Cuti sekolah hujung tahun 2006, aku membawa isteri dan dua orang
anak bercuti ke Jakarta dan Bandung. Disamping itu dapat juga kami menziarahi
anak keduaku yang sedang menuntut di Fakulti Kedoktoran, Universitas Indonesia,
Jakarta. Anak sulungku tidak turut serta
kerana akan menghadapi peperiksaan akhir semesta ke empat di Universiti Malaya.
Itulah pertama kali kami sekeluarga menjejakkan kaki ke Kota Jakarta yang sentiasa
sesak.
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta
sebelum waktu tengah hari dan anak lelakiku telah sedia menunggu, yang
kebetulan dia tidak ada kuliah pada hari itu.
Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pagi itu
tidak berapa sebok, tidak banyak kapal terbang yang mendarat.
Sebelum kami berangkat ke Kota Jakarta, melalui anakku, kami telah
menempah sebuah kenderaan jenis Kijang Innova berserta seorang pemandu untuk
memudahkan kami bergerak sepanjang berada di Jakarta dan Bandung.
Keadaan dalaman Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta.
Dari lapangan terbang, kami terus dibawa ke pusat Kota Jakarta
untuk makan tengah hari di salah satu restoran makanan padang. Kemudian kami
dibawa ke Mangga Dua iaitu salah satu pusat beli-belah yang terkenal di Kota
Jakarta. Khabarnya, barang-barang yang terdapat di Mangga Dua harganya
murah-murah.
Sebenarnya kami tidaklah membeli sangat walaupun ada beribu gerai
jualan. Hanya barang tertentu sahaja yang harganya murah berbanding di Malaysia
saperti telekong. Kami tak larat nak pusing semua tingkat kerana semuanya ada
lima atau enam tingkat dan barang jualannya hampir sama sahaja.
Selepas dua jam berlegar-legar didalam komplek Mangga Dua, kami
turun ke tingkat bawah kerana pemandu kami telah menunggu kami untuk pergi ke
satu lagi komplek beli-belah iaitu Tanah Abang.
Di Tanah Abang pun lebih kurang sama sahaja barang yang dijual.
Kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat di masjid yang terdapat di
tingkat paling atas di Blok A Tanah Abang.
Masjid ini terletak di tingkat bumbung komplek beli-belah Tanah
Abang. Dalamannya di hias cantik. Arch di sepanjang koridor “ala-ala” Masjid
Nabawi di Madinah. Ramai juga orang berkunjung untuk mendirikan solat.
Dari Tanah Abang, kami terus di bawa ke tempat penginapan
“homestay” yang telah ditempah oleh anakku.
Hari kedua kami di Jakarta, kami dibawa oleh pemandu
kami mengunjungi Monumen Nasional (Monas) iaitu satu mercu tanda Kota Jakarta.
Anak lelakiku tidak ikut serta kerana ada kuliah pada waktu tersebut.
Ini dia menara Monas … kami bergambar di dataran Monas sebelum
naik ke lantai atas menggunakan lift yang memang tersedia.
Monumen Nasional (Monas) adalah ikon ibukota Indonesia, Jakarta.
Menara ini dirasmikan pada 17hb Ogos 1961 yang terletak di Lapangan Monas,
Jakarta Pusat. Monas memiliki ketinggian 132 meter. Bentuk bangunan monas
sangat unik dengan puncak menara terdapat lantai berbentuk cawan yang menampung
binaan berbentuk obor diatasnya. Obor tersebut disalut dengan emas seberat 35
kg. Obor ini sebagai simbol perjuangan rakyat Indonesia yang ingin meraih
kemerdekaan. Bangunan ini menambah keindahan Kota Jakarta dan selalu dikunjungi
oleh ramai pelawat dari dalam dan luar negara.
Para pengunjung boleh naik ke atas menggunakan lift. Dari atas boleh
melihat hampir keseluruhan Kota Jakarta.
