Sunday, 25 October 2015

Destinasi Cuti-cutiku .. Seoul Jun 2015 .. Seronoknya Lotte World



Hari kelima di Seoul, kami memulakan pengembaraan agak lewat sedikit kerana menunggu ketibaan seorang kawan yang akan menemani kami membeli belah di Insadong.

Lebih kurang jam 9.30 pagi baru kami keluar dari rumah dan berjalan kaki meredah hujan rintik-rintik menuju ke stesen Itaewon. Di stesen Itaewon, kami menunggu seorang kawan yang sedang menuntut di Universiti Seoul.

Sebaik sahaja ia tiba, kami terus menaiki subway ke arah Yaksu.  Sampai di setesen Yaksu kami turun untuk tukar tren ke arah Jongno 3(sam)-ga. Beberapa minit kemudian, kami sampai di stesen Jongno 3(sam)-ga, kami turun dan keluar mengikut pintu no. 5.

Dalam keadaan hujan renyai-renyai kami berjalan menuju ke Insadong untuk melihat-lihat barangan yang banyak di jual disitu.


 Diantara kedai-kedai yang telah dibuka.


Suasana masih lagi lengang kerana hujan renyai-renyai dan mungkin masih agak awal untuk membeli belah.


 
Salah satu pasaraya di Insadong.



 Lagi kedai-kedai di kiri dan kanan Jalan Insadong gil.


 Kedai ini walaupun kecil tetapi padat dengan berbagai barang jualan.


 Ini pula kedai menjual barangan kraf.



Lebih kurang jam 11.30 pagi, aku meninggalkan mereka meneruskan shoppingnya kerana aku nak balik ke Itaewon untuk menunaikan solat fardu Jumaat nak merasai solat jumaat di Negara asing. Dari stesen Jongno 3 (sam) aku menaiki subway ke arah Yaksu dan menukar subway ke  arah Itaewon. Dari stesen Itaewon aku berjalan kaki sahaja ke Masjid Seoul.


Sampai di masjid orang sudah ramai memenuhi ruang masjid. Selepas mengambil wuduk, aku terus masuk ke dalam. Didalam masih lagi ada ruang-ruang yang belum diisi. Agaknya yang solat diluar tu  malas nak masuk kedalam.



Mihrab Masjid Seoul.


 
 Khatib sedang membaca khutbah. Khutbah dibacakan dalam tiga bahasa, bahasa Arab, English dan Korea kerana para jemaahnya kebanyakan keturunan Pakistan dan Bangladesh dan sangat sedikit dari bangsa Korea sendiri.



 Selesai solat jumaat, para jemaah berpusu-pusu keluar termasuklah aku.



Aku terus berjalan kaki balik ke rumah penginapan dimana isteri dan anak-anak telah pun sampai di rumah dulu.

Sebelah petang, selepas makan tengah hari, kami keluar sekali lagi. Kali ini untuk melihat-lihat Stadium Piala Dunia 2002 yang digunakan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia tahun 2002. Pada tahun tersebut, Korea dan Jepun telah menjadi tuan rumah bersama.

Kami menaiki subway dari stesen Itaewon dan terus sahaja ke stesen Stadium Piala Dunia tanpa perlu menukar tren.



 
Sampai di stesen World Cup Stadium, kami turun.




Kami berjalan keluar menuju ke pintu masuk Stadium Piala Dunia 2002.



 Kena menaiki tangga bergerak yang agak tinggi juga sebelum sampai di atas.



 Dah sampai di dataran World Cup Stadium



 Ini dia World Cup Stadium



 Kami dihadapan Stadium Piala Dunia 2002.



Stadium Piala Dunia telah dibina semasa Korea menjadi tuan rumah bersama dengan Jepun  untuk kejohanan bola sepak Piala Dunia ke 17 pada tahun 2002. Stadium yang boleh menempatkan 66,800 penonton telah siap dibina dalam tahun 2001 itu dilengkapi dengan dewan persembahan, pasaraya yang cukup luas, panggung wayang, dewan pameran. Semasa kejohanan tersebut, Korea telah berjaya menduduki tangga ke empat. Stadium tersebut juga telah mendapat pengiktirafan sebagai salah satu dari sepuluh stadium terbaik di dunia



Muzium piala dunia 2002 yang terletak di tingkat bawah stadium.




