Hari ke empat di Seoul, kami memulakan pengembaraan dengan
pergi ke Istana Gyeongbokgung.
Selepas sarapan pagi, jam 8.30 pagi kami keluar berjalan
kaki menuju ke stesen Itaewon. Di stesen Itaewon, kami menaiki subway ke arah Yaksu. Sampai di stesen Yaksu kami turun untuk tukar
tren ke arah stesen Gyeongbokgung.
Beberapa minit kemudian, kami sampai di stesen Gyeongbokgung,
kami turun dan keluar menuju pintu keluar no. 5 untuk ke Istana Gyeongbokgung.
Agak jauh juga kami berjalan kaki dilaluan keluar ke pintu
no. 5 untuk ke Istana Gyeongbokgung. Di hujung laluan tersebut kena naik tangga
lagi.
Pintu keluar no. 5 terletak didalam komplek Istana
Gyeongbokgung. Naik tangga lagi untuk sampai ke Istana Gyeongbokgung
Kami singgah di Muzium Istana Kebangsaan Korea (National
Palace Museum of Korea) sebelum masuk ke kawasan Istana.
Dihadapan National Palace Museum of Korea. Masuk adalah
percuma.
Antara yang dipamerkan didalam muzium … pakaian raja-raja
yang memerintah Korea.
Kenangan … kenderaan Maharaja Korea zaman Dinasti Joseon.
Selesai melihat-lihat di dalam muzium, kami keluar dan terus
berjalan ke arah pintu masuk Istana
Gyeongbokgung.
Istana Gyeongbokgung merupakan istana terbesar dari lima buah istana yang dibina di zaman
Dinasti Joseon. Terletak disebelah utara Bandar Seoul.
Istana Gyeongbokgung yang asal telah dibina dalam tahun 1394 oleh Jeong
Do Jeon tetapi telah musnah semasa penaklukan Jepun dari tahun 1592 hingga
1598. Istana tersebut telah dibina semula dalam tahun 1860an semasa
pemerintahan King Gojong (1852 – 1919).
Selepas pembunuhan Maharani Myeongseong oleh perisik Jepun pada tahun
1895, King Gojong tidak tinggal lagi di istana tersebut.
Dihadapan pintu masuk ke kawasan Istana Gyeongbokgung.
Bersama salah seorang pengawal pintu gerbang.
Bersama salah seorang ketua pengawal pintu gerbang.
Selepas menghabiskan masa hampir satu setengah jam di Muzium
dan Istana Gyeongbokgung, kami beredar
ke stesen Gyeongbokgung semula untuk menaiki tren ke arah stesen Chungmuro.
Di stesen Chungmuro, kami keluar mengikut pintu keluar no. 3
untuk ke Namsangol Hanok Village.
Dari pintu keluar no. 3, kami pusing kanan dan pergi ke arah restoran Hollys Coffee, disitu ada tanda
arah ke Namsangol Hanok Village.
Di hadapan pintu masuk ke Kompleks Namsangol Hanok Village.
Jaraknya lebihkurang 100 meter dari restoran Hollys Coffee.
Namsangol
Hanok Village adalah perkampungan rumah tradisional Korea (Hanok). Menempatkan
lima buah rumah tradisional dari era Dinasti Joseon (1392-1910) yang telah
dipindahkan dari beberapa tempat asal ke perkampungan ini. Antaranya ialah
rumah ibubapa Maharani Yun iaitu permaisuri Raja Sunjong iaitu raja ke 27
Dinasti Joseon. Rumah Taekyeong, bapa
mertua Raja Sunjong. Rumah Park Yeonghyo iaitu menantu Raja Cheljong (raja ke
25 Dinasti Joseon). Rumah Lee Seungeop iaitu orang yang bertanggungjawab
membina Istana Gyeongbokgung. Rumah Kim Chunyeong iaitu seorang ketua tentera
di era Dinasti Joseon.
Rumah tradisional Korea dibina
daripada kayu, tanah, batu, jerami, genting dan kertas. Tiang-tiangnya daripada
kayu. Dinding daripada batu bata yang dihasilkan dari campuran tanah dan
rumput. Lantainya daripada tanah yang dikeraskan.
Pejabat penerangan Namsangol Hanok Village.
Bangsal keraf tangan … beberapa orang sedang menunjukkan
kebolehan mengayam bakul daripada jerami.
Pentas utama di Namsangol Hanok Village untuk upacara
persembahan.