Kami telah pun berada di lantai atas.Dari sini kami boleh melihat
pemandangan sekitar Kota Jakarta, tapi waktu itu cuaca agak berjerubu sedikit.
Dari Monumen Nasional, kami dibawa ke taman rekreasi yang terkenal
di Jakarta iaitu Taman Mini Indonesia Indah.
Ini dia
pintu gerbang ke Taman Mini Indonesia Indah. Semua pelawat mesti melalui pintu
gerbang ini dengan bayaran masuk 9,000 rupiah seorang (~rm2.50).
Pembinaan
Taman Mini Indonesia Indah (TMII) telah di cetus oleh Siti Hartinah Soeharto
iaitu isteri kepada Presiden Soeharto ketika itu. Beliau telah mengumumkan
pembinaan projek TMII pada 30hb. Januari 1971. Pada 11hb. Ogos 1971 Nusa
Consultant telah dilantik untuk merekabentuk TMII. Pada 30hb. Jun 1972,
pembinaannya dimulakan dan tidak sampai tiga tahun pembinaannya telah disiapkan
untuk dirasmikan oelh Presiden Soeharto pada 20hb. April 1975.
Ini pelan lokasi Taman Mini Indonesia Indah.
Taman Mini Indonesia Indah merupakan suatu kawasan
taman dimana para pengunjung boleh melihat budaya masyarakat dari 33 daerah di
Indonesia yang dibahagi-bahagikan kepada anjungan-anjungan. Dibina dikawasan seluas 150 hektar. Di tengah-tengah TMII terdapat
sebuah tasik yang menggambarkan kepulauan Indonesia di tengahnya, kereta kabel,
berbagai muzium dan berbagai infrastruktur rekreasi yang menjadikan TMII sebagai salah satu kawasan tarikan
pelancung yang terkemuka di Kota Jakarta.
Ini merupakan Anjungan Nanggoroe
Acheh Darussalam, binaan rumah adalah rumah traditional pahlawan Acheh
iaitu Cut Mutiah yang telah dipindahkan dari tempat asal, dan kini telah lebih
150 tahun tetapi masih dalam keadaan baik. Manakala replika kapal terbang
merupakan kapal terbang jenis “Dakota” bernombor R.I. oo1 “Seulawah” tahun 1948
yang telah disumbangkan oleh masyarakat Acheh.
Di Anjungan Sumatera Utara menampilkan rumah-ruamh adat, rumah Bolon
Batak Simalungun, Jabu Bolon Batak Toba, Siwaluh Jabu Batak Karo, Rumah Batak
Pak-Pak Dairi, Rumah Nias dan Rumah Melayu.
Rumah
Gadang yang terdapat di Anjungan Wilayah Sumatera Barat.
Rumah Limas yang terdapat di Anjungan
Sumatera Selatan.
Ini pula kawasan Anjungan
Daerah Riau. Anjungan Wilayah Riau terdapat empat buah bangunan adat, iaitu Balai
Selasar Jatuh Tunggal, rumah Melayu Atap Limas, rumah Melayu Atap Kajang dan rumah Melayu Atap Lontik.
Ini adalah bangunan Balai Selasar Jatuh Tunggal
merupakan bangunan terbesar diantara empat bangunan.
Ini pula bangunan rumah Melayu Atap Limas, rumah Melayu Atap Kajang
dan rumah Melayu Atap Lontik yang
terdapat di Anjungan Wilayah Riau. Semua bangunan adat diberi hiasan, terutama
ukiran dan semakin banyak ukiran pada suatu rumah maka semakin tinggi pula kedudukan
pemiliknya.
Ini adalah rumah adat yang terdapat di Anjungan Bengkulu.
Rumah adat di Anjungan Jambi
Rumah adat di Anjungan Kalimantan Barat.
