 5 untuk ke Istana Gyeongbokgung.





Agak jauh juga kami berjalan kaki dilaluan keluar ke pintu no. 5 untuk ke Istana Gyeongbokgung. Di hujung laluan tersebut kena naik tangga lagi.




Pintu keluar no. 5 terletak didalam komplek Istana Gyeongbokgung. Naik tangga lagi untuk sampai ke Istana Gyeongbokgung





Kami singgah di Muzium Istana Kebangsaan Korea (National Palace Museum of Korea) sebelum masuk ke kawasan Istana.





Dihadapan National Palace Museum of Korea. Masuk adalah percuma.






Antara yang dipamerkan didalam muzium … pakaian raja-raja yang memerintah Korea.





Kenangan … kenderaan Maharaja Korea zaman Dinasti Joseon.






Selesai melihat-lihat di dalam muzium, kami keluar dan terus berjalan ke  arah pintu masuk Istana Gyeongbokgung.

Istana Gyeongbokgung merupakan istana terbesar dari lima buah istana yang dibina di zaman Dinasti Joseon. Terletak disebelah utara Bandar Seoul.

Istana Gyeongbokgung yang asal telah dibina dalam tahun 1394 oleh Jeong Do Jeon tetapi telah musnah semasa penaklukan Jepun dari tahun 1592 hingga 1598. Istana tersebut telah dibina semula dalam tahun 1860an semasa pemerintahan King Gojong (1852 – 1919).

Selepas pembunuhan Maharani Myeongseong oleh perisik Jepun pada tahun 1895, King Gojong tidak tinggal lagi di istana tersebut.



Dihadapan pintu masuk ke kawasan Istana Gyeongbokgung.






Pejabat jualan tiket.





Pintu Gerbang Istana Gyeongbokgung … pandangan dari arah dalam.






Bersama salah seorang pengawal pintu gerbang.




Proses pertukaran pengawal pintu gerbang.






Bersama salah seorang ketua pengawal pintu gerbang.





Selepas menghabiskan masa hampir satu setengah jam di Muzium dan Istana Gyeongbokgung, kami  beredar ke stesen Gyeongbokgung semula untuk menaiki tren ke  arah stesen Chungmuro. 




Sampai di stesen Chungmuro.





Di stesen Chungmuro, kami keluar mengikut pintu keluar no. 3 untuk ke Namsangol Hanok Village.






Dari pintu keluar no. 3, kami pusing kanan dan pergi ke  arah restoran Hollys Coffee, disitu ada tanda arah ke Namsangol Hanok Village.


 



Di hadapan pintu masuk ke Kompleks Namsangol Hanok Village. Jaraknya lebihkurang 100 meter dari restoran Hollys Coffee.




Namsangol Hanok Village adalah perkampungan rumah tradisional Korea (Hanok). Menempatkan lima buah rumah tradisional dari era Dinasti Joseon (1392-1910) yang telah dipindahkan dari beberapa tempat asal ke perkampungan ini. Antaranya ialah rumah ibubapa Maharani Yun iaitu permaisuri Raja Sunjong iaitu raja ke 27 Dinasti Joseon. Rumah Taekyeong,  bapa mertua Raja Sunjong. Rumah Park Yeonghyo iaitu menantu Raja Cheljong (raja ke 25 Dinasti Joseon). Rumah Lee Seungeop iaitu orang yang bertanggungjawab membina Istana Gyeongbokgung. Rumah Kim Chunyeong iaitu seorang ketua tentera di era Dinasti Joseon.

Rumah tradisional Korea dibina daripada kayu, tanah, batu, jerami, genting dan kertas. Tiang-tiangnya daripada kayu. Dinding daripada batu bata yang dihasilkan dari campuran tanah dan rumput. Lantainya daripada tanah yang dikeraskan.




Kami beraksi dengan pakaian tradisional rakyat Korea.





Pejabat penerangan Namsangol Hanok Village.





Bangsal keraf tangan … beberapa orang sedang menunjukkan kebolehan mengayam bakul daripada jerami.






Pentas utama di Namsangol Hanok Village untuk upacara persembahan.




Di hadapan pintu gerbang ke Namsangol Hanok Village.






Dihadapan salah sebuah pintu pagar ke rumah tradisional di Kampung Namsangol.




Dihadapan dewan serbaguna tradisional Kampung Namsangol.






Lagi … rumah tradisional di Kampung Namsangol.





Lagi … rumah tradisional di Kampung Namsangol.






Lagi … salah satu Hanok di Kampung Namsangol.





Pejabat jualan tiket untuk menonton pertunjukkan.





Semasa kami meronda di Kampung Namsangol Hanok, cuaca agak panas, jadi kami tidak berada lama di perkampungan Namsangol Hanok. Lantas kami berpatah balik, untuk melanjutkan ronda-ronda hari ke empat.






