“MATA fair” datang lagi … isteriku sebok mengajak aku berkunjung ke mata fair untuk mencari-cari pakej percutian yang bagus tetapi murah. Bab bercuti ni aku tak kisah sangat, namun untuk menemani isteriku, aku mengikut saja ajakannya pada kali ini. Memang pada penghujung tahun itu kami ada bercadang untuk bercuti sambil melawat sebuah negara yang penuh dengan sejarah Islam pada masa lampau, iaitu Turki. Kami berjalan menyusuri ajen-ajen pelancungan satu demi satu, namun selepas sekadar bertanya lebih kurang berkenaan pakej cuti-cuti muslim ke Turki, tanpa sebarang komitment, kemudian kami balik. Begitulah aku, kalau pergi kemana-mana akan segera balik untuk mengejar waktu solat berjemaah disurau tempat tinggalku.
Keesokan harinya, isteriku pergi lagi ke ‘mata fair’ kerana tidak puas hati apabila berjalan denganku asyik nak lekas balik. Agaknya selepas penat mundar-mandir di mata fair, akhirnya dia menempah pakej percutian ke Turki dengan ejen pelancungan PNL Travel. Isteriku membayar rm3,000.00 sebagai pendahuluan untuk pakej ke Turki pertengahan bulan disember yang lalu, untuk 6 orang. Biasalah, selain kami berdua, 3 orang lagi kakak ipar (3 mak dara – mak Ngah, mak Lang dan mak Pon) dan seorang birasku (Pak Lang) ikut bersama.
Sampai waktu yang dijanjikan , kami berkumpul di KLIA dengan ahli rombongan lain seramai 24 orang termasuk Puan Ezainy dari PNL Travel. Kami tiba agak awal, maklum sajalah, jasad masih di Malaysia tetapi hati dah sampai di Turki, lebih-lebih lagi setelah mereka menonton filem Istanbul Aku Datang, memang tak sabar-sabar nak pergi. Flight kami ke Istanbul dengan penerbangan Mas dijangka berlepas pukul 12.30 malam.

Sementara menunggu “check-in” secara berkumpulan yang di kendalikan oleh Puan Ezany, kami sempat lepak-lepak berhampiran “counter check-in”. Masing-masing menunjukkan muka ceria. Pak Lang memakai baju yang dibelikan oleh anak kesayangannya Jali. Baju tersebut pernah ditunjukkan kepadaku semasa aku datang kerumahnya sempena sambutan hari jadi Mak Lang. Mak Lang malu-malu pula, duduk jauh dari Pak Lang. Mak Pon tersenyum riang, maklumlah baru masuk era persaraan, dan InsyaAllah pada tahun ini (2013) akan menerima dua orang cucu sekali gus.
Mak Ngah pula biasa saja, maklumlah dia dah biasa makan angin keluar negara, sebut saja nak kemana, anak-anaknya berebut-rebut nak sponsor. Begitulah beruntungnya seorang ibu yang membesarkan sebelas orang anak setelah suaminya seorang guru bersara meninggal dunia kira-kira dua tahun selepas mendapat anak yang kesebelas. Kini kesemua anaknya telah bekerja dan telah berumah tangga. Cucu pun dah berpuluh.
Sebenarnya ada dua orang lagi kakak dan adik iparku, tetapi mereka tidak turut serta. Mak Teh, jarang bersama-sama kami pergi makan angin. Mak Usu pula tengah kumpul duit untuk pergi US pada bulan Mei 2013 sempena konvo anak sulungnya yang akan tamat pengajian di Cikago.
Setelah mereka puas berborak (borak ala astro ~ akan aku terangkan kemudian), akhirnya kami bergegas ke pintu perlepasan sebelum melalui pemeriksaan imigresen dan terus ke dewan perlepasan …. semoga selamat perjalanan kami...
