Monday 26 October 2015

Destinasi Cuti-cutiku .. Seoul Jun 2015 .. solat di Incheon Airport



Hari keenam adalah hari terakhir kami berada di Seoul. Pagi itu kami tidak kemana-mana. Selepas sarapan pagi, kami berkemas-kemas supaya tidak tergesa-gesa, nanti ada pula barang yang tinggal. Penerbangan kami ke Kuala Lumpur lebih kurang jam 3.45 petang.



Sempat bergambar sebelum meninggalkan bilik yang kami sewa untuk lima malam.


 
Tuan rumah yang baik hati.



 
Sayu juga terasa di hati untuk meninggalkan Seoul, tapi apakan daya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.



Kami terus sahaja berjalan kaki sambil menarik bagasi masing-masing untuk ke stesen Itaewon. Dari stesen Itaewon kami menaiki subway ke arah Gongdeok dan turun di Gongdeok untuk tukar tren ke Incheon Airport.



Lebih kurang satu jam 20 minit termasuk tukar tren, akhirnya kami sampai di Incheon Airport Station.



Kami terus bergegas ke kaunter check-in, tetapi orang sudah beratur panjang untuk membuat imbasan bagasi. Terpaksalah kami ikut beratur juga.




Adalah lebih kurang 45 minit kami beratur, baru sampai ke kaunter AirAsia untuk check-in.   



Selesai check-in, kami terus bertanya dimana bilik solat dan mereka memaklumkan ada bilik solat yang berhampiran dengan pintu berlepas 24. Nasib baik tak jauh dari pintu berlepas kami iaitu pintu 29.



 
Tetapi untuk samapi ke pintu 24 agak jauh juga. Memang besar betul Lapangan Terbang Incheon ni. Kami pun terus berjalan dan kami jumpa papan tanda di atas, kami pusing kanan dan jalan terus.


 
Jumpa juga pintu berlepas no. 24 dan kami pun mencari-cari bilik solat.




Akhirnya jumpa juga bilik solat.


Di dalam bilik solat tiada tempat mengambil wuduk jadi terpaksalah kami mengambil wuduk di tandas berhampiran. Semasa nak solat, timbul pula masaalah arah kiblat kerana ada beberapa arah kiblat yang ditandakan disitu. Setelah meletakkan sejadah ke  arah pintu dengan sedikit senget ke  arah kanan, kami pun solat bersama, semuga solat kami diterima oleh Allah swt. Alhamdulillah dapat juga menyelesaikan kewajipan kepada Allah swt.


Dari bilik solat kami bergegas ke pintu berlepas no. 29, kerana pesawat AirAsia akan berlepas jam 3.25 petang waktu tempatan dan kami hanya mempunyai lebih kurang 10 minit sahaja untuk sampai ke pintu berlepas 29.


 
Kami jumpa papan tanda ni dan terus berjalan kehadapan.


 
Kemudian kami jumpa papan tanda ini pula dan kami pusing ke kanan. Dewan berlepas no. 29 tidak jauh dari papan tanda tu.



 
Dah lambat pun sempat juga merakam gambar.


Semasa kami sampai di dewan berlepas 29, para penumpang sudah beratur dan mulai berjalan untuk masuk ke dalam pesawat. Kami pun ikut sahaja dibelakang mereka. Setengah jam kemudian, pesawat AirAsia D7505 mula bergerak perlahan-lahan untuk berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Incheon, Seoul.



Selamat tinggal Seoul … 6hb Jun 2015.






No comments:

Post a Comment