Wednesday, 2 September 2015

Destnasi Cuti-cutiku .. Seoul Jun 2015 .. Nami Island



Hari ketiga di Seoul, kami akan pergi ke Nami Island. Pada perancangan awal, kami akan pergi menaiki subway sahaja, tetapi oleh kerana perjalannannya mengambil masa hampir dua jam setengah dan perlu transit di dua stesen disamping berhenti di lebih 20 stesen, kami membuat keputusan untuk pergi ke Nami Island menggunakan shuttle bus dan telah membeli tiket pada hari sebelumnya.

Jam 8.00 pagi kami sudah keluar berjalan kaki menuju ke stesen Itaewon. Dari stesen Itaewon, kami menaiki subway ke arah Samgakji.  Sampai di setesen Samgakji kami turun untuk tukar tren ke arah stesen Seoul. Beberapa minit kemudian, kami sampai di stesen Seoul, kami turun dan keluar mengikut pintu no. 5 untuk ke Sungnyemun Square. Kami terpaksa berjalan kaki agak jauh juga untuk sampai ke pintu keluar no. 5.

Dari pintu keluar no. 5, kami berjalan terus melintasi deretan berbagai kedai, antaranya kedai serbanika FamilyMart.



Kedai FamilyMart telah memulakan perniagaan walaupun belum jam 9.00 pagi.



Kami berjalan terus dan melintasi satu lagi kedai serbanika FamilyMart. Lebihkurang 50 meter dari kedai ini, kami belok kekanan.
 


Dihujung jalan terdapat kedai serbanika 7-Eleven.

Kami berhenti rehat sebentar untuk melepaskan lelah berjalan kaki, lagi pun kami sudah nampak bas yang akan membawa kami ke Nami Island.



Ini dia bas yang akan membawa kami ke Nami Island.

Jam 9.30 pagi baru boleh naik. Kawasan ni dipanggil Sungnyemun Square sebab dibahagian belakang terdapat pintu gerbang Sungnyemun.
 


Jadi masing-masing sebok dengan hp masing-masing sementara menunggu bas jalan.



Aku pula sempat merakam gambar berbelakangkan Sungnyemun Gate atau Pintu Gerbang Sungnyemun.

Pintu Gerbang Sungnyemun adalah salah satu dari empat pintu gerbang besar di kota Seoul. Mula dibina dalam tahun 1395 dan siap dalam tahun 1398 semasa pemerintahan King Taejo. Binaan asal adalah daripada kayu. Tahun 1447, pintu gerbang tersebut telah dibina semula. Semasa penaklukan Jepun ke atas Korea (1952 hingga 1958), Sungnyemun dikenali sebagai Namdaemun, namun pintu gerbang tersebut mengalami kerosakan yang teruk.

Kerja baik pulih telah dijalankan dalam tahun 1961. Pada 10hb Febuari 2008, pintu gerbang tersebut telah dibakar dan mengalami kerosakan agak teruk. Kerja-kerja baik pulih dimulakan dalam tahun 2009 dengan menelan belanja 20 billion won. Kerja-kerja siap sepenuhnya pada 30 April 2013 dan telah dibuka semula kepada orang ramai pada 4hb. Mei, 2013.

 

Tepat jam 9.30 pagi, pemandu bas memanggil kami menaiki bas. Bas besar tetapi penumpangnya hanya enam orang sahaja iaitu kami berempat dan satu couple dari Singapura.

Bila bas mula bergerak, aku pun mula mengantuk dan tertidurlah aku dalam perjalanan ke Nami Island. Sedar tak sedar, kami sudah sampai di Terminal Bot untuk ke Nami Island.



Ketika kami sampai, jam baru 11.00 pagi. Kaunter jualan tiket bot kelihatannya masih lengang. Kami tak perlu beli tiket lagi kerana dah beli tiket bas termasuk tiket bot untuk pergi dan balik.
 


Jadi kami nak terus masuk kedalam kawasan pengkalan bot tetapi pintu belum dibuka kerana bot dari Nami Island belum sampai lagi. Kami pun posing la.



Bila bot sampai dan penumpang semua dah turun, kami tak menunggu masa, terus meluru naik ke atas bot.



Tak sampai 10 minit diatas bot, pintu gerbang Nami Island sudah kelihatan. Rupanya orang sudah ramai berada di Nami Island, agaknya kami yang sampai agak lewat sedikit.


Nami Island …. Kami dah sampai.


 Ada juga ucapan Selamat Datang dan Jalur Gemilang di Nami Island.



Kami memulakan ronda-ronda Nami Island dengan melihat burung unta, tetapi disini burungnya tak banyak.



Salah sebuah rumah Igloo yang diperbuat dari jerami. Dalam musim sejuk akan diselaputi dengan salji.