Dihadapan salah sebuah pintu pagar ke rumah tradisional di
Kampung Namsangol.
Lagi … rumah tradisional di Kampung Namsangol.
Lagi … salah satu Hanok di Kampung Namsangol.
Pejabat jualan tiket untuk menonton pertunjukkan.
Semasa kami meronda di Kampung Namsangol Hanok, cuaca agak
panas, jadi kami tidak berada lama di perkampungan Namsangol Hanok. Lantas kami
berpatah balik, untuk melanjutkan ronda-ronda hari ke empat.
Kami masuk semula ke stesen Chungmuro melalui pintu no. 3 untuk
ke stesen Myeongdong.
Sampai di stesen Myeongdong kami turun untuk ke destinasi
seterusnya iaitu Namsam Cable Car Station.
Kami keluar melalui pintu no. 3, kemudian kami berjalan
ke arah sebelah kiri.
Kelihatan kedai 7-eleven di sebelah kanan jalan dan di hujung
jalan adalah bangunan Pacific Hotel.
Kami terus sahaja berjalan disebelah kanan jalan ke arah Pacific Hotel, dimana jalan berpecah
menjadi dua iaitu dikanan dan kiri hotel Pacific.
Kami berjalan terus mengikut laluan sebelah kanan jalan.
Kami terus berjalan walaupun jalan agak
mendaki, sehingga kelihatan tangga dihadapan sana dan kami pun naik tangga tersebut.
Tercungap-cungap juga, dah jalan mendaki, terpaksa naik
tangga pula. Sampai sahaja di bahagian atas tangga, sudah kelihatan stesen
kereta kabel yang di kenali sebagai Namsam Cable Car Station.
Kami terus masuk kedalam bangunan dan membeli tiket untuk
menaiki kereta kabel ke Namsam Tower.
Tiket pergi balik kami, 34,000 won untuk empat orang.
Gambar kiri … kami duduk-duduk di ruang menunggu untuk naik
kereta kabel. Kanan … kereta kabel yang kami naiki baru sahaja sampai.
Salah satu pemandangan dari kereta kabel.
Dalam kereta kabel tidak ada tempat duduk, semua penumpang
mesti berdiri. Terasa agak gayat juga. Hanya lebihkurang sepuluh minit, kami
dah sampai di stesen kereta kabel Menara Namsam.
Keluar sahaja dari kereta kabel, kena naik tangga lagi untuk
ke dataran Namsam Tower. Kami singgah sebentar di Love Padlock Port, bukan
untuk membeli padlock, tapi sekadar untuk mengambil gambar, lagi pun disitu dah
ada berpuluh ribu padlock.
Kemudian, kami meneruskan pendakian anak tangga hingga
sampai di dataran Namsam Tower.
Pejabat jualan tiket untuk naik ke Menara Namsam.
Kami mencari-cari port untuk makan tengah hari kerana perut
sudah mulai berkeroncong, kaki sudah mulai kebas-kebas. Ronda-ronda di dataran
Menara Namsam, akhirnya kami dapat satu pondok yang tiada penghuni. Apa lagi,
kami pun keluarkan bekalan yang kami bawa.
Kami tak kesah orang pandang, kami buat muka selamba je
kerana selain daripada kami, ada juga beberapa kumpulan lain yang sedang makan
di situ.
Ini dia Menara Namsam … fungsinya sama macam Menara KL.
Menara
Namsam dikenali juga sebagai Menara Seoul merupakan menara pemancar gelombang
radio pertama di Korea yang masih digunakan hingga kini baik oleh station radio
maupun television. Mula dibuka kepada orang ramai pada 15hb. Oktober 1980 dan
semenjak itu menjadi salah satu tarikan pelancong yang mesti dilawati. Menara
setinggi 236.7 meter terletak dipuncak bukit Namsam pada ketinggian 243m dari
aras laut., menawarkan pemandangan yang indah sekitar Bandar Seoul. Terdapat
kemudahan restoran yang mampu membuat satu pusingan setiap 48 minit menjadikan
Menara Seoul sebagai menara terbaik di Asia.
Kami tidak naik ke Menara Namsam kerana kesuntukan masa disamping harga
tiketnya yang agak mahal iaitu 9,000 won untuk seorang. Kami hanya ronda-ronda
di dataran menara sambil melihat persembahan yang sedang dijalankan ketika itu.
Salah satu persembahan oleh pasukan pengawal.
