Pengembaraan
hari ke enam agak kurang ceria kerana hujan sepanjang hari. Selepas bas kami
meninggalkan Hotel Koru di Bolu, kami telah dibawa ke satu gedung pakaian yang
menjual pakaian daripada kulit sahaja. Sebelum kami di bawa masuk ke ruang
pameran, kami dihidangkan dengan pertunjukkan fesyen terlebih dahulu. Wah!!!
Pandai betul strategi jualan mereka. Maka ramailah yang terpesona dengan
kejelitaan dan kelincahan para peragawati, sampai ada yang tak berkelip mata
memandangnya …
Selepas kira-kira
setengah jam, barulah mereka membawa kami semua ke ruang pameran di tinggkat
satu dan tingkat dua.
Memang
terdapat beribu helai pakaian yang diperbuat daripada 100% kulit dengan ciptaan
terkini, tetapi harganya tiada sehelaipun yang kurang dari rm500.00. Walaupun
begitu, ada juga diantara ahli rombongan yang berbelanja besar memborong
beberapa helai jaket dan sebagainya. Aku sekadar mencuci mata.
Perjalan
diteruskan menuju ke Istanbul iaitu destinasi terakhir kedatangan kami ke
Turki. Belum pun lama bas bergerak, sudah ada yang minta supaya singgah di
R&R untuk ke “bay n bayan” dan juga untuk solat. Bas pun berhenti di satu
kawasan rehat yang kebetulan ada masjid kecil di sebelah belakang. Jadi ada
yang ke “bay n bayan”, ada yang minum kopi panas untuk memanaskan badan dan ada
yang menunaikan solat.
Kawasan rehat yang
terdapat masjid di bahagian belakang, tidak banyak kenderaan yang singgah
kerana hujan renyai-renyai yang berterusan.
Selesai
makan tengah hari, bas meneruskan perjalanan ke Istanbul. Saperti biasa kalau aku tak tidur aku hanya
mendiamkan diri sahaja. Apabila aku sedar, bas kami telah pun memasuki Bandar
Istanbul. Bas berlegar-legar menyusuri jalan-jalan yang agak sempit dan sebok
dan akhirnya berhenti di suatu kawasan lapang.
Kami
diturunkan di kawasan lapang yang di kenali sebagai Dataran Sultan Ahmet dan diselenggarakan
oleh kerajaan Turki. Dahulunya kawasan ini adalah padang lumba kuda dan pusat
sukan Constantinople semasa pemerintahan Maharaja Rom. Padang lumba kuda
tersebut telah di tambak sedalam lebih 6
kaki dan kini dipenuhi dengan laman yang
cantik semasa pemerintahan Othmanniyah. Di kenali juga sebagai Dataran Kuda.
Dataran Sultan Ahmet ini berhampiran dengan Masjid Biru (Blue Mosque) dan juga
Muzium Hagia Sophia.
Kami terpaksa berpayung
kerana hujan tidak berhenti sepanjang hari. Manakala sebelah kanan adalah tugu yang dikenali sebagai “The
Walled Obelisk” yang telah dibina dalam abad ke 10 setinggi 32 meter oleh
Maharaja Constantine VII.
Ms Luna
kemudiannya membawa kami untuk melawat Masjid
Biru (Blue Mosque). Memandang kepada masjid yang sangat indah dan
ditambah keindahan taman serta tumbuh-tumbuhan di sekeliling masjid itu
membuatkan aku tidak merasa penat
walaupun terpaksa berjalan kaki agak jauh ke masjid itu. Pandangan dari luar
memang tidak ada alasan untuk masjid tersebut disebut dengan nama Masjid Biru.
Masjid Biru ini telah dibangunkan semasa
pemerintahan Sultan Ahmet I (1603 hingga 1617). Masjid ini
mulai dibina pada tahun 1609 dan siap pada tahun 1616 yang mana rekabentuknya
dihasilkan oleh Mehmed Aga. Masjid ini memiliki 6 menara, dengan kubah bergaris
pusat 23.5 meter dan setinggi 43 meter. Masjid ini adalah satu dari dua buah
masjid di Turki yang mempunyai enam menara, yang satu lagi berada di Adana.
Menurut ceritanya, Sultan Ahmet I meminta Mehmed Aga untuk membina 4 menara bersalutkan
emas. Kata emas dalam bahasa Turki adalah “altin” yang telah disalah erti oleh
Mehmed Aga sebagai “alti” yang bermaksud enam dalam bahasa Turki. Apabila
pembinaan masjid tersebut siap, Sultan Ahmet I terpukau dengan reka bentuk 6
menara tersebut. Namun bilangan menara itu menyamai bilangan menara di Masjidil
Haram ketika itu. Khabarnya Sultan Ahmet I mendapat kritikan tajam sehingga
akhirnya beliau menyumbangkan perbelanjaan untuk membina menara ketujuh untuk
Masjidil Haram.
