Thursday, 6 November 2014

Memori 2009 …. Cuti-cuti Gold Coast, Australia


 
Cuti sekolah hujung tahun 2009, kami berpeluang untuk bercuti ke Gold Coast, Australia. Aku membeli tiket kapal terbang untuk aku, isteri dan tiga orang anak-anak perempuanku. Kemudian aku menempah tempat penginapan, kereta sewa dan juga membeli tiket untuk masuk ke taman-taman tema semuanya secara dalam talian. Cara ini lebih murah berbanding kalau kita pergi melancong mengikuti pakej pelancungan.

29 Nov 2009, penerbangan Air Asia berlepas dari Kuala Lumpur jam 10.20 pagi dan telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Coolonggatta Gold Coast jam 8.30 malam waktu tempatan hari yang sama. Selepas mengambil bagasi dan melepasi pemeriksaan imigresen, kami terus keluar dan kami telah disambut oleh wakil dari Isle of Palms Resort. Aku telah menempah penginapan jenis town house dan juga sebuah kenderaan daripada mereka.

Dari lapangan terbang, kami telah di bawa ke tempat penginapan kami yang terletak lebih kurang 8 km sahaja. 


Ini dia,  Isle of Palms Resort, sebuah kawasan perumahan berpagar dan berpengawal sepenuhnya. Gambar atas kiri … laluan masuk. Gambar atas kanan … “reception area”.



Town House tersebut merupakan sebuah rumah jenis Semi D dua tingkat. Di tingkat bawah terdapat ruang tamu, ruang makan dan dapur. Di tingkat atas terdapat dua buah  bilik tidur dan sebuah bilik kecil dan dua buah bilik mandi. Memang cukup selesa untuk kami berlima.

Antara persekitaran rumah yang kami sewa … dikelilingi tasik yang amat nyaman.




Hari Pertama … Currumbin Wildlife Sanctuary … Muzium Lilin

Malam pertama di Isle of Palm Resort sungguh nyaman dan selesa. Tidak sedar, waktu sudah jam 5.30 pagi. Aku bergegas bangun dan menggerakkan semua kerana waktu subuh sudah hampir tamat.

Selesai solat subuh, isteriku terus turun ke bawah ke dapur, kerana telah terbiasa macam dirumah sendiri. Kami memang ada membawa makanan sejuk beku dari Malaysia dan hanya perlu memanaskan sahaja sebelum dimakan.

Sebelum kami tiba di Gold Coast lagi, aku telah menyediakan perancangan perjalanan sepanjang percutian untuk kami lawati.  Hari pertama di Gold Coast kami telah pergi ke Currumbin Wildlife Sanctuary yang terletak hanya 4km dari tempat penginapan kami.


Currumbin Wildlife Sanctuary terletak di no. 28, Tomewin Street, Currumbin, Queensland. Telah diasaskan oleh Alex Griffith pada tahun 1947 sebagai taman burung.


Pada tahun 1976, taman tersebut telah diambil alih oleh National Trust of Queensland dan menamakannya sebagai Currumbin Bird Sanctuary.

Sebaik kami masuk ke dalam, kami telah diberi peluang untuk memegang anak bunya yang telah dijinakkan.


Apabila binatang yang dipelihara telah bertambah dari semasa ke samasa, taman tersebut telah ditukar nama kepada Currumbin Wildlife Sanctuary pada tahun 1995.

Antara Beruang Koala yang terdapat di Currumbin Wildlife Sanctuary (CWS).

Kami menaiki trem untuk mengelilingi taman tersebut.


Bermain-main dengan Kangaroo yang jinak.

Kangaroo di CWS kebanyakkan sangat manja dengan para pengunjung.


Beruang Koala sedang bermain-main didahan pokok.


Kami sempat merakam gambar bersama Beruang Koala yang jinak.


Kami memasuki kawasan pertunjukkan haiwan.

Disalah satu lokasi taman buaya yang terdapat di CWS.



Beruang Koala jantan boleh hidup sehingga sepuluh tahun, manakala yang betina boleh hidup sehingga lima belas tahun.

Dikawasan pertunjukkan dan bermain-main dengan haiwan.


Lebih kurang tiga jam berada di Currumbin Wildlife Sanctuary, kami beredar keluar untuk balik ke rumah penginapan. Dalam perjalanan balik, kami singgah di The Pines Shopping Centre untuk membeli barangan makanan untuk dimasak.


Ini dia The Pine Shopping Centre yang terletak hanya 700 meter jaraknya dari rumah penginapan kami.



Antara kedai-kedai yang terdapat di The Pines Shopping Centres.



Disinilah kami membeli berbagai sayur-sayuran serta ikan dan juga beras untuk di masak sepanjang kami berada di Gold Coast. Banyak barangan halal dijual di sini dan harganya pun berpatutan.


