Hari ketiga di Seoul, kami akan pergi ke Nami Island. Pada
perancangan awal, kami akan pergi menaiki subway sahaja, tetapi oleh kerana
perjalannannya mengambil masa hampir dua jam setengah dan perlu transit di dua
stesen disamping berhenti di lebih 20 stesen, kami membuat keputusan untuk
pergi ke Nami Island menggunakan shuttle bus dan telah membeli tiket pada hari
sebelumnya.
Jam 8.00 pagi kami sudah keluar berjalan kaki menuju ke
stesen Itaewon. Dari stesen Itaewon, kami menaiki subway ke arah Samgakji. Sampai di setesen Samgakji kami turun untuk
tukar tren ke arah stesen Seoul. Beberapa minit kemudian, kami sampai di stesen
Seoul, kami turun dan keluar mengikut pintu no. 5 untuk ke Sungnyemun Square.
Kami terpaksa berjalan kaki agak jauh juga untuk sampai ke pintu keluar no. 5.
Dari pintu keluar no. 5, kami berjalan terus melintasi
deretan berbagai kedai, antaranya kedai serbanika FamilyMart.
Kedai FamilyMart telah memulakan perniagaan walaupun belum
jam 9.00 pagi.
Kami berjalan terus dan melintasi satu lagi kedai serbanika
FamilyMart. Lebihkurang 50 meter dari kedai ini, kami belok kekanan.
Dihujung jalan terdapat kedai serbanika 7-Eleven.
Kami
berhenti rehat sebentar untuk melepaskan lelah berjalan kaki, lagi pun kami
sudah nampak bas yang akan membawa kami ke Nami Island.
Ini dia bas yang akan membawa kami ke Nami Island.
Jam
9.30 pagi baru boleh naik. Kawasan ni dipanggil Sungnyemun Square sebab
dibahagian belakang terdapat pintu gerbang Sungnyemun.
Jadi masing-masing sebok dengan hp masing-masing sementara
menunggu bas jalan.
Aku pula sempat merakam gambar berbelakangkan Sungnyemun
Gate atau Pintu Gerbang Sungnyemun.
Pintu Gerbang Sungnyemun adalah
salah satu dari empat pintu gerbang besar di kota Seoul. Mula dibina dalam
tahun 1395 dan siap dalam tahun 1398 semasa pemerintahan King Taejo. Binaan
asal adalah daripada kayu. Tahun 1447, pintu gerbang tersebut telah dibina
semula. Semasa penaklukan Jepun ke atas Korea (1952 hingga 1958), Sungnyemun
dikenali sebagai Namdaemun, namun pintu gerbang tersebut mengalami kerosakan
yang teruk.
Kerja baik pulih telah dijalankan
dalam tahun 1961. Pada 10hb Febuari 2008, pintu gerbang tersebut telah dibakar
dan mengalami kerosakan agak teruk. Kerja-kerja baik pulih dimulakan dalam
tahun 2009 dengan menelan belanja 20 billion won. Kerja-kerja siap sepenuhnya
pada 30 April 2013 dan telah dibuka semula kepada orang ramai pada 4hb. Mei,
2013.
Tepat jam 9.30 pagi, pemandu bas memanggil kami menaiki bas.
Bas besar tetapi penumpangnya hanya enam orang sahaja iaitu kami berempat dan
satu couple dari Singapura.
Bila bas mula bergerak, aku pun mula mengantuk dan
tertidurlah aku dalam perjalanan ke Nami Island. Sedar tak sedar, kami sudah
sampai di Terminal Bot untuk ke Nami Island.
Ketika kami sampai, jam baru 11.00 pagi. Kaunter jualan
tiket bot kelihatannya masih lengang. Kami tak perlu beli tiket lagi kerana dah
beli tiket bas termasuk tiket bot untuk pergi dan balik.
Jadi kami nak terus masuk kedalam kawasan pengkalan bot
tetapi pintu belum dibuka kerana bot dari Nami Island belum sampai lagi. Kami
pun posing la.
Bila bot sampai dan penumpang semua dah
turun, kami tak menunggu masa, terus meluru naik ke atas bot.
Tak sampai 10 minit diatas bot, pintu
gerbang Nami Island sudah kelihatan. Rupanya orang sudah ramai berada di Nami
Island, agaknya kami yang sampai agak lewat sedikit.
Nami Island …. Kami dah sampai.
Ada juga ucapan Selamat Datang dan Jalur
Gemilang di Nami Island.
Kami memulakan ronda-ronda Nami Island
dengan melihat burung unta, tetapi disini burungnya tak banyak.
Salah sebuah rumah Igloo yang diperbuat dari jerami. Dalam
musim sejuk akan diselaputi dengan salji.
