Assalamu'alaikum wbr
Seorang
ustaz yang telah selesai mengajar bab solat di surau berhampiran rumahku, telah
mengedarkan kertas ujian penilaian kefahaman solat (1) untuk para jemaah
menguji kefahamannya.  Seingat aku, inilah
pertama kali ustaz yang mengajar di surau mengadakan ujian kefahaman, berderau
juga darahku membaca soalan-soalannya. 
Soalan-soalannya
seperti berikut: 
KERTAS UJIAN PENILAIAN KEFAHAMAN SOLAT (1)
SILA
PILIH JAWAPAN YANG BETUL SAMADA RUKUN, SUNAT HAI’AT ATAU SUNAT AB’ADH BAGI
SETIAP SOALAN. 
Penjelasan: 
Rukun ialah perkara yang wajib dilakukan dan
sekiranya tidak dilakukan dengan sempurna atau tidak tertib maka solat tersebut
tidak sah atau terbatal dan wajib di ulang semula solatnya.
Sunat
Hai’at ialah
perkara yang kalau ditinggalkan maka ia tidak membawa kepada perlunya sujud
sahwi.
Sunat
Ab’adh ialah
perkara yang kalau ditinggalkan maka ia boleh ditampung semula dengan sujud
sahwi di akhir solat.
| 
Bil. | 
Perkara-perkara semasa
  dalam solat | 
Rukun | 
Sunat Hai’at | 
Sunat Ab’adh | 
| 
1. | 
Niat |  |  |  | 
| 
2. | 
Berdiri betul bagi orang
  yang berupaya |  |  |  | 
| 
3. | 
Mengangkat tangan ketika
  takbiratul-ihram |  |  |  | 
| 
4. | 
Mengucapkan “Allahu-Akbar”
   untuk memulakan solat. |  |  |  | 
| 
5. | 
Meletakkan perut tangan
  kanan diatas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkan dibawah dada atau di
  atas pusat. |  |  |  | 
| 
6. | 
Membaca doa Iftitah |  |  |  | 
| 
7. | 
Membaca “A’uzubillah
  ..….” sebelum membaca surah al-fatihah |  |  |  | 
| 
8. | 
Membaca surah Al-Fatihah
  pada tiap-tiap rakaat |  |  |  | 
| 
9. | 
Membaca Amin selepas
  fatihah |  |  |  | 
| 
10. | 
Membaca surah al-quran di
  rakaat pertama dan kedua selepas bacaan al-fatihah |  |  |  | 
| 
11. | 
Menguatkan bacaan surah
  al-Fatihah dan surah a-quran dirakaat pertama dan kedua pada solat Maghrib,
  Isyak dan Subuh. |  |  |  | 
| 
12. | 
Mengucapkan takbir ketika
  berpindah dari rukun kepada rukun yang lain kecuali ketika bangkit dari
  rukuk. |  |  |  | 
| 
13. | 
Rukuk dengan toma’ninah. |  |  |  | 
| 
14. | 
Meletakkan dua tapak
  tangan diatas dua lutut ketika rukuk. |  |  |  | 
| 
15. | 
Membaca tasbih ketika
  rukuk. |  |  |  | 
| 
16. | 
Membaca “samiallahulimanhamidah” ketika bangkit dari rukuk. |  |  |  | 
| 
17. | 
I’tidal dengan toma’ninah |  |  |  | 
| 
18. | 
Membaca “Rabbana
  lakal hamdh” ketika
  I’tidal. |  |  |  | 
| 
19. | 
Sujud dua kali dengan
  toma’ninah dalam setiap rakaat. |  |  |  | 
| 
20. | 
Membaca tasbih ketika
  sujud. |  |  |  | 
| 
21. | 
Duduk antara dua sujud
  dengan toma’ninah. |  |  |  | 
| 
22. | 
Duduk iftirasy (duduk
  bersimpuh) pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri kecuali
  pada duduk tahiyyat akhir. |  |  |  | 
| 
23. | 
Meletakkan kedua tangan di
  atas paha dengan melepaskan jari kesemuanya sambil membaca “Rabbighfirli
  warhamni wajburni …….” sampai akhirnya ketika duduk antara dua sujud. |  |  |  | 