 Kedai menjual barangan cenderahati.



 Pasaraya besar Home Plus juga di tingkat bawah stadium.



Lebih kurang jam 6.30 petang, kami beredar meninggalkan stadium Piala Dunia 2002 untuk ke destinasi selanjutnya iaitu Lotte World Adventure Theme Park. Kami sengaja pergi waktu malam, kerana tiketnya lebih murah iaitu 17,000 kwon sahaja berbanding kalau masuk waktu siang iaitu 46,000 kwon sedangkan kami tidak akan menggunakan permainan yang disediakan. Dari stesen Stadium Piala Dunia, kami mengambil subway ke  arah stesen Sindang.


 Sampai di stesen Sindang, kami turun untuk tukar tren menggunakan laluan 2 iaitu laluan warna hijau untuk ke stesen Jamsil.


 Akhirnya kami jumpa juga ruang menunggu untuk menaiki tren laluan 2 ke arah stesen Jamsil.


Tidak lama kemudian, kami sampai di stesen Jamsil. Di stesen Jamsil terdapat komplek beli belah bawah tanah yang besar.


Kami berjalan keluar ke  arah pintu keluar no. 3 untuk ke Lotte World Adventure Theme Park.


Satelah berjalan kami agak jauh juga, kami sampai ke ruang legar Lotte World Adventure Theme Park.


 
Sempat bergaya sebelum masuk ke dalam.



Kami terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket.


Ada beberapa katogori tiket saperti gambar diatas. Kami membeli tiket untuk katogori dewasa untuk kemasukan selepas jam 7.00 malam yang berharga 17,000 kwon setiap satu.


 Tanpa membuang masa, kami pun masuk ke dalam.


Walaupun sudah melewati jam 7.00 malam, tetapi hari masih lagi cerah.


Sementara hari masih cerah, kami turun ke Magic Island yang terdapat taman tema luar.


 
Ini dia pintu masuk ke Magic Island


 Walaupun masuk selepas jam 7.00 malam, beberapa aktiviti permainan masih dijalankan. Sempat juga anak-anak bermain Bun Gee Drop.


Swing Tree juga menjadi pilihan anak-anak selepas selesai Bun Gee Drop. Aku dan isteri sekadar melihat sahaja.


Gyro Spin yang lebih mencabar pun mereka cuba juga.


Hari mulai gelap, kebanyak permainan luar telah pun diberhentikan dan kami beralih ke taman tema dalaman.


Kami ronda-ronda dan jumpa pintu masuk ke 4D Shooting Theater, kami pun masuklah untuk main tembak-tembak.


Di dalam 4D Shooting Theater, masing-masing dibekalkan cermin mata 4D.


Selesai main tembak-tembak di 4D Shooting Theater, kami meronda lagi dan kemudian kami masuk ke stesen belon udara.


 Pintu masuk ke kawasan Bellon Udara


 
Kami terpaksa menunggu lebih kurang 20 minit baru dapat naik Aeronauts Balloon Ride kerana orang ramai dan terpaksa beratur panjang.


 Pemandangan dari Belon udara


Pemandangan dari Belon udara


Pemandangan dari Belon udara



Lebihkurang jam 9.30 malam, sebelum taman tema tersebut di tutup, satu perarakan kereta berhias telah dijalankan.


 
Antara kereta berhias yang menyertai perarakan


 
Lagi kereta berhias yang indah bercahaya


 
Kereta berhias ninja turtle


 Kereta berhias yang cantik




 Lagi kereta berhias


Selesai perarakan kereta berhias, kami beredar untuk balik ke rumah penginapan.


 Pos istimewa kami sebelum meninggalkan Lotte World Adventure Theme Park.



No comments:

Post a Comment