Tepat jam 5.00 pagi waktu tempatan, loceng berbunyi sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh ms Luna supaya kami semua sempat solat subuh dan sarapan pagi, kerana pengembaraan hari kedua bermula seawal jam 7.30 pagi. Selesai sarapan pagi, kira-kira jam 7.00 pagi kami semua telah berkumpul di lobi hotel di mana bas kami pun telah sedia menunggu dan para pekerja hotel sedang memunggahkan beg-beg kami kedalam bas.
Sebelum menaiki bas, kami sekeluarga sempat berposing di pintu keluar hotel sebagai kenangan. Jam 7.10 pagi, kami semua telah berada di dalam bas dan ms Luna meminta salah seorang daripada kami untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan. Encik Azizan daripada Terengganu telah membacakan doa kerana beliau duduk berhampiran dengan ms Luna. Inilah bagusnya kembara cuti-cuti muslim. Mudah-mudahan perjalanan kami selamat sampai.Tepat jam 7.20 pagi, bas memulakan perjalanan, lebih awal daripada yang diminta oleh ms Luna.
Kami mesti bergerak awal supaya kami sempat sampai di destinasi lawatan secepat yang boleh kerana pada musim sejuk di Turki, jam 4.30 petang hari sudah gelap dan kita tidak dapat melawat tempat yang dijanjikan. Ms Luna sangat gembira kerana rombongan kami menepati masa yang diminta.
Ms Luna menerangkan, kembara pada hari kedua diteruskan ke Antique City of Hierapolis, yang merupakan bandar lama yang menyimpan sejarah awal kerajaaan Turki, terletak di Lembah Sungai Menderes, Wilayah Denizli iaitu di Barat Daya Turki, kira-kira 450Km daripada Bandar Bursa. Hierapolis berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud "Bandar Suci" merupakan kota lama kerajaan Greek-Roman. Pelbagai artifek tinggalan sejarah terdapat disana. Juga terdapat sebuah kawasan teres air panas aneh mineral berkabonat yang sentiasa mengalir. Di kawasan ini jugalah terletaknya Istana Kapas atau Cotton Castle yang lebih dikenali sebagai Pamukkale dalam bahasa Turki. “Pamuk” bermaksud kapas manakala “kale” bermaksud istana atau benteng. Oleh kerana keunikannya, Hierapolis telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan UNESCO. Aku sangat teruja dengan cerita-cerita Ms Luna.
Sepanjang perjalanan, aku melihat dikanan kiri jalan tanaman pokok zaitun yang mulai gugur daunnya, begitu juga kawasan pertanian gandum yang begitu luas baru sahaja selesai dituai (gambar kiri). Pertanian pokok zaitun adalah sangat meluas di Turki yang menghasilkan minyak zaitun yang banyak khasiatnya. Manakala gandum merupakan makanan asasi penduduk Turki.
Ms Luna memaklumkan bahawa rombongan kami akan berhenti sekitar jam 11.00 pagi di satu kawasan rehat, untuk makan tengah hari. Agak awal bagiku namun aku tiada masaalah. Setelah mengharungi perjalanan lebih kurang tiga setengah jam, bas kami pun sampai di kawasan rehat “Ramiz Park” yang menempatkan sebuah restoran.
Di kawasan rehat ini terdapat perkhidmatan mencuci kenderaan percuma. Cara mereka mencuci kenderaan juga agak unik. Turun sahaja dari bas, masing-masing bergegas ke bilik air, wanita (bayan) dan lelaki (bay). Setelah masing-masing lega, kami pun mengambil tempat duduk direstoran yang telah di tempah terlebih dahulu oleh ms Luna.
Di kawasan rehat ini terdapat perkhidmatan mencuci kenderaan percuma. Cara mereka mencuci kenderaan juga agak unik. Turun sahaja dari bas, masing-masing bergegas ke bilik air, wanita (bayan) dan lelaki (bay). Setelah masing-masing lega, kami pun mengambil tempat duduk direstoran yang telah di tempah terlebih dahulu oleh ms Luna.
Walaupun
belum terasa lapar sangat, kami makan juga makanan yang telah ditempah
semasa dalam bas lagi. (Kanan) ... Aku dan Pak Lang masih menunggu makanan untuk dihidangkan. Aku pilih menu roti nan dengan kebab kambing serta
berbagai jenis sayuran. Pak Lang pun ikut sama. Alkhamdulillah, bertambah-tambah kenyanglah aku.
Syukur dengan rezeki yang Allah swt beri.
(Kiri) ... roti nan dan kambing panggang ... (kanan) .. ada berbagai jenis makanan menu lain serta salad yang kelihatan menyelerakan, tetapi kami makan apa yang dihidangkan.
Selesai
makan tengah hari, kami menaiki bas semula. Ms Luna memaklumkan
dikawasan rehat tersebut tidak terdapat “mesciid”=surau (camii=masjid)
untuk kami menunaikan solat zuhur, sebaliknya bas akan berhenti disebuah
masjid semasa dalam perjalanan ke Pamukkale. Bas meneruskan perjalanan,
para penumpang mulai mengantuk setelah kekenyang makan tengah hari.
Belum pun sempat mata aku terlelap, Ms Luna memaklumkan bas akan
berhenti disebuah masjid untuk memberi peluang kami melakukan solat
zuhur dan asar secara qasar dan jamak takdim.
Kami sangat beruntung kerana Ms Luna sangat mengambil berat soal waktu solat dan sedayaupaya beliau akan mencari tempat solat yang selesa dan sesuai untuk kami menyempurnakan kewajipan kepada Ilahi. Kami bersolat secara berjemaah di masjid Sanayi (gambar kecil kiri), yang kecil tetapi indah.
