zǎoshang
hǎo … selamat pagi (bahasa
mandarin)
Pagi hari kedua,
Ms Eka membawa kami ke Ke kilang Jade “Beijing
Wang Tiao Zhang” yang dimiliki dan diusahakan oleh kerajaan tempatan. Kilang
jade tu memang besar sungguh dan terletak agak jauh dari kota Beijing.
Ini dia
bangunan kilang jade, bumbungnya berwarna merah, lambang kemakmuran. Pagi itu telah
ada beberapa buah bas yang sampai dulu, jadi sudah agak ramai pengunjung yang
datang. Bas kami yang paling kiri sekali.
Diluar pintu
masuk agak sebok dengan para pengunjung dari berbagai negara. Pengunjung dari
Malaysia pun ada. Masuk sahaja ke dalam kilang dan ruang jualan, ada sebuah
kolam ikan yang diperbuat daripada jade. Kemudian kami dibawa masuk ke ruang
pameran dan jualan yang luas.
Memang banyak
jade yang dijual, berbagai-bagai jenis, kualiti dan bentuk. Anakku hanya
membeli satu bangle berharga lebihkurang rm80.00 sebagai kenangan.
Dari Jade
Factory kami meneruskan perjalanan ke Badaling Ski Resort kerana ada diantara
kami yang berminat nak berski.
Ini dia bahagian
hadapan Badaling Ski Resort tempat kami singgah, waktu tu salji belum turun
lagi, jadi tak nampak pun salji.
Masing-masing dah
siap sedia dengan ski masing-masing. Aku dan isteri tak mahu main kerana
mengalami sakit belakang yang mungkin menjadi lebih teruk kalau terjatuh. Salji
disini adalah salji tiruan, namun boleh untuk meluncur. Mari kita lihat aksi
masing-masing.
Adik terpaksa
mengambil guru untuk mengajar main ski dengan bayaran … lupa pula bayarannya
berapa … tetapi memang tak berbaloi langsung, dah bayar guru untuk mengajar pun
masih tak boleh nak meluncur, mungkin masaalah bahasa agaknya ... sebab macam
ayam dengan itik … tak faham.
Sudahnya, aku
sendiri yang mengajar adik, dan akhirnya dapat juga dia meluncur agak jauh.
Si abang pula dari
awal-awal lagi dah dapat meluncur dengan lajunya, macam dah biasa saja. Nasib
baiklah salji belum turun, kalau tak seluruh gunung dikawasan tu di tawannya …
inilah baru anak lanang namanya.
Ini keluarga
Mak Dara paling bungsu, tiga-tiga cuba main ski namun ... tetapi mereka puas
dan gembira.
Kelihatan Akeem
sedang berehat kerana kepenatan atau kesakitan atau dah ‘give-up’ ... asyik
jatuh je. Ms Peah pula walaupun ada guru yang mengajar namun masih belum boleh
meluncur sendiri.
Ini pula pasangan
baru kahwin dan mengambil kesempatan untuk berbulan madu mengikuti rombongan
Mak Dara. Suami mengajar isteri main ski.
Akhirnya dapat juga
meluncur namun sekejap saja dah jatuh dan cepat-cepat sisuami mengangkatnya,
kelihatan begitu romantik sekali, maklumlah masih baru lagi.. memang gitu.
Kalau dah lama, bangun sendirilah.
Mari kita lihat
gelagat Mak Dara yang ni!.., cuba-cuba nak meluncur, tak sampai dua meter dah
terlentang ... kan betul bila dah tua tak ada siapa nak angkat, tanggunglah
sendiri. Tak mampu nak bangun sendiri terpaksalah petugas resort tu tolong
angkat... ops tak terangkat, berat sangat.
Lebih kurang
dua jam setengah bermain salji, kami bergambar beramai-ramai sebelum meninggalkan
Badaling Ski Resort untuk makan tengah hari.
Disinilah kami
makan tengah hari pada hari tersebut. Bangunan ini sangat besar, ditingkat
bawah merupakan kilang dan kedai menjual bahan-bahan tembikar, manakala
restorannya di ditingkat atas. Menurut Ms Eka tempat ni dikenali sebagai Golden
Palace Restaurant. Masuk sahaja kedalam terdapat beberapa buah pasu yang lebih
tinggi dari kebanyakan manusia. Apalagi, semua Mak Dara pun bergambar dengan
pasu tersebut.
