Seperti malam pertama di Melbourne,
malam kedua juga begitu sejuk. Tidak banyak aktiviti waktu malam yang kami
lakukan kerana cuaca yang sejuk dan siang yang pendek. Kami hanya berehat di
dalam rumah. Isteriku memasak untuk makan malam, anak-anakku menonton tv,
manakala aku sebok membuat perancangan untuk ke Mount Buller keesukan harinya.
Mt Buller,
ialah satu pekan kecil terletak di daerah Shire of Mansfield iaitu lebihkurang
210 kilometer dari Bandar Melbourne.
Ketinggiannya lebih kurang 1805 meter dari aras laut, merupakan kawasan
yang sejuk sepanjang tahun terutamanya pada musim sejuk iaitu pada bulan-bulan
Jun, Julai dan Ogos suhunya boleh berada dibawah paras beku. Merupakan Bandar
peranginan dan percutian yang menyediakan aktiviti-aktiviti seperti bermain
ski, berbasikal, menaiki skylift, bermain salji dan aktiviti lain yang
berkaitan.
Antara perkara yang aku pelajari untuk
memandu di jalan yang bersalji, roda hendaklah dipasang rantai supaya tidak
mudah tergelincir. Begitu juga dengan pakaian sejuk, sarung kepala dan kasut
yang khusus untuk bermain dikawasan salji. Peralatan tersebut boleh disewa
dengan harga yang berpatutan.
Pada hari ketiga, selepas isteriku siap
memasak makanan untuk bekalan makan tengah hari, kami keluar dari rumah agak
awal untuk menuju ke Mount Buller. Maklumlah perjalanan akan mengambil masa
tiga ke empat jam.
Aku memandu bertemankan isteri dan
anak-anak dengan bantuan GPS. Aku memandu dengan berhati-hati kerana keadaan
jalan yang agak lembab tambahan pula terdapat banyak kamera perangkap laju
sepanjang perjalanan. Sepanjang perjalanan aku melihat dikanan-kiri jalan
kebanyakkannya padang ragut dimana terdapat ribuan kambing biri-biri dan juga
lembu dan tidak kelihatan kawasan industri. Pada pagi itu tidak berapa banyak
kenderaan yang menuju ke Mt Buller, mungkin kerana musim sejuk baru bermula dan
salji belum turun lagi.
Setelah memandu lebihkurang satu jam,
aku berhenti di satu kawasan rehat Mckenzie Reserve untuk ke tandas dan juga
untuk menghilangkan mengantuk sebelum meneruskan perjalanan. Setelah rasa
mengantuk hilang, aku meneruskan pemanduan untuk menuju ke Mount Buller tetapi
perlu singgah sebentar di pekan Mansfield untuk menyewa alat kelengkapan.
Tepat jam 11.00 pagi, kami sampai di
sebuah kedai Discount Ski Hire di pekan
Mansfield. Berdasarkan maklumat di perolehi dari puncak Mt Buller, semua kereta
pacuan dua roda perlu membawa rantai roda sebagai persediaan sekiranya salji
turun di atas jalan raya. Aku menyewa lima pasang “snow boot” dengan harga
AUD15.00 sepasang. Snow boot perlu
dipakai semasa kita berjalan atau bermain salji. Oleh kerana aku telah menyewa
lima snow boot, jadi pemilik kedai
dengan murah hati hanya meminjamkan rantai roda tanpa perlu membayar sewa. Pakaian
lain seperti baju sejuk, seluar, penutup kepala dan sarung tangan kami telah
bawa dari KL.
Selesai menyewa snow boot dan snow chain,
aku meneruskan pemanduan untuk ke Mt Buller. Seperti di awal pemanduan,
sepanjang perjalanan yang kelihatan di kanan kiri jalan adalah padang ragut
yang menghijau dengan ribuan ekor kambing biri-biri dan lembu. Dalam suasana
yang lengang dari kenderaan, ada juga orang yang sanggup berniaga ditepi jalan.