Rumah adat di Anjungan Maluku Utara
Ini adalah Muzium Indonesia
Istana
anak-anak Indonesia
Sebenarnya banyak lagi rumah-rumah adat di setiap anjungan tetapi
kami sudah keletihan dan tak mampu untuk meneruskan ronda-ronda di dalam TMII. Tetapi sebelum kami keluar, kami singgah di stesen kereta kabel untuk
menghilangkan keletihan.
Kami juga berkesempatan untuk menaiki “cable car” atau kereta
gantung, tetapi terpaksa beratur panjang. Dari kereta kabel boleh melihat
pandangan yang lebih luas dari udara dan begitu indah sekali. Bayaran dikenakan
hanya 20,000 rupiah seorang (~rm5.00). Selesai menaiki kereta kabel, hari sudah menjelang petang dan kami terus balik ke rumah penginapan.
Hari ketiga, pagi-pagi lagi kami telah bersiap untuk
pergi ke Bandung. Perjalanan ke Bandung melalui jalan yang agak berliku dan jalan
yang agak sempit (tiada lebuhraya), tetapi kami akan singgah di Taman Safari Indonesia, Bogor terlebih
dahulu. Selepas dua jam setengah dalam perjalanan, kami sampai ke Taman Safari
Indonesia.
Taman Safari Indonesia terletak
di Desa Cibeureum, Jalan Raya Puncak, Cisarua, Bogor, Jawa Barat yang terkenal
dengan panggilan Puncak, jadi ia terletak ditempat yang agak tinggi. Masuk ke
Taman Safari dikenakan bayaran sebanyak 250,000 rupiah untuk seorang dewasa dan
kenderaan dikenakan bayaran sebanyak 15,000 rupiah sebuah.
Taman Safari Indonesia asalnya
dibina dikawasan ladang teh seluas 50 hektar untuk dijadikan sebagai tarikan
pelancong yang telah dibuka secara rasminya pada 16hb. Mac 1990. Kini kawasan
Taman Safari telah berkembang menjadi 168 hektar.
Kita boleh memandu kenderaan
di dalam kawasan Taman Safari ini sambil melihat dan memberi makan kepada
haiwan-haiwan jinak yang dibiarkan bebas.
Haiwan-haiwan yang ganas saperti harimau, singa, beruang
ditempatkan dalam kawasan yang berpagar.
Kelihatan Sang Harimau dan Sang Raja Rimba (Singa) sedang berehat
… dia tak kisahpun, kami rakam gambarnya.
Ini pula kawasan sang badak sumbu, badak air, kambing gurun dan
burung unta.
Ini dia sang beruang, Nampak macam marahje saya rakam gambarnya.
Si orang utan pula girang bila kami rakam gambarnya, siap angkat tangan lagi.
Ini pula kawasan pertunjukkan untuk gajah-gajah menunjukkan
kehebatan. Tempat ni berhampiran Restoran Rain Forest, jadi sambil minum dan
makan boleh menonton pertunjukkan gajah, macam-macam aksi boleh dibuatnya
bergantung kepada kreativiti pengarah pertunjukkan.
Di Taman Safari ada juga sebuah lorong saperti gua yang boleh
dimasuki untuk melihat berbagai jenis burung
dan angsa. Kawasan ni lebih sejuk kerana terdapat air terjun dan air yang
sentiasa mengalir macam anak sungai.
Ini kawasan white pony, anak bungsuku sempat juga naik pony yang
sungguh jinak. Dari sini kami menamatkan lawatan di Taman Safari Indonersia Bogor.
Dari Taman Safari Indonesia, kami bercadang untuk meneruskan
perjalanan ke Bandung. Tetapi oleh kerana hari sudah semakin petang, kami
membuat keputusan untuk bermalam di Kota
Bunga iaitu lebih kurang 20 kilometer selepas Taman Safari. Kami tiba di
Kota Bunga, hari sudah mulai gelap. Nota:
Gambar-gambar yang tertera kami rakam pada keesukan harinya.
Gambar atas kiri … merupakan pintu masuk utama ke Kota Bunga –
Puncak, dengan kawalan keselamatan yang agak ketat.