Sebelum
memasuki masjid, kami mengambil wuduk terlebih dahulu ditempat wuduk yang berderet di bahagian tepi bawah masjid
yang kami lalui sebelum memasuki bahagian dalam kompleks masjid. Masjid Biru
yang juga dikenali sebagai Masjid Sultan Ahmet mempunyai kawalan yang ketat
oleh pengawal keselamatan.
Apabila
aku masuk ke dalam masjid, aku dapati ramai pengunjung berada di bahagian tengah
dewan solat yang dikhaskan untuk pengunjung bukan islam, manakala pengunjung
islam boleh terus kehadapan. Jadi dapatlah aku solat sunat tahiyatul masjid
berhampiran dengan mihrab masjid. Malangnya tidak ramai pula dibahagian depan,
mungkin pengunjung islam tidak ramai agaknya.
Lantainya dihiasi dengan permaidani sutera dari
kilang permaidani Turki. Dinding dibahagian dalam dikemaskan dengan jubin
seramik berwarna kebiruan yang bermotifkan daun tulip, mawar, anggur dan bunga
delima yang tersusun indah. Menurut ceritanya lebih 20,000 keping seramik
berkualiti tinggi yang dihasilkan di Iznik iaitu kilang menghasilkan seramik
tersohor di Turki. Terdapat 260 tingkap di dalam masjid ini, sehingga bila kita
berada didalamnya, suasananya redup, nyaman dan sejuk.
Elemen penting dalam masjid ini adalah mihrab
yang dibuat dari marmar yang diukir dengan hiasan begitu halus dan teliti. Masjid
ini telah direka bentuk sebegitu rupa agar semua orang yang berada didalam masjid dapat melihat dan mendengar bacaan
imam.
Ruang solat untuk
wanita di khaskan dibahagian belakang dewan solat utama. Selesai solat,
mereka tidak melepaskan peluang
mengabdikan gambar kenangan di Masjid Biru.
Satelah puas
berlegar-legar di dalam, aku berjalan keluar meninggalkan Masjid Biru dengan
seribu kenangan dan perasaan sayu, untuk menuju ke Topkapi Palace. Isteriku
telah keluar lebih awal tapi menungguku untuk sama-sama berjalan ke Topkapi
Palace melalui Muzim Hagia Sophia. Sempat juga aku mengambil gambar Hagia
Sophia yang begitu indah dibelakang kami. Namun kunjungan ke Hagia Sophia akan
dilakukan keesukan harinya.
Akhirnya kami sampai juga ke Muzium
Istana Topkapi
Apabila kerajaan
Islam Turki Uthmanniyyah berjaya menawan Kota Constantinople pada tahun 1453,
Sultan Mehmed II yang terkenal dengan gelaran Sultan Al-Fatih (penakluk)
mendapati bahawa istana maharaja Rom yang dikenali sebagai Great Palace of
Constantinople berada dalam keadaan uzur. Sultan Al-Fatih kemudian
memerintahkan untuk membina sebuah istana yang baru ditempat yang paling strategik iaitu di atas tapak Bandar Kuno Rom yang
menghadap ke Laut Marmara dan Selat Bosphorus. Binaannya
dimulakan tahun 1459 dengan menggunakan bahan-bahan yang paling mahal. Di dalam kompleks istana terdapat sekolah untuk melatih
kakitangan kerajaan dan askar.
Kompleks
istana tersebut pada awalnya dikenali sebagai Istana Baru = New Palace (Yeni Sarayi) untuk membezakan daripada
istana lama. Dengan pembangunan yang dijalankan dari semasa ke semasa sehingga
ke tahun 1850 termasuk tembok dan pintu pagar utama, kemudiannya Istana Baru
dikenali sebagai Topkapi atau Cannon Gate (Pintu Meriam) dalam abad ke 19.
Pembaikan juga telah dijalankan selepas gempa bumi tahun 1509 dan kebakaran
yang berlaku tahun 1665. Keseluruhannya ia meliputi kawasan seluas 700,000
meter persegi yang boleh dihuni oleh seramai 4,000 orang.
Istana
Topkapi merupakan kediaman 24 sultan yang memerintah Turki semenjak Sultan
Mehmet al-Fatih. Apabila
Sultan Abdul Majid memerintah iaitu dari
tahun 1839 hingga 1860, baginda memilih
untuk tinggal di Istana Dolmabahce, Bosphorus menyebabkan Istana Topkapi
terbiar.
Selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmanniyyah dan
pembentukan Repablik Turki oleh Mustaffa Kamal Ataturk pada tahun 1924, Istana
Topkapi telah diubahsuai menjadi muzium dengan keluasan 100,000 meter persegi
yang menempatkan lebih 200,000 dokumen, lebih 86,000 barangan antik dan 20
dewan pameran yang sentiasa diawasi dan dikawal oleh tentera Turki.
Di
dalam Muzium Istana Topkapi tersimpan
pelbagai khazanah bersejarah dan berharga milik sultan-sultan Era Turki
Uthmanniyyah seperti
jubah, lukisan, senjata, perisai, baju, miniatur daerah kekuasaan Turki
Uthmanniyyah, kaligrafi dan benda-benda berharga lain saperti barangan
peninggalan Nabi saw dan empat khalifah Ar-Rashidin.
Muzium Istana Topkapi telah diiktiraf sebagai tapak warisan
dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-bangsa
Bersatu (UNESCO) bagi bangunan yang harus dilindungi dalam tahun 1985.
Nak tahu lebih lanjut, jom kita jelajah….
Satelah
berjalan agak jauh, akhirnya aku sampai ke pintu masuk ke Muzium Istana
Topkapi. Nampaknya ramai orang berpusu-pusu untuk masuk walaupun hari hujan. Sementara
menunggu semua ahli rombongan sampai, aku bergaya dihadapan “balai pengawal” cum
tempat pertanyaan didepan pintu utama.
Gambar atas kiri .... selepas beratur agak panjang semasa melalui pemeriksaan di Pintu Utama (Pintu Babus Salam). Gambar atas kanan ... kami
akhirnya dah masuk ke dalam kompleks Muzium Istana Topkapi.
Jom
teruskan ronda…
Aku baru sahaja keluar daripada
bangunan Imperial Council yang kelihatan di belakangku. Bangunan ini
menjadi tempat majlis-majlis mesyuarat serta persidangan yang diadakan oleh
sultan-sultan Era Uthmanniyyah dan juga
tempat meraikan para pembesar dari luar negara. Majlis perkahwinan anak-anak
sultan juga diadakan disini. Isteriku berada didalam salah satu bilik tetamu
dibangunan tersebut. Hanya dibangunan ini boleh rakam gambar bahagian dalam,
kerana kosong. Di bangunan pameran lain, semuanya tak boleh rakam gambar.
Daripada
Imperial Council, aku berjalan ke satu lagi bangunan yang terdapat di kompleks
Muzium Topkapi iaitu Perpustakaan Ahmet
III yang pernah menyimpan lebih 3500 buah buku-buku berkenaan islam. Walau
bagaimanapun, buku-buku tersebut telah dipindahkan.
Ini
bangunan Perbendaharaan Utama (Imperial
Treasury) yang mempunyai tiga bilik. Dulunya diguna untuk menyimpan
barangan berharga yang dibeli daripada Mesir. Kini menyimpan koleksi lukisan,
barang kemas, batu permata, set sudu garpu bersalut emas, baju besi yang dihias
dengan emas kepunyaan Kamal Ataturk, termasuk pedang dan perisai.
Ini
pula merupakan Pejabat Perbendaharaan Negara Turki ketika Era Uthmanniyyah.
Kini dikenali sebagai Bilik Senjata
(Weapons Room) yang tersimpan didalamnya lebih 400 senjata termasuk pedang
kepunyaan sultan-sultan Era Uthmanniyyah.
Penat berjalan, kami berehat sebentar di beranda bangunan
yang dulunya merupakan tempat penginapan tentera persekutuan, kini tersimpan
didalamnya lebih 2500 helai pakaian berharga kepunyaan sultan-sultan Era
Uthmanniyyah. Juga tersimpan adalah baju kaftan sutera berwarna merah dan emas
yang dipakai oleh Sultan Al-Fatih yang masih dalam keadaan baik walaupun telah
berusia lebih 550 tahun. Bangunan yang menghadap ke taman yang menghijau nyaman
mata memandang, kini dikenali sebagai Sultan’s
Costumes.
Gambar kiri , kelihatan jauh dibelakang adalah Dapur Istana. Kini menempatkan
barangan tembikar China yang diimpot semasa
Dinasti Sung, Yuan, Ming dan Qing. Juga terdapat barangan tembikar
daripada Jepun dan Turki. Barangan tembikar tersebut dulunya digunakan oleh
sultan-sultan yang memerintah ketika Era Uthmanniyyah..