Aku memberhentikan kereta untuk isteriku membeli beberapa biji buah epal untuk
di makan semasa di Mt Buller kelak.
Jam 12.30 tengah hari kami sampai di
pintu gerbang ke Mt Buller yang terletak di kawasan Mirimbah. Kami perlu
membayar AUD40.00 untuk sebuah kereta termasuk penumpangnya. Mereka melakukan
pemeriksaan bagi memastikan yang kami ada membawa snow chain sebagai persediaan sekiranya salji turun ... gambar atas
bahagian bawah kanan.
Daripada pintu gerbang, aku perlu
memandu sejauh 15 kilometer dilaluan yang berliku untuk sampai ke Mount Buller.
Betul kata pemeriksa di pintu gerbang yang aku perlu memandu terus sehingga ada
orang menyuruh aku berhenti, kerana setiba di suatu kawasan pegawai terafik
telah sedia menunggu dan mengarahkan aku untuk meletak kenderaan di kawasan
letak kereta bagi pengunjung harian. “Shuttle bus” percuma telah sedia menunggu
untuk membawa kami ke puncak Mt Buller. Setelah menukar kasut kepada snow boot, kami berlari menaiki shutte bus dan tidak lupa beg yang
mengandungi bekalan makan tengah hari.
Lima belas minit kemudian, kami sudah
sampai di puncak Mt Buller. Walaupun matahari memancarkan sinarnya, tetapi cuaca
begitu sejuk sehingga mencecah -0.6 darjah celcious, namun salji belum turun
lagi. Aku membeli lima tiket berharga AUD5.00 setiap seorang untuk menaiki
“chair lift” untuk sampai ketempat tertinggi di Mt Buller dan bagusnya boleh
naik berulang kali. AUD5.00 adalah harga promosi sempena permulaan musim sejuk
berbanding harga biasa AUD19.00 seorang. Blue Bullet (gambar atas) adalah
stesen untuk menaiki chair lift.
Sampai di tempat tinggi di puncak Mt
Buller, kami berjalan dan bermain-main dikawasan salji buatan kerana salji asli
belum turun lagi. Kebiasaannya salji betul akan mulai turun pada hujung bulan
Jun.
Hampir satu jam kami berada di kawasan
salji tiruan dan berulangkali menaiki chair
lift, kemudian kami masuk kedalam Village Square Plaza yang terletak
didataran Mt Buller untuk menghilangkan kesejukan. Disatu meja didalam Village
Square Plaza, kami pun mengeluarkan bekalan makanan yang kami bawa untuk makan
tengah hari ... gambar atas paling kanan bawah. Nampaknya hanya kami sahaja
yang membawa bekalan makanan kerana kami tidak mahu mengambil risiko dengan
makanan yang dijual di kafe yang terdapat di Village Square Plaza.
Selesai makan tengah hari dan berehat
sebentar, kemudian kami menunaikan solat jamak qasar zuhor dan asar di sutu
sudut di dalam Village Square Plaza.
Jam 4.00 petang kami meninggalkan Mt
Buller untuk balik ke penginapan di Port Melbourne. Kami juga perlu memulangkan
lima pasang snow boot dan snow chain di Discount Ski Hire sebelum
ianya tutup jam 6.30 petang.
Dalam perjalanan balik, aku
memberhentikan kereta di tepi jalan untuk merakam beberapa pemandangan indah
yang memukau untuk dijadikan ingatan tentang kekuasaan Allah SWT menjadikan
alam ini. Kemudian aku terus memandu
tanpa henti sehinggalah kami sampai di Port Melbourne jam 8.00 malam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam nak tanye,, kalau x pakai snow boot boleh ke?? satu lagi,, hot koko dkt mt buller tu berapa one cup??
ReplyDeletesalam,saya perlukan bantuan. macam mana nak ke mount buller dari melbourne cbd?
ReplyDeleteperlu guna toll ke? ada jalan alternatif yang free toll tak? emailkan saya drfirdaus@live.com