Sebelah petang selepas makan, kami keluar ke pusat Bandar Gold Coast lebih kurang 18 kilometer dari tempat penginapan kami. Aku memandu dengan penuh berhati-hati kerana tanpa bantuan GPS. Sistem jalan raya di Gold Coast memang mudah dan banyak papan tanda, jadi kami tidak sesat walaupun itu pertama kali kami sampai di Gold Coast.

Disamping bersiar-siar, kami juga melawat Muzium Lilin Gold Coast yang merupakan muzium lilin terbesar di selatan Australia. Terletak di no. 56, Ferny Avenue, Surfers Paradise Queensland, Gold Coast.



Terdapat lebih dari 110 patung manusia yang diperbuat daripada lilin yang kelihatan menyerupai bentul asal. Bayaran masuk adalah AUD29.00 untuk dewasa dan AUD22.00 untuk kanak-kanak.
 
Patung Michael Jackson dan angkasawan Amerika, Neil Armstrong kelihatan saperti hidup.


Lagi patung-patung manusia yang diperbuat daripada lilin.


Lihat … Presiden Barrack Obama kelihatan saperti asli.


Mahatma Ghandi juga kelihatan saperti asli.


Banyak lagi patung-patung manusia yang diperbuat daripada lilin yang menyerupai saiz dan bentuk asalnya.

Muzium Lilin Gold Coast merupakan tepat terakhir yang kami lawati di hari pertama sebelum kami balik ke rumah penginapan kami untuk berehat.




Hari Kedua … Sea World

Sepanjang berada di Gold Coast, waktu solat subuh begitu awal iaitu jam 4.30 pagi, begitu juga waktu solat-solat yang lain. Jam 6.00 pagi hari sudah terang. Isteriku pun mula memasak untuk sarapan pagi. Untuk hari kedua, saperti dalam parancangan kami, kami akan menghabiskan masa sehari di Sea World.

Selesai sarapan pagi dan berkemas barang dan barang makanan, kami meninggalkan penginapan untuk ke Sea World yang jaraknya lebih kurang 23 kilometer sahaja.

Aku memandu menggunakan Gold Coast Highway dan terus menuju ke Sea World mengikut papan tanda yang ada. Sampai di Sea World, kami antara keluarga yang terawal sampai.


Oleh kerana aku telah membeli tiket secara dalam talian semenjak di KL lagi, jadi kami tidak perlu beratur untuk membeli tiket.


Antara pemandangan sebaik sahaja masuk ke dalam Sea World.


Ini adalah kawasan akuarium yang terdapat didalam Sea World.



Ini adalah kawasan pertunjukkan singa laut. Persembahan yang ditunjukkan memang menghiburkan.




Big Bird Theatre … menonton aksi Big Birds.


Lagi aksi Big Birds.


Big Bird Bounce … taman keriangan kanak-kanak.


Menaiki Sky High Skyway.



Di setesen kereta kabel Sky High Skyway.



Ini pula kawasan penguin.



Ini habitat beruang kutub. Cuma ada satu ekor sahaja beruang yang berwarna putih.Kasihan beruang tersebut … tak ada pasangan.



Kami berjalan lagi hingga sampai ke kolam ikan pari (Ray Reef). Banyak ikan pari yang terdapat dikolam ini.



Masing-masing sudah mulai penat jadi kami berehat sebentar di tempat duduk yang terdapat disekitar kolam ikan pari sebelum kami berjalan ke tempat seterusnya.



Kawasan ini, Sesame Street Beach adalah taman keriangan untuk kanak-kanak.




Jadi, anak bungsuku pun tak melepaskan peluang. Semua permainan yang ada di nak cuba.


Kami berjalan lagi sehingga sampai di Shark Bay.
Ini kolam ikan jerung. Kawasan ini di pagar rapi untuk mengelakkan orang jatuh ke dalam kolam. Ada beberapa ekor ikan jerung yang sentiasa berlegar-legar, mungkin mencari dan menunggu mangsa.



Dah keletihan, baru kami beredar untuk keluar, berjalan melewati kawanan angsa yang sungguh cantik.

Sebelum kami meninggalkan Sea World, aku dan keluarga sempat menunaikan kewajipan kepada Allah swt di bilik solat yang terletak di bawah Stesen Monorail.



Setelah hampir satu hari suntuk kami berada di Sea World, kami meninggalkan Sea World untuk balik ke rumah penginapan dengan perasaan girang.



Hari Ketiga … Tamborine Mountain … Skywalk … Dreamworld

Hari ketiga, setelah sarapan pagi dan berkemas, kami keluar untuk meneruskan cuti-cuti kami di Gold Coast. Mula-mula  aku menghantar dua orang anakku ke Dreamworld yang lebih kurang 42 kilometer dari rumah penginapan.

