Hari keenam adalah hari terakhir kami berada di Seoul. Pagi
itu kami tidak kemana-mana. Selepas sarapan pagi, kami berkemas-kemas supaya
tidak tergesa-gesa, nanti ada pula barang yang tinggal. Penerbangan kami ke
Kuala Lumpur lebih kurang jam 3.45 petang.
Tuan rumah yang baik hati.
Sayu juga terasa di hati untuk meninggalkan Seoul, tapi
apakan daya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik
juga di negeri sendiri.
Kami terus sahaja berjalan kaki sambil menarik bagasi
masing-masing untuk ke stesen Itaewon. Dari stesen Itaewon kami menaiki subway
ke arah Gongdeok dan turun di Gongdeok untuk tukar tren ke Incheon Airport.
Lebih kurang satu jam 20 minit termasuk tukar tren, akhirnya
kami sampai di Incheon Airport Station.
Kami terus bergegas ke kaunter check-in, tetapi orang sudah
beratur panjang untuk membuat imbasan bagasi. Terpaksalah kami ikut beratur
juga.
Adalah lebih kurang 45 minit kami beratur, baru sampai ke
kaunter AirAsia untuk check-in.
Selesai
check-in, kami terus bertanya dimana bilik solat dan mereka memaklumkan ada bilik
solat yang berhampiran dengan pintu berlepas 24. Nasib baik tak jauh dari pintu
berlepas kami iaitu pintu 29.
Tetapi untuk samapi ke pintu 24 agak jauh juga. Memang besar
betul Lapangan Terbang Incheon ni. Kami pun terus berjalan dan kami jumpa papan
tanda di atas, kami pusing kanan dan jalan terus.
Jumpa juga pintu berlepas no. 24 dan kami pun mencari-cari
bilik solat.
Di
dalam bilik solat tiada tempat mengambil wuduk jadi terpaksalah kami mengambil
wuduk di tandas berhampiran. Semasa nak solat, timbul pula masaalah arah kiblat
kerana ada beberapa arah kiblat yang ditandakan disitu. Setelah meletakkan
sejadah ke arah pintu dengan sedikit
senget ke arah kanan, kami pun solat
bersama, semuga solat kami diterima oleh Allah swt. Alhamdulillah dapat juga
menyelesaikan kewajipan kepada Allah swt.
Dari
bilik solat kami bergegas ke pintu berlepas no. 29, kerana pesawat AirAsia akan
berlepas jam 3.25 petang waktu tempatan dan kami hanya mempunyai lebih kurang 10
minit sahaja untuk sampai ke pintu berlepas 29.
Kami jumpa papan tanda ni dan terus berjalan kehadapan.
Kemudian kami jumpa papan tanda ini pula dan kami pusing ke
kanan. Dewan berlepas no. 29 tidak jauh dari papan tanda tu.
Dah lambat pun sempat juga merakam gambar.
Semasa kami sampai di dewan berlepas 29, para penumpang
sudah beratur dan mulai berjalan untuk masuk ke dalam pesawat. Kami pun ikut
sahaja dibelakang mereka. Setengah jam kemudian, pesawat AirAsia D7505 mula
bergerak perlahan-lahan untuk berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Incheon,
Seoul.
Selamat tinggal Seoul … 6hb Jun 2015.
No comments:
Post a Comment