Menurut Ms Eka
lagi, restoran ni boleh menampung sehingga 5000 pelanggan pada satu-satu masa. Terdapat tiga bahagian iatu bahagian makanan
asia, bahagian makanan barat dan bahagian makanan muslim (halal). Inilah dia
menu yang Ms Eka order untuk kami makan tengah hari, sangat menyelerakan.
Disini juga disediakan ruang solat ditingkat paling atas untuk pelanggan muslim
menunaikan kewajipan kepada Allah swt. Lega rasanya bila perut dah kenyang dan
kewajipan dah beres.
Selesai makan
dan solat zohor dan jamak asar, kami meronda ditingkat bawah untuk
melihat-lihat sahaja. Bermacam-macam jenis barangan tembikar dijual sampai
kelabu mata, dan akhirnya kami tak beli pun.
Setelah puas
meronda di Golden Palace Restaurant, kami dibawa ke destinasi seterusnya iaiatu
JuYong Pass Great Wall untuk mendaki tembok besar Negara China.
Nak panjat dan
melawat tembok besar Negara China pun kena beli tiket juga. Berapa harga tiket
kami tak tau, semuanya Ms Eka yang uruskan. Kemudian kami masuk melalui pintu
masuk yang dikhaskan.
Sebelum kami
meronda-ronda tembok besar, ada pulak jurugambar bebas yang mengesorkan supaya
kami mengambil gambar kumpulan, kami pun terima tawarannya sebagai kenangan.
Kemudian kami mulakan jelajahan tembok besar Negara China.
Budak tiga
orang ni tak terasa penak agaknya, tau-tau dah separuh jalan. Isteriku berehat
keletihan.
Umpama
kura-kura jalan merangkak, namun akhirnya kami berenam sahaja yang dapat
memanjat sehingga ke puncak paling tinggi dikawasan tersebut, yang lain sekadar
setengah jalan atau ada yang hanya menunggu di bawah sahaja. Sakit lutut
katanya ... alasan je tu.
Pemandangan
dari atas ke bawah agak cantik. Aku dan isteri menuruni tembok besar melalui
jalan yang berbeza yang telah dibina khas untuk turun sahaja, keadaannya lebih
landai dan tidak sebok walaupun agak lebih jauh sedikit. Sampai dibawah, kami
berkumpul dan berehat untuk menghilangkan penat.
Kami tinggalkan
JuYong Pass Great Wall dengan seribu kenangan untuk ke destinasi seterusnya iaitu
Bao Shu Tang Burning Cream Factory. Semasa kami sampai tidak ramai pengunjung
berada disana. Kami dibawa kesebuah bilik dimana seorang wanita China yang
fasih berbahasa Inggeris telah bersiap sedia untuk memberi penerangan kepada
barangan yang dihasilkan di kilang tersebut.
Sebelum wanita
tersebut memulakan penerangannya, beliau telah meletakkan sebatang rantai besi
di atas dapur gas dan membiarkannya terbakar. Sementara beliau menerangkan
tentang keberkesanan krim Bau Fu Ling, beliau menjeling ke arah rantai besi
yang telah mulai kelihatan merah. Aku tidak tahu untuk apa rantai tersebut
dipanaskan sebelum beliau menyatakan yang beliau akan memegang rantai yang
sudah merah tersebut sebelum menyapu krim Bao Fu Ling sebagai membuktikan
keberkesanan krim tersebut. Aku agak terkejut dan terasa seram, naik bulu roma.
Aku tidak melihat
aksi berani beliau memegang rantai panas tersebut kerana tidak sampai hati. Beliau
menayangkan tapak tangannya yang kelihatan merah kepada kami semua dan kemudian
beliau menyapukan krim Bao Fu Ling. Kelihatan matanya berair mungkin kerana menahan
kesakitan.
Atas rasa
simpati kepada wanita tersebut, aku membeli sebotol krim Bao Fu Ling dan sebotol “koyok” untuk menampal bahagian
belakang badan. Ternyata “koyok” tersebut sangat berkesan dengan izin Allah swt
kerana dapat melegakan sakit belakangku dan isteriku.
Selesai di Bao
Shu Tang Burning Cream Factory, Ms Eka membawa kami balik ke pusat Bandar
Beijing untuk makan malam sebelum balik ke hotel.
Malam itu Ms
Eka membawa kami makan malam di Mahua Western Flavor Restaurant, iaitu sebuah
restoran muslim yang menjual makanan halal.
Gambar atas … antara
menu yang kami makan pada malam itu sebelum diakhiri dengan semangkuk ais kerim
yang lazat. Kami balik hotel dengan rasa kekenyangan.
Ni you me you che …
awak sudah makan ke belum.
No comments:
Post a Comment