Aku memandu di Gold Coast Highway dan hanya melihat papan tanda, tapi akhirnya sampai juga ke Dreamworld. Dreamworld adalah salah satu taman tema yang terkenal di Gold Coast.

Setelah menurunkan dua orang anakku, kemudian aku, isteri dan anak bungsuku pergi meneruskan perjalanan, masuk semula ke lebuhraya untuk ke Tamborine Mountain pulak.

Selepas nampak papan tanda Tamborine Mountain, aku mengambil jalan susur keluar dan memandu terus.

Untuk sampai ke Tamborine Mountain, terpaksa melalui jalan yang berliku-liku dan mendaki bukit, namun akhirnya kami sampai juga.

Kami di Tamborine Mountain. Keadaannya sungguh nyaman, pemandangannya sangat luas, terpegun aku melihat keindahan ciptaan Allah swt.



Kami berhenti disatu kawasan tinjau dan aku menunaikan kewajipan kepada Allah swt.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke sebuah pekan kecil yang terletak diatas Tamborine Mountain. Disitu terdapat beberapa buah bangunan yang menjual beranika barangan cenderahati dan juga terdapat beberapa restoran.

Antara kedai-kedai menjual barangan cenderahati atau buah tangan.

Lagi deretan kedai-kedai yang terdapat di pekan kecil tersebut.


Antara kedai-kedai menjual barangan cenderahati.


Salah sebuah restoran yang terdapat disitu.

Kami sempat juga memesan makanan dan minuman di salah satu kedai makan yang hanya menjual makanan dari laut sahaja.


Selepas minum kopi dan makan bekalan yang kami bawa, kami meneruskan perjalanan lagi sejauh kira-kira 4 kilometer untuk sampai ke Tamborine Rainforest Skywalk.


Di sini kami boleh berjalan menyusuri jambatan gantung untuk memasuki hutan tebal bagi melihat keindahan suasana keliling. Untuk masuk dikenakan bayaran AUD19.50 untuk dewasa manakala kanak-kanak AUD9.50. Aku membeli tiket pakej keluarga untuk dua dewasa dan satu kanak-kanak dengan harga AUD44.00.



Mula-mula memang aku terasa gayat berjalan ditempat tinggi, tetapi lama-kelamaan perasaantu hilang.



Di tengah-tengah hutan kami turun ke tanah dan boleh menyusuri jalan-jalan yang dibina untuk pengunjung melihat-lihat kawasan sekitar. Keadaan disana memang segar dan udara pun bersih.


Pokok-pokok yang terdapat disana kebanyakannya tinggi-tinggi mungkin telah berusia ratusan tahun. Burung dan rama-rama juga begitu indah.


Lebih kurang satu jam berada di Tamborine Rainforest Skywalk, kami beredar dan berpatah balik ke Dreamworld.


Sampai di Dreamworld, kebanyakan pengunjung sudah mulai balik. Waktu itu kami dibenarkan masuk untuk merakam beberapa gambar walaupun tanpa membeli tiket kerana kebanyakan permainan telah pun tutup.


Jadi dapatlah juga aku merakam beberapa gambar untuk kenangan.


Gambar sekadar kenangan.

Anak bungsuku tidak melepaskan peluang bergambar.


Lagi aksi anak-anakku.


Gambar kenangan bersama maskot pilihan yang begitu peramah.


Antara tarikan yang terdapat di Dreamworld.


Ini untuk kanak-kanak bermain, tetapi sudah tutup.


Satu lagi laman mainan untuk kanak-kanak di Dreamworld.

Setelah puas merakam gambar, kami balik ke Isle Palm Resort.



Hari Keempat … Warner Bros Movie World

Pagi hari keempat, saperti hari sebelumnya, isteriku menyediakan sarapan pagi dan juga bekalan makan tengah hari untuk kami bawa.

Hari keempat, kami keluar  rumah agak lambat, lebih kurang jam 9.00 pagi baru kami keluar. Sekali lagi aku memandu di Lebuhraya Gold Coast untuk menuju ke Warner Bros Movie World.

Movie World terletak 35 kilometer dari tempat pennginapan kami. Selepas nampak papan tanda Movie World, aku terus memandu ke jalan susur keluar dan sudah kelihatan pintu masuk ke Movie World.


Antara roller coaster yang terdapat di Movie World. Hanya dua orang anakku yang berani naik roller coaster ni.




Bergambar kenangan dengan mascot-maskot terkenal.


Anak-anakku tidak melepaskan peluang merasai keriangan Batwing.


Gambar kenangan bersama Donald duck dan juga kereta batman.



Aku pun tak melepaskan peluang juga.


Antara persembahan yang ditunjukkan pada hari itu.



