Pagi itu selepas sarapan pagi, kami bersiar-siar dikawasan hotel sebelum
mendaftar keluar lebih kurang jam 10.00 pagi.
Saperti dirancang, pagi itu aku akan
menziarahi beberapa masjid bersejarah disekitar Bandaraya Ipoh. Dari Heritage
Hotel aku memandu melalui Jalan Raja Dihilir ke arah Bulatan Sultan Ismail
untuk menuju ke Masjid India Muslim yang terletak di Jalan S.P. Seenivasagam. Dari
bulatan Sultan Ismail aku mengambil Jalan Sultan Iskandar menghala ke arah
Stesen Keretapi. Di persimpangan Jalan Sultan Yusoff aku membelok kekanan ke
Jalan Sultan Yusoff. Aku terus memandu sehingga sampai ke Jalan S.P.
Seenivasagan. Selepas kira-kira 50meter memandu, Masjid India Muslim kelihatan
tersergam indah disebelah kanan jalan bertentang dengan padang bandaran dan
bersebelahan Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael.
Masjid India
Muslim diasaskan oleh Sheikh Adam pada tahun 1908. Sheikh Adam
merupakan seorang ahli perniagaan India Muslim yang berjaya mengusahakan Kinta Aerated Water Factory dan Kinta Ice Works di Daerah Kinta pada
ketika itu. Beliau seorang yang bermazhab Hanafi dan telah membina masjid
tersebut di Jalan Clayton atau kini lebih dikenali sebagai Jalan S.P.
Seenivasagam. Para pekerja yang membina masjid tersebut dibawa daripada India.
Masjid tersebut merupakan masjid yang mula-mula dibina di Ipoh.
Pada awal
pembinaan, tujuan utama adalah untuk
kegunaan komuniti India Muslim yang kebanyakkannya ahli perniagaan yang berada
disekitar kawasan tersebut. Masjid ini
juga dikenali sebagai Masjid Padang
Kota kerana terletak bertentangan dengan Padang Ipoh.
Bangunan masjid ini telah di
ubahsuai dan diluaskan pada tahun 2001. Kerja-kerja pembaikan secara
besar-besaran termasuk mengganti struktur bumbung yang dimakan anai-anai telah
di jalankan antara tahun 2008 hingga 2011 dengan menelan belanja sekitar
Rm200,000.
Didalam kawasan masjid juga terdapat sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan sebuah madrasah untuk pelajar mengaji dan bersekolah untuk mendalami pengajian Islam yang ditadbir di bawah kelolaan Ahli Jawatan Kuasa Masjid dengan dana disumbangkan oleh masyarakat India Muslim tempatan.
Tersergam indah … masjid yang bewarna hijau putih dibahagian luar, mempunyai
senibina yang menarik kerana menggabungkan senibina Moghul yang hampir sama bentuknya dengan Diwan-i-Khas di
Delhi, India.
Koridor
bahagian belakang masjid agak luas, lantainya dikemasi dengan jubin seramik,
silingnya dilengkapi dengan kipas serta lampu jenis “down light”. Dihujung
sebelah kanan koridor ini adalah tempat mengambil wuduk. Satelah berwuduk, aku
melangkah masuk ke dewan solat melalui pintu utama.
Dewan
solat dihiasi dengan lampu “chandelier”
yang tergantung megah ditengah-tengah, lantainya dikemasi permaidani berwarna
hijau pekat, tiang-tiang dan dindingnya dikemasi dengan jubin yang berbagai
bentuk yang menarik. Mihrab serta mimbar dihias cantik.
Lagi pemandangan di
dalam dewan solat yang dihias cantik.
Gambar
kiri … ini adalah pintu masuk utama ke dewan solat. Gambar kanan … tangga lilit untuk ke
bumbung masjid yang terletak dibahagian kiri berhampiran tempat wuduk.
Gambar
kiri (hujung) … ini adalah pintu gerbang utama untuk masuk kedalam kawasan masjid, namun tidak digunakan lagi sebagai laluan masuk
kerana pintu pagarnya telah dikunci.
Gambar kiri (kanan) … burung-burung merpati yang selalu singgah di dataran Masjid
India Muslim, Ipoh.
No comments:
Post a Comment