Kami masuk semula ke stesen Chungmuro melalui pintu no. 3 untuk ke stesen Myeongdong.






Sampai di stesen Myeongdong kami turun untuk ke destinasi seterusnya iaitu Namsam Cable Car Station.






Kami keluar melalui pintu no. 3, kemudian kami berjalan ke  arah sebelah kiri.





Kelihatan kedai 7-eleven di sebelah kanan jalan dan di hujung jalan adalah bangunan Pacific Hotel.





Kami terus sahaja berjalan disebelah kanan jalan ke  arah Pacific Hotel, dimana jalan berpecah menjadi dua iaitu dikanan dan kiri hotel Pacific.
 


Kami berjalan terus mengikut laluan sebelah kanan jalan.




Kami terus berjalan walaupun jalan agak mendaki, sehingga kelihatan tangga dihadapan sana dan kami pun naik tangga tersebut.







Tercungap-cungap juga, dah jalan mendaki, terpaksa naik tangga pula. Sampai sahaja di bahagian atas tangga, sudah kelihatan stesen kereta kabel yang di kenali sebagai Namsam Cable Car Station.





Kami terus masuk kedalam bangunan dan membeli tiket untuk menaiki kereta kabel ke Namsam Tower.






Tiket pergi balik kami, 34,000 won untuk empat orang.





Gambar kiri … kami duduk-duduk di ruang menunggu untuk naik kereta kabel. Kanan … kereta kabel yang kami naiki baru sahaja sampai.




Salah satu pemandangan dari kereta kabel.




Dalam kereta kabel tidak ada tempat duduk, semua penumpang mesti berdiri. Terasa agak gayat juga. Hanya lebihkurang sepuluh minit, kami dah sampai di stesen kereta kabel Menara Namsam.




Keluar sahaja dari kereta kabel, kena naik tangga lagi untuk ke dataran Namsam Tower. Kami singgah sebentar di Love Padlock Port, bukan untuk membeli padlock, tapi sekadar untuk mengambil gambar, lagi pun disitu dah ada berpuluh ribu padlock.




Kemudian, kami meneruskan pendakian anak tangga hingga sampai di dataran Namsam Tower.



Pejabat jualan tiket untuk naik ke Menara Namsam.




Kami mencari-cari port untuk makan tengah hari kerana perut sudah mulai berkeroncong, kaki sudah mulai kebas-kebas. Ronda-ronda di dataran Menara Namsam, akhirnya kami dapat satu pondok yang tiada penghuni. Apa lagi, kami pun keluarkan bekalan yang kami bawa.



Kami tak kesah orang pandang, kami buat muka selamba je kerana selain daripada kami, ada juga beberapa kumpulan lain yang sedang makan di situ.




Ini dia Menara Namsam … fungsinya sama macam Menara KL.




Menara Namsam dikenali juga sebagai Menara Seoul merupakan menara pemancar gelombang radio pertama di Korea yang masih digunakan hingga kini baik oleh station radio maupun television. Mula dibuka kepada orang ramai pada 15hb. Oktober 1980 dan semenjak itu menjadi salah satu tarikan pelancong yang mesti dilawati. Menara setinggi 236.7 meter terletak dipuncak bukit Namsam pada ketinggian 243m dari aras laut., menawarkan pemandangan yang indah sekitar Bandar Seoul. Terdapat kemudahan restoran yang mampu membuat satu pusingan setiap 48 minit menjadikan Menara Seoul sebagai menara terbaik di Asia.

Kami tidak naik ke Menara Namsam  kerana kesuntukan masa disamping harga tiketnya yang agak mahal iaitu 9,000 won untuk seorang. Kami hanya ronda-ronda di dataran menara sambil melihat persembahan yang sedang dijalankan ketika itu.



Salah satu persembahan oleh pasukan pengawal.






Lebihkurang jam 3.30 petang, kami menaiki semula kereta kabel untuk balik semula ke stesen Myeongdong. Dari stesen kereta kabel, kami berjalan kaki ke stesen Myeongdong. Arah balik, jalannya menurun, lega sikit. Di stesen Myeongdong,  kami menyeberang jalan untuk ke Hello Kitty Café yang terletak di no. 28, Myeongdong 4-gil, Jung-gu, Seoul.




Kami mencari-cari lokasi Hello Kitty Café berdasarkan kepada pelan di atas, akhirnya kami sampai juga.






Ini dia, baru jumpa Hello Kitty Café.




Di pintu masuk ke Hello Kitty Café … kena naik tangga lagi!




Duduk sebentar untuk menghilangkan penat berjalan kaki dari stesen kereta kabel Namsam.