“Selamat datang ke Penerbangan Malaysia MH 0030. Penerbangan ke Istanbul akan mengambil masa kira-kira sebelas jam …” begitu antara lain pengumuman yang telah disampaikan oleh ketua peramugara dalam pesawat tersebut. Aku duduk sebelah isteriku, Mak Lang dengan Pak Lang dan Mak Ngah dengan Mak Pon. Tidak lama kemudian makanan dan minuman ringan diedarkan . “Ah…. Begitu lama penerbangan ke Turki” bisik hati kecilku. Aku pun mula membuka selimut dan menutup kepalaku kerana suasana yang sejuk didalam pesawat dan malam pun telah mulai larut…
Aku tidak dapat melelapkan mata, walaupun kalau dirumah aku sudahpun berdengkor, tetapi mataku masih lagi berkelip-kelip. Sementara menunggu penerbangan yang panjang aku cuba-cuba mengingati sejarah kegemilangan Kerajaan Islam Turki di waktu lampau.
Mengimbas kembali sejarah keagungan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad saw, Agama Islam terus berkembang bermula daripada Zaman Khalifah Ar-Rashidin sehingga Empayar Turki Uthmaniah dimana semuanya berpegang kepada wasiat terakhir baginda iaitu, Sabda Rasullulah saw “Aku tinggalkan untuk kamu dua pekara, takkan kamu tersesat selamanya, selama kamu masih berpegang kepadanya, iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-nya."
Setelah Rasulullah saw wafat, pemerintahan Islam dikenali sebagai Zaman Khalifah Ar-Rasyidin (634M~663M) bagi memikul dan meneruskan perjuangan Rasulullah saw. Saidina Abu Bakar As-Siddiq(634-636M) dipilih menjadi Khalifah yang pertama selepas kewafatan Rasullullah melalui perbincangan dan perdebebatan antara kaum Ansar dan Muhajirin dalam pertemuan mesyuarat (syura). Saidina Abu Bakar telah mencalunkan Saidina Umar Al-Khattab untuk menggantikannya dan mendapat persetujuan daripada ahli mesyuarat dalam bentuk bertulis yang ditulis oleh Utsman bin Affan. Saidina Umar Al-Khattab (636-646M) menjadi Khalifah yang kedua setelah Saidina Abu Bakar wafat. Saidina Umar telah membentuk Dewan Syura atau formasi yang terdiri daripada 6 orang sahabat utama bagi memilih pengganti beliau. Setelah Saidina Umar wafat, Saidina Utsman Bin Affan (646-658M) diangkat menjadi Khalifah yang ke tiga. Perlantikan beliau tidak dipersetujui dan ditentang oleh penyokong Ali Bin Abi Talib. Beliau telah dibunuh oleh pengikut-pengikut Ali oleh pasukan dari Mesir. Dengan kewafatan Saidina Utsman, keadaan di Madinah menjadi kacau-bilau dan pada saat itulah para pemberontak telah mengusulkan kepada penduduk Madinah supaya mengangkat Saidina Ali bin Abi Talib (658-663M) menjadi khalifah yang ke empat.
Pada masa zaman pemerintahan Khalifah Ar_rasyidin, Islam telah berkembang ke Timur Tengah yang merangkumi Mesir, Palestin, Syria, Iraq dan Iran.
Selepas kemangkatan Ali bin Abi Talib pada tahun 14 Hijrah, penduduk Kufah melantik Hasan bin Ali sebagai pengganti ayahandanya. Walaubagaimanapun, beliau terpaksa menyerahkan jawatan tersebut kepada Muawiyah bin Abu Sufian yang menjadi Gabenor di Syam (Syria) kerana tidak dapat menyelesaikan huru-hara dan pertumpahan darah yang berlaku di Kota Madinah. Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah (661M~750M) dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik. Muawiyah bin Abu Sufian (661M~680M) merupakan khalifah yang pertama. 14 khalifah silih berganti memerintah semasa pemerintahah Bani Umayyah (661M~750M). Antara khalifah yang paling tersohor ialah Umar bin Abdul Al-Aziz (717M~720M). Khalifah terakhir ialah Marwan II bin Muhammad (744M~750M).
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syam yang turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Constantinople. Tentera Islam telah berjaya menguasai daerah-daerah Sepanyol, Afrika Utara, Syria, Palestin, Semenanjung Arab, Iraq, sebahagian Asia kecil, Parsi,dan Asia Tengah antaranya Pakistan, Uzbekistan, Turkmenia dan Kirgistan. Tentera Islam juga telah menyerang Constantinople tetapi gagal menawannya. Pergolakan Bani Umayyah berlaku apabila Bani Abbas ingin merebut kuasa dan kemuncaknya pada tahun 750M berlaku pertempuran merebut kuasa di antara Bani Umayyah dengan Bani Abbas.