Kenangan bersama dinding yang dicat kelihatan begitu hidup.


Di kawasan keretapi untuk kanak-kanak.


Gambar kenangan bersama Shrek!!!

Lagi gambar kenangan.



Ini kawasan aksi lasak.


Menaiki boat masuk kedalam gua dan meluncur turun kebawah … memang kecut perut dibuatnya, dah tu basah kuyup kena tempiasan air … aku berjalan keluar.

Sampai waktu untuk menunaikan kewajipan kepada Allah swt, kami pergi ke bilik solat yang disediakan.  Bangunannya terjaga rapi, bilik solat berasingan lelaki dan wanita dilengkapi dengan tempat wuduk berasingan didalam bilik solat itu juga.
 
Memang cukup selesa untuk mendirikan solat didalamnya. Di Negara bukan islam, tetapi mereka perihatin kepada keperluan untuk orang islam. Bukan nak puji Australia, tetapi di USS semasa kami pergi Jun 2011, bilik solat hanya sebuah bilik pejabat yang sebesar 10’ x 12’ sahaja itu pun campur lelaki dan perempuan tanpa ada tirai dan terpaksa ambil wuduk didalam tandas yang agak jauh juga.

Selesai solat, kami keluar untuk melihat perarakan yang akan dijalankan. Para pelakun akan membuat perarakan sepanjang jalan di kawasan Movie Word.



Masing-masing telah bersedia untuk berarak.



Batman dengan keretanya.

Perarakan telah bermula.
Kami hanya menonton dari tepi jalan.

Sebuah kereta  antik.

Kanak-kanak bersalaman dengan idola masing-masing.

Bug bunny dan rakan-rakan.

Kereta-kereta sedang bergerak perlahan.


Perarakan berakhir.




Sebelum kami keluar, sempat juga anak bungsuku mencuba permainan ini.


Anak bungsuku bergambar dengan kereta batman.

Berehat-rehat dilaman sebelum berjalan keluar.


Lebih kurang jam 4.30 petang kami meninggalkan Movie World untuk balik ke Isle Palms Resort setelah masing-masing keletihan.



Hari Kelima … Gold Coast … Brisbane … Gold Coast

Kami memang telah telah merancang untuk pergi ke Bandar Brisbane sekadar untuk melihat-lihat. Brisbane terletak lebih kurang 100 kilometer dari Gold Coast. Setelah sarapan pagi dan mengemas apa yang perlu dibawa, kami keluar rumah lebih kurang jam 10.00 pagi.

Dari rumah penginapan, aku memandu melalui Gold Coast Highway kemudian menuju ke Pacific Highway untuk ke Brisbane.

Hari itu tidak banyak kenderaan di Pacific Highway. Had laju maksima kenderaan di Pacific Highway hanya 100 km/jam, tetapi kebanyakan kenderaan tidak dipandu laju hanya sekitar 80km/jam. Aku pun menjadi pemandu yang berkhemah pada hari itu.

Lebih kurang dua jam dalam perjalanan yang santai, kami telah sampai di Bandar Brisbane. Hari itu Bandar Brisbane agak lengang, tidak banyak kenderaan. Setelah berpusing-pusing sekitar Bandar, aku meletak kenderaan di tempat letak kereta yang ada di tepi jalan. Banyak kereta peronda polis yang diparkir di tepi jalan sahaja.

Kami berjalan menuju ke Pusat Pelancungan Queensland dan dimaklumkan pada hari itu adalah hari cuti umum.


Patutlah banyak kedai tutup, rupanya hari cuti umum. Kami hanya berjalan-jalan disekitar Bandar Brisbane sebelum kami memutuskan untuk balik semula ke Gold Coast.


Petang itu kami singgah di Bandar Gold Coast untuk melihat-lihat dan membeli cenderahati kerana esuk kami akan balik ke Kuala Lumpur.
 
Suasana malam di Bandar Gold Coast.




Hari Keenam … Good Bye Gold Coast

Pagi-pagi lagi kami telah bersiap kerana itu adalah hari terakhir dan kami perlu sampai di lapangan terbang sebelum jam 8.00 pagi kerana penerbangan kami ke Kuala Lumpur dijangka berlepas jam 9.35 pagi.

Namun kami sempat juga merakam beberapa gambar sebelum kami meninggalkan Isle of Palm Resort.


Sebelum jam 8.00 pagi kami sudah sampai di Lapangan Terbang Coolanggata Gold Cost. Setelah menyerahkan kunci kereta ditempat yang dijanjikan, kami terus ke ruang check-in dan kemudian terus ke ruang menunggu.


Tepat jam 9.35 pagi, pesawat Air Asia terbang tinggi untuk meninggalkan Gold Coast dengan penuh keriangan.


No comments:

Post a Comment