Salah satu sudut di dalam Hello Kitty Café. Ambil gambar percuma, beli makanan dan minuman kena bayar.




Sementara menunggu makanan dan minuman yang kami pesan.





Makanan dan minuman yang kami beli di Hello Kitty Café untuk minum petang.





Selesai makan dan minum petang di Hello Kitty Café, kami bergegas keluar untuk mencari tempat solat kerana hari semakin petang.  Malam sebelumnya, kami telah selidiki dimana kami akan mendirikan solat.  Setiap restoran makanan halal di Seoul ada menyediakan bilik solat dan satu-satunya restoran makanan halal dikawasan Myeongdong adalah restoran Saffron yang terletak di Hotel Ibis.

Tanpa membuang masa, sebaik keluar dari Hello Kitty, kami pusing kiri dan berjalan terus sehingga jumpa simpang empat, kami terus lagi sehingga jumpa simpang empat kedua, kami belok kiri dan sudah nampak Hotel Ibis. Hotel ini bersetentangan dengan Komplek Belibelah Lotte.



Ibis Hotel Myeongdong … untuk ke Restoran Saffron, masuk kedalam dan terus berjalan ke bahagain belakang akan jumpa restoran tersebut.





Restoran Saffron … kami datang sini bukan untuk makan tetapi untuk solat sahaja. Kami terus pergi ke kaunter dan meminta kebenaran untuk tumpang solat. Mereka dengan besar hati membenarkan kami semua solat dibilik solat yang agak besar juga, tetapi terpaksa ambil wuduk di bilik air yang terletak diluar restoran. Tak apalah, yang penting dapat menunaikan kewajipan kepada Allah swt.





Selesai solat, kami ronda lagi dan berjalan kaki ke Namdaemon Market.



Sampai di kawasan Namdaemon Market, kami dapati banyak kedai sudah mulai ditutup. Rupanya mereka berniaga siang hari sahaja.




Tetapi, alang-alang dah sampai, kami tetap ronda juga. Tak beli apa-apa pun, sekadar tengok-tengok je, tak kena bayar.





Bila hari mulai gelap, kami berpatah balik ke kawasan Myeongdong. Disini keadaannya lebih meriah. Orang ramai mulai datang berpusu-pusu.







Jalan-jalan dipenuhi dengan orang berniaga. Suasana serupa macam di jalan TAR pada malam minggu.




Lagi keadaan di Jalan Myeongdong 4-gil.




Tak lama kami meronda-ronda di jalan Myeongdong, kami balik ke stesen Myeongdong. Dari stesen Myeongdong, kami menaiki tren ke  arah Samgakji. Di stesen Samgakji, kami turun dan tukar tren ke  arah Itaewon.


Malam tu kami nak rasa makan di salah satu restoran muslim yang banyak terdapat di sekitar Itaewon. Semasa aku ke Masjid Seoul dua hari lepas, aku banyak melihat restoran makan halal di kanan dan kiri sepanjang jalan ke  arah masjid. Jadi, aku ajak isteri dan anak-anak ke sana.





Sampai sahaja kami di stesen Itaewon, kami keluar melalui pintu 3.




Dari pintu keluar no. 3, kami berjalan terus ke hadapan sehingga ke simpang dimana terdapat restoran Mr. Kebab, kami belok ke kanan dan berjalan terus ke  arah Masjid Seoul.






Antara restoran muslim yang terdapat disepanjang jalan ke Masjid Seoul yang kami lewati dan sempat snap fotonya.






Kami berjalan terus dan berhenti di restoran ini ... Restoran Little India Seoul. Restoran ini menarik perhatian kami kerana motonya ‘Finger Licking Good’. Kami pun masuk.




Restoran Little India Seoul menyajikan pelbagai jenis makanan dari India seperti ayam masala, ayam vindaloo, ayam tandoori, kari ayam, naan dan nasi beriani. Disini kebanyakan menunya  berharga 10,000 won (~ rm30/-) dan keatas.



Kami pun memesan nasi beriani kambing biasa dan nasi beriani ayam biasa kerana itulah menu yang paling murah. Itu pun 13,000 won setiap satu.





Makanan dah sampai, tunggu apa lagi perut pun dah kosong. Padan dengan harganya, satu pinggan penuh boleh makan tiga orang.




“Ya Allah! Berikanlah keberkatan  kepada kami di atas rezeki yang Engkau berikan dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka” Memang lazak rasanya.



Kami berempat makan sampai kenyang, tetapi kami tidak mampu untuk menghabiskannya. Jadi kami minta pelayan restoran untuk membungkusnya supaya kami boleh bawa balik. Selesai makan malam, kami berjalan kaki balik ke rumah penginapan kami untuk buat persiapan cuti-cuti Seoul hari ke lima.