Bani Abbas mendapat kemenangan dan menguasai Syam (Syria). Selepas itu, kota demi kota dapat dikuasainya. Banyak kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia (Sepanyol) dan menubuhkan Kerajaan Bani Umayyah II (751M~1236M) yang diperintah oleh 16 orang khalifah..
Kerajaan Islam Umayyah II yang berpusat di Cordova, Sepanyol mendapat tentangan hebat daripada pasukan Salib dan perpecahan umat Islam di Sepanyol semangkin meningkat. Tahun 1085M, tentera Kristian berjaya menawan Toledo di Sepanyol (ibukota pertama Kerajaan Islam Umayyah). Tahun 1091M, Bangsa Norman menawan Sicily, yang menamatkan pemerintahan Islam di sana. Tentera Kristian semakin kuat setelah bersatu yang akhirnya dapat menguasi Cordova pada tahun 1236M yang menamatkan pemerintahan Kerajaan Islam Umayyah II. Pada tahun 1609, Raja Philip 3 mengeluarkan undang-undang pengusiran semua umat Islam dari Sepanyol secara paksa. Dengan demikian secara rasminya, Islam pupus secara paksa dari bumi Andalusia yang berdiri teguh dari abad 9-11 yang merupakan salah satu pusat kebudayaan dan ilmu, Cordova pun pudar dan menjadi kenangan sehingga hari ini.
Kewujudan Kerajaan Islam Abbasiyah (752M~1260M) bermula daripada kemenangan peperangan perebutan kuasa diantara Bani Abbas dengan Bani Umayyah. Abu Abbas al-Sayyah telah menjadi khalifah pertama Kerajaan Islam Abbasiyah. Tahun 1055M, Baghdad ditawan oleh tentera Turki Saljuk dan terdiri Pemerintahan Abbasiyyah-Saljuk yang kekal sehingga tahun 1258. Tahun 1095M, Perang Salib pertama berlaku. Tahun 1099M, tentera Salib dapat menawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya. Tahun 1144M, Nur al-Din berjaya menawan semula Edessa daripada tentera Kristian dalam peperang Salib kedua. Tahun 1187M berlaku peperangan Salib ketiga dan tentera Islam dibawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubbi berjaya menawan semula Baitulmuqaddis. Tahun 1194M, tentera Islam berjaya menawan Delhi, India. Akhirnya pada tahun 1258M, Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad, ribuan penduduk terbunuh. Kejatuhan kepada tentera Mongol menamatkan pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah.
Dalam sejarah Kerajaan Islam Abbasiyah, muncul 2 kerajaan yang bernaung dibawahnya, iaitu Kerajaan Islam Fatimiyah dan Ayubbiyah. Pada Kerajaan Islam Fatimiyah inilah berdirinya sebuah tempat pendidikan yang terkenal iaitu Universiti Al-Azhar sejak tahun 970M dimana sehingga kini menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
Sebelum memasuki babak baru kekhalifahan Islam berikutnya,sejarah telah mencatatkan sebuah kerajaan pernah wujud pada zaman kegemilangan Islam iaitu Empayar Islam Mamluk. Nama Mamluk diberikan oleh Kaum Mamluk yang berpusat di India (1206-1290M) dan di Mesir (1250-1517M).
Empayar Islam Turki Usmaniyyah (1300-1924) adalah khalifah Islam yang berpusat di Turki yang terdiri dari 39 orang sultan yang memerintah selama hampir 7 abad. Kaum Usmaniyyah adalah orang-orang Turki Orghuz yang berasal dari Asia Tengah dan menciptakan negara luas yang akhirnya mencakupi seluruh Eropah Tenggara sampai perbatasan utara Hungary, Anatolia, Timur Tengah hingga perbatasan Iran, pantai Mediterranean di Afrika Utara hingga hampir ke Lautan Atlantik (Maghribi) sehigga menguasai 2/3 dunia.