Selepas pintu masuk akan menjumpai binaan pintu
gerbang yang sungguh indah ini yang terletak betul-betul selepas pintu masuk
utama.
Kota Bunga
merupakan sebuah kawasan perumahan di Daerah Puncak lebih kurang 100 kilometer
dari Kota Jakarta. Terdiri dari berbagai macam bentuk rumah mewah atau villa
yang memiliki bentuk yang unik, mengikut nama-nama terkenal saperti Orlando,
Arsenal, Nottingham, Liverpool, Oxford dan banyak lagi. Selain daripada villa-villa mewah yang cantik,
juga terdapat berbagai macam bunga yang menghiasi kawasan perumahan ala resort
tersebut. Juga terdapat berbagai taman rekreasi yang menambah rasa nyaman di
Kota Bunga yang bercuaca sejuk dan sentiasa bersih.
Villa-villa mewah berbagai bentuk di hias
dengan lanskap yang indah.
Pagi hari keempat di Indonesia, kami berada di Kota Bunga dan
telah bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan ke Kota Bandung.
Aku dan keluarga hanya menyewa sebuah rumah bersaiz biasa iaitu rumah
dua bilik tidur dan dua bilik mandi dengan sewanya 650,000 rupiah untuk satu
malam (~rm190.00). Rumah ini juga dikelilingi dengan bunga-bungaan yang segar
dan indah.
Bunga-bunga yang terdapat disekitar rumah yang kami sewa … sejuk
mata memandang. Kami bersiap-siap untuk meninggalkan rumah sewa di Kota Bunga
untuk meneruskan perjalanan ke Kota Bandung. Anak bungsuku paling suka
bergambar.
Antara kawasan tarikan di Kota Bunga … air
pancut
Sebelum kami keluar dari Kota Bunga, kami bersiar-siar di Little
Venice … terdapat sungai dan bot yang boleh dinaiki untuk bersiar-siar di
sepanjang sungai.
Little Venice di Kota Bunga – Puncak, sangat nyaman … tak perlu
pergi ke Italy untuk menikmati keindahan Venice.
Terasa berat untuk meninggalkan Kota Bunga kerana keindahan dan
kenyamanan suasana di sana telah menambat hatiku, jadi selepas tengah hari baru
kami beredar untuk meneruskan perjalanan ke Kota Bandung. Kami tiba di Kota
Bandung lebih kurang jam 5.00 petang dan terus mendaftar masuk ke Hotel Grand
Selera Bandung. Alhamdulillah ada bilik kosong walaupun kami tidak menempah
bilik terlebih dahulu.
Ini dia Hotel Grand Selera Bandung… kami mengambil bilik keluarga
dengan satu katil besar dan satu katil dua tingkat. Biliknya cukup selesa dan
dilengkapi bilik air yang agak mewah. Sewanya pun hampir satu juta rupiah untuk
satu malam.
Kota Bandung memang terkenal sebagai tempat beli belah.
Sebelah malam kami sempat meronda ke beberapa factory outlet yang berhampiran
dengan hotel penginapan. Kami hanya berjalan kaki sahaja. Kami singgah
dibeberapa factory outlet antaranya Rumah Mood Factory Out, Heritage Factory
Outlet, the Secret Factory Out. Walaupun, factory outlet, tetapi untuk pakaian
yang berjenama harganya agak mahal juga.
Keesukan harinya iaitu hari
ke lima, kami sekali lagi meronda ke factory outlet yang lain saperti
Grande Fashion Gallery, House of Donatella dan The Solution.
Kami juga singgah di Rabbani House iaitu sebuah gedung pakaian
Islamic yang terkenal di Kota Bandung. Kami sempat juga membeli beberapa helai
baju sebagai kenangan.
Selepas makan tengah hari disebuah restoran di Bandung, kami
meneruskan perjalanan balik ke Kota Jakarta dan sampai di Jakarta hari sudah
malam.