Jaw dan Hal … dalam summer sonata



Lagi … Jaw dan Hal


 If you love, confirm love

 
 Di atas jambatan menyeberang tasik.


 Di hadapan MagicHall, kedai menjual barang-barang cenderahati. Sekadar melihat-lihat kerana harganya mahal.


 Tumpang ambil gambar di kedai bunga.


 Berehat sebentar untuk menghilangkan letih berjalan kaki.



Jaw dan Hal 



 Jaw dan Hal



 Terkenang drama Winter Sonata … tapi sekarang Summer Sonata.



Menjelang tengah hari, perut kami pun mulai rasa lapar. Kami pun mencari port yang sesuai untuk makan tengah hari. Kami menjumpai satu meja berhampiran tepi sungai yang agak tersorok dari orang ramai.


Apalagi, kami pun keluarkan bekalan yang kami bawa untuk makan tengah hari. Seronok dan berselera kami makan di tempat orang.



 Bilik air dengan bangunan yang dibuat secara senget.




Sampai masa untuk menunaikan kewajipan kepada Allah swt, kami pergi ke bangunan yang berwarna kuning, kerana disitu terdapat bilik solat. Pintu masuknya sedia terbuka di tingkat bawah.



Bilik solat dan ruang wuduk di tingkat atas. Bilik solat lelaki dan wanita berasingan tetapi sebelah menyebelah.
  



Selepas solat, kami beredar untuk balik ke pusat Bandar.




Selamat tinggal Nami Island …. Kalau ada kesempatan jumpa lagi.




Tak berapa lama didalam pelayaran, jeti seberang sudah kelihatan.




Rasa sayu juga nak meninggalkan pengkalan bot ke Nami Island.


Jam 3.00 petang, bas kami mula bergerak meninggalkan pengkalan jeti Nami Island dan menuju ke Seoul. Semasa balik, hanya kami empat orang sahaja didalam bas yang besar itu, couple dari Singapura tak ikut sama, mungkin dia balik dahulu kerana musim panas di Nami Island agak membosankan. Saperti masa datang, ketika balik aku pun tidur sepanjang perjalanan.


Jam 4.30 petang, kami dah sampai di Sungnyemun Square semula. Selepas berehat sebentar, kami berjalan kaki balik ke stesen Seoul untuk menaiki subway ke Samgakji.


Sampai di stesen Samgakji, kami turun dan keluar melalui pintu keluar no. 12 untuk ke The War Memorial of Korea.



Pintu keluar no. 12, stesen Samgakji. Kami berjalan terus kehadapan.




Kaki lima jalan yang kami lalui untuk sampai ke The War Memorial of Korea.




Jam 5.30 petang kami dah sampai … dihadapan papan tanda The War Memorial of Korea.

Komplek Peringatan Perang Korea terletak di no. 29, Itaewon-ro, Yongsan-gu, Seoul telah dibuka pada 10 Jun 1994.  Komplek ini  dibina diatas tapak bekas Ibu Pejabat Askar Korea dan merupakan komplek peringatan perang yang terbesar didunia.

Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Semenanjung Korea telah berpecah menjadi dua iaitu Korea Utara yang dikuasai oleh Soviet Union dan Korea Selatan yang dikuasai oleh Amerika Syarikat. Ketegangan antara Korea Utara dan Korea Selatan semakin meningkat sehingga pada 25hb. Jun 1950, tentera Korea Utara telah menyerang Korea Selatan.

Korea Utara mendapat bantuan dari sekutu komunisnya iaitu China manakala Amerika Syarikat membantu Korea Selatan. Peperang tersebut berlarutan selama tiga tahun dan mengorbankan lebih dua juta orang sebelum akhirnya terjadi gencatan sentaja pada 27hb Julai 1953.


 

Tugu ini dikenali sebagai “Statue of Brothers” yang melambangkan perang Korea.



Keterangannya dalam bahasa Inggeris



 Di hadapan Muzium Korea War Memorial yang mempunyai enam bilik pameran.

Kami tidak dapat masuk kedalam Muzium kerana waktu terakhir untuk pelawat masuk ialah jam 5.00 petang. Jadi kami hanya ronda-ronda di bahagian hadapan Komplek Peringatan sahaja.




Tugu yang terdapat di Komplek Korea War Memorial, dibina sempena memperingati lima puluh tahun perang Korea.




Di hadapan tugu peringatan 50 tahun perang Korea.




Dihadapan tugu para tentera Korea yang terkorban dalam perang Korea.

Lebih kurang jam 6.30 petang, kami beredar semula ke stesen Samgakji untuk menaiki tren ke stesen Itaewon dan sterusnya balik ke rumah penginapan.


No comments:

Post a comment