Pemerintahan Sultan Suleyman (1520 ~ 1566M) bermulanya puncak kekuasaan dan kemakmuran Usmaniyyah serta pengembangan tertinggi dalam sistem pemerintahan, sosial dan ekonomi.Sultan Suleyman bergelar Suleyman yang Agung kerana pada masa itu wilayah Empayar Islam Turki Usmaniyyah meliputi Algeria, Mesir, Hijaz, Armenia, Iraq, Asia Kecil, Balkan, Bulgaria, Bosnia, Greek, Hungary, Romania dan tiga laut iaitu Laut Merah, Laut Tengah dan Laut Hitam.
Kerana keluasan wilayahnya, Empayar Islam Turki Usmaniyyah menjadi kerajaan yang terkuat pada ketika itu. Setelah wafatnya Sultan Suleyman, Empayar Islam Turki Usmaniyyah mulai lemah. Sultan-sultan yang menjadi penggantinya lemah dan tidak berwibawa dan disebabkan juga oleh sikap hidup mewah yang berlebihan dikalangan pembesar istana yang tidak disukai oleh rakyat.
Pada saat situasi dalam negera semakin buruk, negara-negara Eropah melancarkan serangan ke wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Empayar Islam Turki Usmaniyyah. Terdapat banyak wilayah di Eropah berjaya membebaskan diri dari kekuasaan Empayar Islam Turki Usmaniyyah. Pada 1798M seorang ketua negara Perancis iaitu Jenderal Napoleon Bonarpate telah berjaya menguasai Mesir.
Empayar Islam Turki Usmaniyyah tidak dapat mengalahkan tentera-tentera Eropah dan membiarkan wilayahnya dirampas oleh orang-orang Eropah, dimana Perancis merebut Algeria (1830) dan Tunisia (1881). Itali menakluk wilayah Empayar Islam Turki Usmaniyyah di Afrika Utara (1911) dan British menakluki Mesir (1882) dan Iraq (1917).
Kesempatan ini dipergunakan pula oleh wilayah lain untuk melepaskan diri dari kekuasaan Empayar Islam Turki Usmaniyyah, misalnya Romania, Greek, Bulgaria, Cyprus, Albania dan Macedonia. Dalam perkembangan selanjutnya Empayar Islam Turki Usmaniyyah terseret pada kancah Perang Dunia 1 (World War 1) bersama dengan Jerman dan berakhir dengan kekalahan bagi pihak Jerman dan Turki.

Pada masa inilah tampil Mustapha Kamal yang berusaha berjuang menyelamatkan Kerajaan Turki daripada kehancuran dan menyekat perluasan kuasa Eropah. Mustapha Kamal berusaha membentuk Majlis Agung (1920) dan ia terpilih sebagai ketuanya.Sebagai panglima pasukan Turki bahagian Selatan dan ketua Majlis Agung, Mustapha Kamal membuat satu sistem pemerintahan (sekular) dan akhirnya pada 1922 Majlis Agung dibawah pimpinan Mustapha Kamal memansuhkan jabatan Sultan.Ia kemudian mengishtiharkan Republik Turki pada 29 Oktober 1923.
Pada 1924 jabatan Khalifah juga dihapuskan dan Khalifah terakhir Abdul Majid II diusir dari Turki, maka tamatlah Khilafah Islamiyyah sejak saat itu.Turki pun menjadi Republik yang sekular sehingga hari ini. Mustapha Kamal Atartuk menjadi presiden Turki yang pertama.
Tiba-tiba aku terjaga bila mendengar pengumuman oleh ketua pramugara “… sebentar lagi kita akan mendarat. Sila tegakkan tempat duduk, pasangkan tali pinggang kledar dan letakkan meja dihadapan anda ditempat yang asal …..” Aku bersyukur kerana penerbangan yang begitu lama akhirnya akan mendarat sebentar lagi … Istanbul kami dah sampai …

Salam terima kasih atas perkongsian. saya sempat juga baca sampai habis :) Sy ingin berkongsi pakej percutian all in ke istanbul kami.
ReplyDeletehttp://wiyatravel.com/pakej-ke-istanbul/
ada juga pakej ke tempat2 lain. boleh lawati http://www.wiyatravel.com