Selesai solat, perjalanan diteruskan tanpa henti sehinggalah kira-kira jam 3.30 petang kami sampai ke tempat tujuan “World Herritage Pamukkale”. Tanpa membuang masa, Ms Luna membeli tiket untuk membolehkan kami masuk sebelum hari menjelang gelap.
(Kiri) .. pintu masuk ke “World Heritage Pamukkale” . (kanan).. peta Antique City of Hierapolis yang terdiri daripada Panggung, Kuil Appolo, Muzium, Kolam Air Panas dan banyak lagi. Kota lama yang diasaskan oleh Raja Eumenes II dan ditakluk Rum pada abad ke-17 Masihi, hampir musnah akibat gempa bumi tahun 1855. Tanpa membuang masa, kami terus dibawa ke kawasan Benteng Kapas (Cotton Castle) yang belum pernah kami lihat sebelum daripada ini.
Benteng kapas di belakang kami (kiri). Aku dan isteri juga berpeluang mengabadikan gambar bersama benteng kapas (gambarkecil kanan). Memang aku belum pernah melihat kejadian alam yang begitu indah, sesungguhnya Allah swt Maha Agung dan Bijaksana. "Ya Tuhan kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka" ... maksud firman Allah swt, Surah Ali-Imran ayat 191.
Gambar kanan ... antara pemandangan indah, keajaiban ciptaan Allah swt. Menurut ms Luna Benteng Kapas (cotton castle) hasil perubahan lanskap yang berlaku semenjak beribu tahun lampau, keadaan saperti ini hanya terdapat di Turki sahaja dan tidak terdapat ditempat lain di dunia ini. Sebenarnya banyak lagi pemandangan yang cantik-cantik, tetapi tak dapat nak "up-load" semuanya.
Ini pula terusan air
panas yang sentiasa mengalir (kiri), empat mak dara ni (kanan) tak melepaskan peluang untuk merendam kaki di teresan air panas, tapi jaga-jaga aurat dah terbuka,
jangan angkat tinggi-tinggiii. Menurut ceritanya, air panas disini telah digunakan sebagai SPA sejak abad ke-2 sebelum masehi lagi kerana menurut mereka air panas disini boleh menyembuhkan berbagai penyakit (dengan izin Allah swt) saperti penyakit darah tinggi, gangguan saraf, sakit sendi, sakit kulit dan banyak lagi. Di sini terdapat 17 mata air panas yang sentiasa mengalir dengan suhu antara 35 hingga 100 darjah sesius.
(Kiri) .. Ini Muzium Arkeologi Heirapolis yang telah dibina dalam tahun 1984, menempatkan berbagai barangan tinggalan pemerintahan Rome kuno, tetapi kami tidak masuk kerana kesuntukan masa.
Kami juga dibawa masuk ke kawasan “antique pool”, didalamnya terdapat kolam air panas yang begitu jernih airnya, juga terdapat kedai menjual cenderamata serta minuman ringan, tidak ketinggalan bay dan bayan.
(Kiri) .. sebuah istana silam dan (kanan) sebuah panggung, kedua-dua binaan ini hampir musnah selepas kejadian gempa bumi tahun 1855 ...
Lagi tinggalan binaan silam (kiri dan kanan) yang terdapat di Bandar Purba Hierapolis. Jam baru menunjukkan pukul 4.30 petang, tetapi matahari mulai terbenam, malam mula menjelma.
Kami juga dibawa masuk ke kawasan “antique pool”, didalamnya terdapat kolam air panas yang begitu jernih airnya, juga terdapat kedai menjual cenderamata serta minuman ringan, tidak ketinggalan bay dan bayan.
(Kiri) .. sebuah istana silam dan (kanan) sebuah panggung, kedua-dua binaan ini hampir musnah selepas kejadian gempa bumi tahun 1855 ...
Lagi tinggalan binaan silam (kiri dan kanan) yang terdapat di Bandar Purba Hierapolis. Jam baru menunjukkan pukul 4.30 petang, tetapi matahari mulai terbenam, malam mula menjelma.
Dengan rasa terpaksa, kami beredar keluar daripada “World
Heritage Pamukkale” dimana bas kami telah sedia menunggu. Bas kami meninggalkan “World Heritage Pamukkale” dan menuju
ke hotel berhampiran. Masa yang terluang hanya sekitar satu jam, menyebabkan kami tidak dapat meneroka keseluruhan Bandar Purba Hierapolis. Kenangan singkat di Bandar Purba Hierapolis bagai mimpi yang menjengah disiang hari, namun aku rasa puas. Pengembaraan hari kedua berakhir di Hotel
Tripolis.
Malam itu, kami makan malam di sebuah restoran di hotel yang bertaraf lima bintang. Makan secara bufe, tetapi makanannya sama saperti makan-makan malam sebelum tu. Pagi itu, lepas sarapan pagi aku bersiar-siar di sekeliling hotel bersama isteri, sempat juga berposing, rasa macam berbulan madu pula. Agak-agak couple mana yang lebih intim, kiri ke kanan!.
Pagi-pagi lagi kami dah sedia untuk meneruskan kembara hari ke tiga di Turki. Menginap di Hotel Tripolis yang bertaraf lima bintang, memang selesa dan puas hati. (Gambar kanan) ... Sempat juga isteriku berposing bersama Ezainy PNL travel, Ms Luna dan En Abdullah, pemandu bas kami yang cukup berdisiplin sebelum memulakan perjalanan untuk pengembaraan hari ketiga … suatu perjalanan yang sangat jauh dan lama … 12 jam…..
No comments:
Post a Comment