Keesukan paginya kami mendaftar keluar dari Tasik Kenyir Resort satelah dua malam menghuni sebuah chalet yang menghadap ke tasik. Percutian yang singkat tetapi cukup mendamaikan, banyak kenangan manis yang tersimpan didalam sanubari dan aku berhasrat untuk datang lagi sekiranya diizinkan Allah swt. Kami meneruskan perjalanan kedestinasi utama percutian kami ke Pantai Timur iaitu menziarahi keluarga allahyarham sahabatku semenjak tahun 1984.
Satu petang, sedang aku membersihkan sekitar kawasan rumah, tiba-tiba talifon bimbitku berdering. Aku segera menjawab dan memberi salam. Tiba-tiba aku terkedu kerana pemanggilnya memaklumkan bahawa sabahatku itu telah meninggal dunia di Madinah lebihkurang jam 3.00 pagi sebelum subuh jumaat. Dalam keadaan sedih aku menyebut kalimah istirjaa “Sesungguhnya kami adalah milik Allah swt dan kepada-Nya lah kami kembali”… demikian maksud Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah ayat 156 … dan aku mensedekahkan bacaan al-fatihah. Tanpa aku sedari air mataku menitis kerana didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tirmidhi, dari Abdullah Bin A'mru katanya: Nabi Muhammad saw telah bersabda yang bermaksud “Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah swt menyelamatkannya dari fitnah kubur” … telah berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq itu adalah hasan atau sohih, jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu. Sangat beruntunglah, mereka-mereka yang telah meninggal dunia pada hari jumaat.
Didalam hadis yang lain riwayat daripada Imam Ahmad dari Abdullah bin Umar r.a. katanya Nabi saw bersabda yang bermaksud “Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat untuk orang yang mati di situ”. Didalam kitab al-Muwatta`ada nukilan yang menyatakan Umar bin al-Khattab r.a. telah berdoa kepada Allah swt; “Ya Allah berilah kepadaku syahadah ke jalanMu, mati di negeri NabiMu”, dan sebagaimana yang kita ketahui, sememangnya doa Saiyidina `Umar r.a. ini dimakbulkan Allah swt di mana beliau meninggal dunia di Madinah. Saad bin Abi Waqqas dan Said bin Zaid telah membuat perjanjian agar apabila mereka meninggal dunia supaya dibawa ke Madinah dan dikebumikan di sana. Alangkah beruntungnya orang yang dapat meninggal dunia di tanah haram Madinah atau Makkah.
Dikatakan bahawa kelebihan Madinah itu sendiri tidak boleh diingkari dan telah diketahui umum, kalau sekiranya seseorang yang meninggal dunia di Madinah bukan seorang yang baik, sekurang-kurangnya dia akan berjiran dengan orang yang soleh dan yang mati syahid dan sebagainya. Dalam hal ini ulamak berpendapat bahawa, tempat pengkebumian seseorang tidaklah boleh membersihkan diri dari dosa dan kesalahan, yang membersihkan seseorang dari dosanya ialah taubat dan amalan soleh, namun begitu jika seseorang yang baik dan beramal soleh kemudian dikebumikan ditempat yang baik akan digandakan pahala amalannya dengan sebab kemuliaan tanah perkuburannya dan akan dihapuskan dosanya. Hadis dari Ibnu Abas daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda yang bermaksud: “Jika mati salah seorang daripada kamu maka hendaklah diperelokkan kafannya, segerakan untuk menyelesaikan wasiatnya, perdalamkan tanah kuburnya dan elakkan dari berjiran dengan orang yang jahat” … lalu sahabat bertanya kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah, adakah mayat didalam kubur akan mendapat syafaat bila berjiran dengan orang yang soleh didalam kuburnya? Jawab Baginda: “ Adakah memberi manfaat ketika hidup didunia?” Jawab sahabat: Ya. Lalu Baginda menjawab: “Demikian juga memberi manfaat diakhirat” … dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dengan katanya Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Hendaklah kamu kebumikan mayat salah seorang dari kamu di tengah-tengah perkuburan orang yang soleh maka sesungguhnya mayat akan terseksa apabila berjiran dengan mayat yang jahat”. Menurut pandangan ulamak, digalakkan agar kita mendapat rahmat Allah swt dengan harapan agar kita dikebumikan bersama dengan kubur orang yang soleh, kita tinggal berjiran dengan mereka, mengambil berkat dengan mereka semoga mendapat keredaan Allah dengan kedudukan mereka yang hampir dengan Allah swt, hendaklah di jauhkan kubur kamu dari kubur orang yang jahat, iaitu bagi siapa yang takut terseksa apabila berjiran dengan mereka, takut dan tersiksa dengan melihat mereka yang sedang disiksa dalam kuburnya.
Sahabatku itu bermula daripada seorang peladang kemudian kontraktor dan pemaju perumaahan adalah seorang yang sangat dermawan, telah membina beberapa buah masjid dan surau untuk diwakafkan, dan membiayai ramai orang untuk menunaikan rukun islam kelima iaitu mengerjakan haji. Sahabatku itu sendiri setiap tahun berulang alik ke tanah suci Madinah dan Makkah untuk mengerjakan haji atau umrah. Lebih kurang jam 11.00 pagi kami telah sampai ke rumah allahyarham sahabatku itu. Kami memberi salam, lalu dijemput masuk. Daripada cerita balu kepada sahabatku itu, sahabatku telah bersiap-siap untuk ke Masjid Nabawi, sebelum tiba-tiba ia lemah dan meninggal dunia kira-kira jam 3.00 pagi sebelum subuh hari jumaat iaitu hari kedua berada di Madinah. Aku berdoa semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh … al-fatihah.
Tiba-tiba telefonku berdering. Aku melihat nombor yang tertera dan aku segera menjawab, pemanggil yang aku kenali dari syarikat pengendali umrah memaklumkan bahawa aku perlu segera memberi butiran nama dan membuat bayaran pendahuluan kerana pakej yang kami pilih tempoh hari telah penuh. Aku memaklumkan kepada isteriku supaya segera mendapatkan butiran terperinci sahabatnya yang ingin pergi bersama kami. Pada tengah hari itu juga aku mendepositkan wang tempahan dan menghantar butiran nama melalui email kepada syarikat tersebut. Setelah itu aku menefonnya untuk memastikan bahawa mereka telah menerima maklumat yang telah aku berikan. Aku sudah tidak sabar menunggu hari yang telah ditetapkan walaupun masih ada beberapa bulan lagi. Aku sudah merasai lambaikan Kaabah, mudah-mudah niat kami akan tercapai ... rinduku sudah bertamu di Bumi Madinah dan Makkah ...
No comments:
Post a Comment