ATURCARA
LAWATAN
Hari 1
(Selasa): KUALA LUMPUR – PHNOM PENH
Para peserta dikehendaki berkumpul di
hadapan pintu masuk P/Q KLIA 2 tepat jam 12.00 tengah hari untuk urusan
check-in bagasi dan pemberian boarding pass.
Pesawat AirAsia dijangka berlepas dari
KLIA2 jam 3.10 petang dan dijangka mendarat di
Lapangan Terbang Phnom Penh, Kemboja
jam 4.00 petang waktu tempatan. Nota: Waktu Phnom Penh satu jam lewat
dari waktu Malaysia.
Setibanya di Lapangan Terbang Pnom Penh,
rombongan akan dibawa terus ke hotel untuk check-in dan berehat. Solat jamak
Maghrib dan Isyak di dalam bilik masing-masing.
Selepas
solat, rombongan akan dibawa untuk makan malam di restoran halal tempatan.
Kemudian ke Night Market untuk bersiar-siar. Seterus balik ke hotel dan acara
bebas sehingga tidur.
Phnom Penh Night Market
Hari 2 (Rabu):
LAWATAN SEKITAR PNOM PENH
Selepas sarapan pagi di restoran halal
tempatan, rombongan akan dibawa untuk melawat Royal Palace dan Silver Pagoda yang telah dibina oleh
Raja Norodom dalam tahun 1866.
Royal Palace
Silver Pagoda
Lawatan diteruskan ke Wat Phnom dan Monumen
Kemerdekaan. Kemudian ke restoran halal tempatan untuk makan tengah hari.
Wat Phnom
Monumen Kemerdekaan
Selepas makan tengah hari, rombongan
dibawa ke masjid tempatan untuk solat jamak zohor dan asar sebelum meneruskan
lawatan ke Toul Sleng Genocide Museum,
tempat penyeksaan oleh Rejim Pol Pot.
Toul Sleng Genocide Museum
Destinasi terakhir hari kedua melawat Killing
Field dimana ratusan ribu orang telah dibunuh dan ditanam disini oleh Rejim Pol
Pot.
Killing Field
Rombongan kemudian dibawa untuk makan
malam di restoran halal tempatan sebelum balik ke hotel. Solat maghrib dan
isyak di bilik masing-masing. Seterusnya, acara bebas sehingga tidur.
Hari 3
(Khamis): PHNOM PENH – KAMPONG CHAM TRADITIONAL VILLAGE
Di awal pagi, check-out hotel dan
bertolak ke Kampung Weal Duek Chen iaitu sebuah kampong tradisional islam yang
terbaik di Daerah Kampung Cham. Di dalam perjalanan kita akan singgah di
restoran halal tempatan untuk sarapan
pagi dengan menu kegemaran tempatan saperti mehoon sop dan kwetiau sop.
Selepas sarapan, meneruskan perjalanan
ke Daerah Kg Cham. Terdapat banyak keluarga Islam disana dan kita boleh melihat
sawah padi dan juga hasil cucuk tanam mereka. Berhampiran kampong Weal Duek
Chen juga terdapat banyak perkampungan lain yang boleh dilawati tetapi
menggunakan pengangkutan yang ditarik oleh lembu atau kuda atau pun dengan
berjalan kaki sahaja. Banyak aktiviti-aktiviti boleh dilakukan saperti melawat
sekolah, menyampaikan sedikit bantuan amal kepada murid-murid atau penduduk
tempatan, solat berjemaah bersama penduduk kampong.
Makan tengah hari di perkampungan
tersebut dengan menu ayam masak kari dan sayur campur.
Di sebelah malam, para perserta akan
menginap bersama kelurga angkat muslim untuk merasai kehidupan penduduk islam
di kampong tersebut yang serba kekurangan. Walaupun serba kekurangan, tetapi
mereka akan melayan tetamu dengan penuh rasa hormat. Makan malam akan
disediakan oleh keluarga angkat masing-masing.
Nota:
Selain dari wang ringgit, antara barangan yang boleh dibawa untuk disumbangkan
kepada penduduk Islam di Kg Cham ialah kain pelikat, kopiah, tudung, telekong,
muqadam al-Quran
Hari 4
(Jumaat): KAMPONG CHAM – PHNOM PENH
Selepas sarapan pagi yang disediakan
oleh keluarga angkat di Kampung Cham, kita akan bertolak balik ke Phnom Penh
dan terus ke Masjid Jamik Alserkal untuk
menunaikan solat jumaat. Masjid Jamik Alserkal atau dikenali juga sebagai
Masjid al-Azhar adalah sebuah masjid yang terbesar dan terindah di kota Phnom
Penh. Masjid tersebut disumbangkan oleh seorang dermawan Arab dan dibina diatas
tanah bekas tasik.
Masjid Jamik Al-Serkal
Selesai solat jumaat, kita akan dibawa
ke restoran halal tempatan untuk makan tengah hari dan kemudian ke hotel untuk
check-in dan berehat sebentar.
Disebelah petang, kita akan dibawa
menaiki Mekong River Cruise sambil
melihat Perkampungan Sampan di sepanjang Sungai Tonle Sap.
Mekong River Cruise
Perkampungan Sampan di Tasik Tonlesap
Dari Mekong River Cruise, rombongan akan
di bawa ke restoran halal tempatan untuk makan malam kemudian balik hotel.
Solat maghrib dan isyak di bilik masing-masing. Seterusnya acara bebas sehingga
tidur.
Hari 5
(Sabtu): PHNOM PENH – SHOPPING - KL
Check-out hotel dan sarapan pagi di
restoran halal tempatan, kemudian meneruskan lawatan ke Toul Tompong Market di
kemali juga sebagai Russian Market untuk membeli belah (shopping #1).
Russian Market (Toul Tompong Market)
Lawatan di Phnom Penh di akhiri dengan
singgah di Phsah Thmei Market atau Central Market untuk membeli belah (shopping
#2).
Central Market (Phsah Thmei Market)
Kedua-dua pasar tersebut dibuka seawal jam 5.00 pagi waktu tempatan.
Diantara barangan yang boleh dibeli di kedua-dua pasar tersebut ialah tudung,
telekong, baju kurung, jubbah, pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak dan
banyak lagi.
Selepas menghabiskan duit di kedua pasar
tersebut, kita akan dibawa untuk makan tengah hari di restoran halal tempatan
dan kemudian terus ke lapangan terbang antarabangsa Phnom Penh untuk
penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Solat jamak zohor dan asar di bilik solat di
lapangan terbang Phnom Penh.
Pesawat AirAsia di jangka berlepas dari
Lapanganterbang Phnom Penh jam 4.45 petang dan dijangka sampai di KLIA 2 jam
7.35 malam.
No comments:
Post a Comment