Hari keenam di Jakarta kami melawat ke Taman Impian Jaya Ancol yang merupakan taman
rekreasi terbesar dan paling popular di Jakarta. Taman Impian Jaya Ancol ini
mempunyai berbagai pilihan tarikan. Kami hanya sempat pergi ke dua tempat
sahaja iaitu Dunia Fantasi (dufan) dan Sea World.
Gambar atas kiri …merupakan pintu gerbang masuk ke Taman Impian
Jaya Ancol. Pada hari itu agak banyak kereta yang nak masuk ke dalam. Manakala
gambar tengah adalah pintu masuk ke Dunia Fantasi (DUFAN).
DUFAN merupakan tempat yang
paling diminati kerana terdapat banyak permainan yang mencabar keberanian
seseorang. Antaranya yang diberi nama Halilintar, Tornado, Hysteria, Vertigo, Kora-kora
dan banyak lagi.
Antara permainan yang mencabar keberanian seseorang. Kalau ada
sakit jantung jangan berani-berani nak cuba.
Ini satu lagi permainan yang mencabar keberanian seseorang. Lepas
turun boleh muntah belahak … habis isi perut. Permainan ini diberi nama
Halilintar.
Ini pun permainan yang mencabar keberanian seseorang, sebelah kiri
yang dikenali sebagai Histeria. Disebelah kanan permainan untuk kanak-kanak.
Aku dan keluarga duduk-duduk di kawasan DUFAN sebelum beredar keluar.
Aku dan keluarga duduk-duduk di kawasan DUFAN sebelum beredar keluar.
Di SeaWorld Indonesia, kita boleh
melihat berbagai-bagai jenis ikan-ikan yang tidak pernah kita lihat.
Aku, isteri dan anak-anak … dibelakang yang gelap adalah akuarium.
Aku, isteri dan anak-anak … dibelakang yang gelap adalah akuarium.
Anak-anak … dibelakang yang gelap adalah
akuarium.
Ini adalah aquarium besar
yang menempatkan banyak ikan termasuk ikan jaws, pari dan banyak lagi.
Pertunjukkan didalam aquarium sedang dijalankan dan kita boleh melihatnya dari
luar aquarium.
Selepas puas meronda didalam SeaWorld, akhirnya kami keluar dan
sebelum beredar kami merakam gambar sebagai kenangan.
SeaWorld Indonesia adalah destinasi terakhir kami di Kota Jakarta
sebelum kami menuju ke Lapangan Terbang Soekarno – Hatta untuk pulang ke
Malaysia.
HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
ReplyDeleteSALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN.
PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.
PAKEJ DITEMPAH SANGAT MENARIK, HEMAT DAN LAYANAN BEST. PILIHAN HOTEL DAN BILIK BERSIH, MAKANAN MENU MELAYU / MOSLEM RESTAURAT (100 % HALAL ) DAN BERPASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNITS KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.
DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA
PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE )
TAK ADA EXTRA BAYAR.
TAK ADA TIPU – TIPU !!!
HARGA PAKEJ 04 HARI / 03 MALAM MYR : 380 (10 ORANG )
HARGA PAKEJ 03 HARI / 02 MALAM MYR : 275 (10 ORANG )
ITINERAY :
DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT
DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.
DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.
DAY 4 : HOTEL – AIRPORT
AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.
SERVICES TERMASUK :
• TRANSPORT
• PEMANDU PELANCONGAN
• HOTEL 3 BINTANG
• BREAKFAST 3X
• MAKAN TENGAH HARI 3X
• DINNER 3X
• SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
• KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
• MINERAL WATER
BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA CONTACT DAN TEMPAH PAKEJ DI :
TIARA TOURS INDONESIA
JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068
TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN :
TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI
NOTE :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK :
• DRIVER
• PATROL
• EKSIDENT INSURANCE
• GOVERNMENT TAX