| 
24. | 
Duduk untuk membaca
  tasyahud awal |  |  |  | 
| 
25. | 
Membaca tasyahud awal |  |  |  | 
| 
26. | 
Membaca selawat ke atas
  nabi saw selepas membaca tasyahud awal |  |  |  | 
| 
27. | 
Meletakkan dua tapak
  tangan keatas lutut ketika duduk dan menunjuk dengan telunjuk tangan yang
  kanan ketika membaca tahiyyat. |  |  |  | 
| 
28. | 
Membaca doa qunut ketika
  I’tidal di rakaat kedua pada solat subuh dan akhir solat witir selepas separuh
  daripada bulan Ramadan dan juga ketika I’tidal di rakaat yang akhir pada
  mana-mana solat yang dibaca Qunut Nazilah. |  |  |  | 
| 
29. | 
Duduk tasyahud akhir
  dengan toma’ninah. |  |  |  | 
| 
30. | 
Membaca tasyahud akhir. |  |  |  | 
| 
31. | 
Membaca selawat ke atas
  Nabi saw pada tasyahud akhir. |  |  |  | 
| 
32. | 
Membaca selawat ke atas
  keluarga Nabi saw pada tasyahud akhir. |  |  |  | 
| 
33. | 
Membaca selawat ibrahimiah
  pada tasyahud akhir. |  |  |  | 
| 
34. | 
Membaca doa selepas
  selesai membaca selawat ibrahimiah. |  |  |  | 
| 
35. | 
Membaca salam yang pertama |  |  |  | 
| 
36. | 
Berpaling ke kanan pada
  salam yang pertama begitu juga berpaling ke kiri ketika salam yang kedua. |  |  |  | 
| 
37. | 
Memberi salam yang kedua. |  |  |  | 
| 
38. | 
Tertib iaitu  mengikut urutan dalam mengerjakan
  rukun-rukun tersebut |  |  |  | 
Demikianlah
soalan-soalannya. Selamat mencuba dan mudah-mudahan ada manafaatnya.
Oleh kerana mendirikan solat
merupakan salah satu rukun Islam yang menjadi kewajiban setiap umat Islam,
eluklah kita fahami yang mana satu Rukun, yang mana satu Sunat Hai’at dan yang
mana satu Sunat Ab’adh.  Dan lagi kewajiban
solat ini menjadi hal yang utama kerana amal dari solatlah yang akan dihisab dahulu
oleh Allah SWT di akhirat nanti. Jika solat seseorang hamba itu baik, baik pula
amalnya yang lain dan jika buruk solatnya maka buruk
amalan seseorang hamba itu.
Ini ada dijelaskan dalam
satu hadith riwayat Ibnu Majah yang bermaksud: Dari Abu
Hurairah r.a. katanya " Aku mendengar Rasullullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
yang pertama kali dihisab pada hari kiamat dari amalan manusia adalah solatnya,
jika amalan solatnya baik maka dia akan bahagia dan beruntung, Jika amalan
solatnya buruk maka dia termasuk orang-orang yang rugi. Jika terdapat
kekurangan sedikit pada amalan solat fardhunya, maka Allah Azza Wajalla
Berfirman:  " Lihatllah ( hai para malaikat ) apakah hambaku mengerjakan solat
sunat untuk menyempurnakan solat fardhunya?' Kemudian jika hambaku
menyempurnakan solat sunat, maka solat sunat itu untuk menyempurnakan solat
fardu yang kurang, kemudian seluruh amalannya diperlakukan seperti itu "
Oleh itu apabila kita mengetahui serta memahami setiap perbuatan dalam solat itu yang mana rukun, yang mana sunat hai'at dan yang mana sunat ab'adh, Insyaallah lama-kelamaan kita akan dapat meningkatkan kuali solat kita.
Wallahhu'alamu'alam 
 
Jawapannya ada?
ReplyDelete