Bila
penat dah hilang, aku berjalan lagi menuju ke bangunan Paviliun Relikui Suci. Kelihatan pintu masuk ke bangunan yang juga
dikenali sebagai Privy Chamber. Dulunya
adalah pejabat sultan-sultan Era Uthmanniyyah semenjak tahun 1578. Selepas
Istana Topkapi menjadi muzium, bangunan ini menempatkan barangan berharga
peninggalan Nabi Muhammad saw saperti janggut Nabi saw, pedang baginda, gigi Nabi saw yang tertanggal
semasa perang Uhud, bendera, sajadah, tongkat, anak panah. Barangan lain
yang menakjubkan adalah bekas telapak kaki kanan Nabi Muhammad SAW semasa
peristiwa Mi'raj. Bekas telapak kaki kiri Nabi saw kini tersimpan di Masjidil Aqsa, Jerusalem.
Terdapat juga beberapa surat Nabi Muhammad SAW yang diutus kepada Muqawqis
(pemimpin Kaum Kopts) dan Musaylima (si Pembohong). Surat untuk Muqawqis
ditulis di daun kurma dan dijumpai di
Mesir pada tahun 1850. Selain daripada barang peninggalan Nabi saw, terdapat juga pedang-pedang milik Abubakar As-Shidiq, Umar
bin Khatab, Usman bin Affan dan Ali bin Abu Thalib. Peninggalan bersejarah lain
yang tersimpan disini adalah manuskrip Al Quran asal yang ditulis di atas
lembaran kulit binatang iaitu sebelum Al Quran disatukan menjadi sebuah musaf.
Antaranya ialah lembaran kulit binatang yang tertulis Surah Al-Qadar.
Isteriku berehat sebentar disalah sebuah
kerusi yang terdapat dilaman. Gambar kanan .. dibahagian belakang ada tangga
turun ke bangunan Mecidiye Pavilion yang
sekarang menempatkan Restoran Konyah.
Kelihatan dibelakang adalah Selat Bosphorus.
Satu
lagi bangunan yang terdapat di kompleks Muzium Istana Topkapi, namun aku tidak
naik ketas kerana tiada sejarahnya.
Akhir sekali yang aku jejaki di dalam kompleks Muzium Istana
Topkapi ialah sebuah masjid yang terletak dibahagian belakang kompleks dan
menghadap ke Selat Bosphorus, namun kini kelihatannya sunyi daripada dikunjungi.
Lebih kurang dua
jam ronda-ronda dalam kompleks Muzium Topkapi, kami beredar keluar untuk
kedestinasi seterusnya iaitu Spice Bazaar (Pasar Rempah).
Destinasi
terakhir pada hari itu yang kami lawati
adalah “Spice Bazaar” atau Pasar Rempah yang memang terkenal dikalangan
penduduk tempatan dan juga para pelancung. Spice Bazaar yang terletak di kawasan Fatih merupakan
bazar kedua terbesar selepas Grand Bazaar dibina diatas tanah Masjid Yeni (Yeni
Mosque) dengan tujuan hasil daripada sewa kedai-kedai didalam bazar tersebut
digunakan untuk membiayai perbelanjaan Masjid Yeni. Siap dibina tahun 1660.
Pada awalnya, semua kedai disini menjual beratus-ratus jenis rempah ratus sahaja, namun lama-kelamaan
semakin banyak kedai yang menjual barangan keperluan lain.
Gambar
atas kiri … pintu masuk ke Spice Bazaar berhampiran dengan Masjid Yeni yang
kelihatan menaranya. Semasa kami tiba di depan Spice Bazaar hari masih terang
tetapi hujan renyai-renyai masih belum reda. Kami berkumpul dipintu masuk
menunggu Ms Luna memberi penerangan sebelum kami dibenarkan shopping di dalam
Spice Bazaar.
Beginilah
keadaan di dalam Spice Bazaar, kedai berderetan dikanan kiri lorong menjual
berbagai-bagai jenis rempah dan barangan lain.
Lagi kedai-kedai yang
menjual berbagai barangan di dalam Spice Bazaar.
Aku ronda-ronda
dari satu lorong ke satu lorong, bukan mencari barang untuk dibeli tetapi
mencari isteriku, aku terpisah daripada mereka tadi, namun tak bertemu … eh!
aku dah sesat ke ?
Satelah
mundar-mandir di dalam Bazaar, sedar-sedar aku dah menemui jalan keluar.
Keadaan diluar telah berubah menjadi gelap kerana malam telah menjelma. Hujan
renyai-renyai masih berlarutan.
Kami kemudiannya di bawa kesebuah restoran untuk makan malam. Menunya agak istemewa kerana ada me goreng mamak. Aku makan agak berlebihan .. maklumlah badan dah penat, perut pula dah lapar. Selesai makan, Ms Luna memberikan pos yang istimewa untuk kami rakam.
Malam itu agak lewat kami sampai di hotel. Hotel kami Celal Aga Konagi yang bertaraf lima bintang di tengah-tengah bandar Instanbul...memang best tidur malam tu!!!.
No comments:
Post a Comment