Monday 26 October 2015

Kembara Amal Kemboja - 5 hari 4 malam



ATURCARA LAWATAN


Hari 1 (Selasa): KUALA LUMPUR – PHNOM PENH

Para peserta dikehendaki berkumpul di hadapan pintu masuk P/Q KLIA 2 tepat jam 12.00 tengah hari untuk urusan check-in bagasi dan pemberian boarding pass.

Pesawat AirAsia dijangka berlepas dari KLIA2 jam 3.10 petang dan dijangka mendarat di  Lapangan Terbang Phnom Penh, Kemboja  jam 4.00 petang waktu tempatan. Nota: Waktu Phnom Penh satu jam lewat dari waktu Malaysia.

Setibanya di Lapangan Terbang Pnom Penh, rombongan akan dibawa terus ke hotel untuk check-in dan berehat. Solat jamak Maghrib dan Isyak di dalam bilik masing-masing.

Selepas solat, rombongan akan dibawa untuk makan malam di restoran halal tempatan.

Kemudian ke Night Market untuk bersiar-siar. Seterus balik ke hotel dan acara bebas sehingga tidur.

Phnom Penh Night Market




Hari 2 (Rabu): LAWATAN SEKITAR PNOM PENH

Selepas sarapan pagi di restoran halal tempatan, rombongan akan dibawa untuk melawat Royal  Palace dan Silver Pagoda yang telah dibina oleh Raja Norodom dalam tahun 1866.

 Royal Palace

Silver Pagoda
  

Lawatan diteruskan ke Wat Phnom dan Monumen Kemerdekaan. Kemudian ke restoran halal tempatan untuk makan tengah hari.

Wat Phnom

Monumen Kemerdekaan


Selepas makan tengah hari, rombongan dibawa ke masjid tempatan untuk solat jamak zohor dan asar sebelum meneruskan lawatan ke  Toul Sleng Genocide Museum, tempat penyeksaan oleh Rejim Pol Pot.

 Toul Sleng Genocide Museum


Destinasi terakhir hari kedua melawat Killing Field dimana ratusan ribu orang telah dibunuh dan ditanam disini oleh Rejim Pol Pot.

Killing Field

Rombongan kemudian dibawa untuk makan malam di restoran halal tempatan sebelum balik ke hotel. Solat maghrib dan isyak di bilik masing-masing. Seterusnya, acara bebas sehingga tidur.



Hari 3 (Khamis): PHNOM PENH – KAMPONG CHAM TRADITIONAL VILLAGE

Di awal pagi, check-out hotel dan bertolak ke Kampung Weal Duek Chen iaitu sebuah kampong tradisional islam yang terbaik di Daerah Kampung Cham. Di dalam perjalanan kita akan singgah di restoran halal tempatan untuk  sarapan pagi dengan menu kegemaran tempatan saperti mehoon sop dan kwetiau sop.

Selepas sarapan, meneruskan perjalanan ke Daerah Kg Cham. Terdapat banyak keluarga Islam disana dan kita boleh melihat sawah padi dan juga hasil cucuk tanam mereka. Berhampiran kampong Weal Duek Chen juga terdapat banyak perkampungan lain yang boleh dilawati tetapi menggunakan pengangkutan yang ditarik oleh lembu atau kuda atau pun dengan berjalan kaki sahaja. Banyak aktiviti-aktiviti boleh dilakukan saperti melawat sekolah, menyampaikan sedikit bantuan amal kepada murid-murid atau penduduk tempatan, solat berjemaah bersama penduduk kampong.

Makan tengah hari di perkampungan tersebut dengan menu ayam masak kari dan sayur campur.

Di sebelah malam, para perserta akan menginap bersama kelurga angkat muslim untuk merasai kehidupan penduduk islam di kampong tersebut yang serba kekurangan. Walaupun serba kekurangan, tetapi mereka akan melayan tetamu dengan penuh rasa hormat. Makan malam akan disediakan oleh keluarga angkat masing-masing.

Nota: Selain dari wang ringgit, antara barangan yang boleh dibawa untuk disumbangkan kepada penduduk Islam di Kg Cham ialah kain pelikat, kopiah, tudung, telekong, muqadam al-Quran



Hari 4 (Jumaat): KAMPONG CHAM – PHNOM PENH

Selepas sarapan pagi yang disediakan oleh keluarga angkat di Kampung Cham, kita akan bertolak balik ke Phnom Penh dan terus ke  Masjid Jamik Alserkal untuk menunaikan solat jumaat. Masjid Jamik Alserkal atau dikenali juga sebagai Masjid al-Azhar adalah sebuah masjid yang terbesar dan terindah di kota Phnom Penh. Masjid tersebut disumbangkan oleh seorang dermawan Arab dan dibina diatas tanah bekas tasik.

Masjid Jamik Al-Serkal


Selesai solat jumaat, kita akan dibawa ke restoran halal tempatan untuk makan tengah hari dan kemudian ke hotel untuk check-in dan berehat sebentar.

Disebelah petang, kita akan dibawa menaiki  Mekong River Cruise sambil melihat Perkampungan Sampan di sepanjang Sungai Tonle Sap.
   
 Mekong River Cruise


Perkampungan Sampan di Tasik Tonlesap


Dari Mekong River Cruise, rombongan akan di bawa ke restoran halal tempatan untuk makan malam kemudian balik hotel. Solat maghrib dan isyak di bilik masing-masing. Seterusnya acara bebas sehingga tidur.


Hari 5 (Sabtu): PHNOM PENH – SHOPPING - KL

Check-out hotel dan sarapan pagi di restoran halal tempatan, kemudian meneruskan lawatan ke Toul Tompong Market di kemali juga sebagai Russian Market untuk membeli belah (shopping #1).

  Russian Market (Toul Tompong Market)


Lawatan di Phnom Penh di akhiri dengan singgah di Phsah Thmei Market atau Central Market untuk membeli belah (shopping #2).

 Central Market (Phsah Thmei Market)

Kedua-dua pasar tersebut dibuka seawal jam 5.00 pagi waktu tempatan. Diantara barangan yang boleh dibeli di kedua-dua pasar tersebut ialah tudung, telekong, baju kurung, jubbah, pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak dan banyak lagi.

Selepas menghabiskan duit di kedua pasar tersebut, kita akan dibawa untuk makan tengah hari di restoran halal tempatan dan kemudian terus ke lapangan terbang antarabangsa Phnom Penh untuk penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Solat jamak zohor dan asar di bilik solat di lapangan terbang Phnom Penh.

Pesawat AirAsia di jangka berlepas dari Lapanganterbang Phnom Penh jam 4.45 petang dan dijangka sampai di KLIA 2 jam 7.35 malam.

Nota: Aturcara lawatan diatas hanya lebih kurang sahaja dan boleh berubah mengikut kesesuaian masa dan keperluan rombongan.


No comments:

Post a Comment