
Sebelum menaiki bas, kami sekeluarga sempat berposing di pintu keluar hotel sebagai kenangan. Jam 7.10 pagi, kami semua telah berada di dalam bas dan ms Luna meminta salah seorang daripada kami untuk membaca doa sebelum memulakan perjalanan. Encik Azizan daripada Terengganu telah membacakan doa kerana beliau duduk berhampiran dengan ms Luna. Inilah bagusnya kembara cuti-cuti muslim. Mudah-mudahan perjalanan kami selamat sampai.Tepat jam 7.20 pagi, bas memulakan perjalanan, lebih awal daripada yang diminta oleh ms Luna.
Kami mesti bergerak awal supaya kami sempat sampai di destinasi lawatan secepat yang boleh kerana pada musim sejuk di Turki, jam 4.30 petang hari sudah gelap dan kita tidak dapat melawat tempat yang dijanjikan. Ms Luna sangat gembira kerana rombongan kami menepati masa yang diminta.
Ms Luna menerangkan, kembara pada hari kedua diteruskan ke Antique City of Hierapolis, yang merupakan bandar lama yang menyimpan sejarah awal kerajaaan Turki, terletak di Lembah Sungai Menderes, Wilayah Denizli iaitu di Barat Daya Turki, kira-kira 450Km daripada Bandar Bursa. Hierapolis berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud "Bandar Suci" merupakan kota lama kerajaan Greek-Roman. Pelbagai artifek tinggalan sejarah terdapat disana. Juga terdapat sebuah kawasan teres air panas aneh mineral berkabonat yang sentiasa mengalir. Di kawasan ini jugalah terletaknya Istana Kapas atau Cotton Castle yang lebih dikenali sebagai Pamukkale dalam bahasa Turki. “Pamuk” bermaksud kapas manakala “kale” bermaksud istana atau benteng. Oleh kerana keunikannya, Hierapolis telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan UNESCO. Aku sangat teruja dengan cerita-cerita Ms Luna.

Ms Luna memaklumkan bahawa rombongan kami akan berhenti sekitar jam 11.00 pagi di satu kawasan rehat, untuk makan tengah hari. Agak awal bagiku namun aku tiada masaalah. Setelah mengharungi perjalanan lebih kurang tiga setengah jam, bas kami pun sampai di kawasan rehat “Ramiz Park” yang menempatkan sebuah restoran.

Di kawasan rehat ini terdapat perkhidmatan mencuci kenderaan percuma. Cara mereka mencuci kenderaan juga agak unik. Turun sahaja dari bas, masing-masing bergegas ke bilik air, wanita (bayan) dan lelaki (bay). Setelah masing-masing lega, kami pun mengambil tempat duduk direstoran yang telah di tempah terlebih dahulu oleh ms Luna.


Walaupun
belum terasa lapar sangat, kami makan juga makanan yang telah ditempah
semasa dalam bas lagi. (Kanan) ... Aku dan Pak Lang masih menunggu makanan untuk dihidangkan. Aku pilih menu roti nan dengan kebab kambing serta
berbagai jenis sayuran. Pak Lang pun ikut sama. Alkhamdulillah, bertambah-tambah kenyanglah aku.
Syukur dengan rezeki yang Allah swt beri.
(Kiri) ... roti nan dan kambing panggang ... (kanan) .. ada berbagai jenis makanan menu lain serta salad yang kelihatan menyelerakan, tetapi kami makan apa yang dihidangkan.
Selesai
makan tengah hari, kami menaiki bas semula. Ms Luna memaklumkan
dikawasan rehat tersebut tidak terdapat “mesciid”=surau (camii=masjid)
untuk kami menunaikan solat zuhur, sebaliknya bas akan berhenti disebuah
masjid semasa dalam perjalanan ke Pamukkale. Bas meneruskan perjalanan,
para penumpang mulai mengantuk setelah kekenyang makan tengah hari.
Belum pun sempat mata aku terlelap, Ms Luna memaklumkan bas akan
berhenti disebuah masjid untuk memberi peluang kami melakukan solat
zuhur dan asar secara qasar dan jamak takdim.

Selesai solat, perjalanan diteruskan tanpa henti sehinggalah kira-kira jam 3.30 petang kami sampai ke tempat tujuan “World Herritage Pamukkale”. Tanpa membuang masa, Ms Luna membeli tiket untuk membolehkan kami masuk sebelum hari menjelang gelap.
(Kiri) .. pintu masuk ke “World Heritage Pamukkale” . (kanan).. peta Antique City of Hierapolis yang terdiri daripada Panggung, Kuil Appolo, Muzium, Kolam Air Panas dan banyak lagi. Kota lama yang diasaskan oleh Raja Eumenes II dan ditakluk Rum pada abad ke-17 Masihi, hampir musnah akibat gempa bumi tahun 1855. Tanpa membuang masa, kami terus dibawa ke kawasan Benteng Kapas (Cotton Castle) yang belum pernah kami lihat sebelum daripada ini.



(Kiri) .. Ini Muzium Arkeologi Heirapolis yang telah dibina dalam tahun 1984, menempatkan berbagai barangan tinggalan pemerintahan Rome kuno, tetapi kami tidak masuk kerana kesuntukan masa.


Kami juga dibawa masuk ke kawasan “antique pool”, didalamnya terdapat kolam air panas yang begitu jernih airnya, juga terdapat kedai menjual cenderamata serta minuman ringan, tidak ketinggalan bay dan bayan.
(Kiri) .. sebuah istana silam dan (kanan) sebuah panggung, kedua-dua binaan ini hampir musnah selepas kejadian gempa bumi tahun 1855 ...
Lagi tinggalan binaan silam (kiri dan kanan) yang terdapat di Bandar Purba Hierapolis. Jam baru menunjukkan pukul 4.30 petang, tetapi matahari mulai terbenam,
malam mula menjelma.


Kami juga dibawa masuk ke kawasan “antique pool”, didalamnya terdapat kolam air panas yang begitu jernih airnya, juga terdapat kedai menjual cenderamata serta minuman ringan, tidak ketinggalan bay dan bayan.



Dengan rasa terpaksa, kami beredar keluar daripada “World
Heritage Pamukkale” dimana bas kami telah sedia menunggu. Bas kami meninggalkan “World Heritage Pamukkale” dan menuju
ke hotel berhampiran. Masa yang terluang hanya sekitar satu jam, menyebabkan kami tidak dapat meneroka keseluruhan Bandar Purba Hierapolis. Kenangan singkat di Bandar Purba Hierapolis bagai mimpi yang menjengah disiang hari, namun aku rasa puas. Pengembaraan hari kedua berakhir di Hotel
Tripolis.



No comments:
Post a Comment