Jaw dan Hal … dalam summer sonata
Lagi … Jaw dan Hal
If you love, confirm love
Di atas jambatan menyeberang tasik.
Di hadapan MagicHall, kedai menjual barang-barang
cenderahati. Sekadar melihat-lihat kerana harganya mahal.
Tumpang ambil gambar di kedai bunga.
Berehat sebentar untuk menghilangkan letih berjalan kaki.
Jaw dan Hal
Jaw dan Hal
Terkenang drama Winter Sonata … tapi sekarang Summer Sonata.
Menjelang tengah hari, perut kami pun mulai rasa lapar. Kami
pun mencari port yang sesuai untuk makan tengah hari. Kami menjumpai satu meja
berhampiran tepi sungai yang agak tersorok dari orang ramai.
Apalagi, kami pun keluarkan bekalan yang kami bawa untuk
makan tengah hari. Seronok dan berselera kami makan di tempat orang.
Bilik air dengan bangunan yang dibuat secara senget.
Sampai masa untuk menunaikan kewajipan kepada Allah swt,
kami pergi ke bangunan yang berwarna kuning, kerana disitu terdapat bilik
solat. Pintu masuknya sedia terbuka di tingkat bawah.
Bilik solat dan ruang wuduk di tingkat atas. Bilik solat
lelaki dan wanita berasingan tetapi sebelah menyebelah.
Selepas solat, kami beredar untuk balik ke pusat Bandar.
Selamat tinggal Nami Island …. Kalau ada kesempatan jumpa
lagi.
Tak berapa lama didalam pelayaran, jeti seberang sudah
kelihatan.
Rasa sayu juga nak meninggalkan pengkalan bot ke Nami
Island.
Jam 3.00 petang, bas kami mula bergerak meninggalkan
pengkalan jeti Nami Island dan menuju ke Seoul. Semasa balik, hanya kami empat
orang sahaja didalam bas yang besar itu, couple dari Singapura tak ikut sama,
mungkin dia balik dahulu kerana musim panas di Nami Island agak membosankan. Saperti
masa datang, ketika balik aku pun tidur sepanjang perjalanan.
Jam 4.30 petang, kami dah sampai di Sungnyemun Square
semula. Selepas berehat sebentar, kami berjalan kaki balik ke stesen Seoul
untuk menaiki subway ke Samgakji.
Sampai di stesen Samgakji, kami turun dan keluar melalui
pintu keluar no. 12 untuk ke The War Memorial of Korea.
Pintu keluar no. 12, stesen Samgakji. Kami berjalan terus
kehadapan.
Kaki lima jalan yang kami lalui untuk sampai ke The War
Memorial of Korea.
Jam 5.30 petang kami dah sampai … dihadapan papan tanda The
War Memorial of Korea.
Komplek
Peringatan Perang Korea terletak di no. 29, Itaewon-ro, Yongsan-gu, Seoul telah
dibuka pada 10 Jun 1994. Komplek
ini dibina diatas tapak bekas Ibu
Pejabat Askar Korea dan merupakan komplek peringatan perang yang terbesar
didunia.
Selepas berakhirnya Perang Dunia
Kedua, Semenanjung Korea telah berpecah menjadi dua iaitu Korea Utara yang
dikuasai oleh Soviet Union dan Korea Selatan yang dikuasai oleh Amerika
Syarikat. Ketegangan antara Korea Utara dan Korea Selatan semakin meningkat
sehingga pada 25hb. Jun 1950, tentera Korea Utara telah menyerang Korea Selatan.
Korea Utara mendapat bantuan dari
sekutu komunisnya iaitu China manakala Amerika Syarikat membantu Korea Selatan.
Peperang tersebut berlarutan selama tiga tahun dan mengorbankan lebih dua juta
orang sebelum akhirnya terjadi gencatan sentaja pada 27hb Julai 1953.
Tugu ini dikenali sebagai “Statue
of Brothers” yang melambangkan
perang Korea.
Keterangannya dalam bahasa Inggeris
Di hadapan Muzium Korea War Memorial yang mempunyai enam
bilik pameran.
Kami tidak dapat masuk kedalam Muzium kerana waktu terakhir
untuk pelawat masuk ialah jam 5.00 petang. Jadi kami hanya ronda-ronda di
bahagian hadapan Komplek Peringatan sahaja.
Tugu yang terdapat di Komplek Korea War Memorial, dibina
sempena memperingati lima puluh tahun perang Korea.
Di hadapan tugu peringatan 50 tahun perang Korea.
Dihadapan tugu para tentera Korea yang terkorban dalam
perang Korea.
Lebih kurang jam 6.30 petang, kami beredar semula ke stesen
Samgakji untuk menaiki tren ke stesen Itaewon dan sterusnya balik ke rumah
penginapan.
No comments:
Post a Comment