Lebihkurang jam 3.30 petang, kami menaiki semula kereta
kabel untuk balik semula ke stesen Myeongdong. Dari stesen kereta kabel, kami
berjalan kaki ke stesen Myeongdong. Arah balik, jalannya menurun, lega sikit.
Di stesen Myeongdong, kami menyeberang
jalan untuk ke Hello Kitty Café yang terletak di no. 28, Myeongdong 4-gil,
Jung-gu, Seoul.
Kami mencari-cari lokasi Hello Kitty Café berdasarkan kepada
pelan di atas, akhirnya kami sampai juga.
Ini dia, baru jumpa Hello Kitty Café.
Di pintu masuk ke Hello Kitty Café … kena naik tangga lagi!
Duduk sebentar untuk menghilangkan penat berjalan kaki dari
stesen kereta kabel Namsam.
Salah satu sudut di dalam Hello Kitty Café. Ambil gambar
percuma, beli makanan dan minuman kena bayar.
Sementara menunggu makanan dan minuman yang kami pesan.
Makanan dan minuman yang kami beli di Hello Kitty Café untuk
minum petang.
Selesai makan dan minum petang di Hello Kitty Café, kami
bergegas keluar untuk mencari tempat solat kerana hari semakin petang. Malam sebelumnya, kami telah selidiki dimana
kami akan mendirikan solat. Setiap
restoran makanan halal di Seoul ada menyediakan bilik solat dan satu-satunya
restoran makanan halal dikawasan Myeongdong adalah restoran Saffron yang
terletak di Hotel Ibis.
Tanpa membuang masa, sebaik keluar dari Hello Kitty, kami
pusing kiri dan berjalan terus sehingga jumpa simpang empat, kami terus lagi
sehingga jumpa simpang empat kedua, kami belok kiri dan sudah nampak Hotel
Ibis. Hotel ini bersetentangan dengan Komplek Belibelah Lotte.
Ibis Hotel Myeongdong … untuk ke Restoran Saffron, masuk
kedalam dan terus berjalan ke bahagain belakang akan jumpa restoran tersebut.
Restoran Saffron … kami datang sini bukan untuk makan tetapi
untuk solat sahaja. Kami terus pergi ke kaunter dan meminta kebenaran untuk
tumpang solat. Mereka dengan besar hati membenarkan kami semua solat dibilik solat
yang agak besar juga, tetapi terpaksa ambil wuduk di bilik air yang terletak
diluar restoran. Tak apalah, yang penting dapat menunaikan kewajipan kepada Allah
swt.
Selesai solat, kami ronda lagi dan berjalan kaki ke
Namdaemon Market.
Sampai di kawasan Namdaemon Market, kami dapati banyak kedai
sudah mulai ditutup. Rupanya mereka berniaga siang hari sahaja.
Tetapi, alang-alang dah sampai, kami tetap ronda juga. Tak
beli apa-apa pun, sekadar tengok-tengok je, tak kena bayar.
Bila hari mulai gelap, kami berpatah balik ke kawasan
Myeongdong. Disini keadaannya lebih meriah. Orang ramai mulai datang
berpusu-pusu.
Jalan-jalan dipenuhi dengan orang berniaga. Suasana serupa
macam di jalan TAR pada malam minggu.
Lagi keadaan di Jalan Myeongdong 4-gil.
Tak lama kami meronda-ronda di jalan Myeongdong, kami balik
ke stesen Myeongdong. Dari stesen Myeongdong, kami menaiki tren ke arah Samgakji. Di stesen Samgakji, kami turun
dan tukar tren ke arah Itaewon.
Malam tu kami nak rasa makan di salah satu restoran muslim
yang banyak terdapat di sekitar Itaewon. Semasa aku ke Masjid Seoul dua hari
lepas, aku banyak melihat restoran makan halal di kanan dan kiri sepanjang
jalan ke arah masjid. Jadi, aku ajak
isteri dan anak-anak ke sana.
Sampai sahaja kami di stesen Itaewon, kami keluar melalui
pintu 3.
Dari pintu keluar no. 3, kami berjalan terus ke hadapan
sehingga ke simpang dimana terdapat restoran Mr. Kebab, kami belok ke kanan dan
berjalan terus ke arah Masjid Seoul.
Antara restoran muslim yang terdapat disepanjang jalan ke
Masjid Seoul yang kami lewati dan sempat snap fotonya.
Kami berjalan terus dan berhenti di restoran ini ...
Restoran Little India Seoul. Restoran ini menarik perhatian kami kerana motonya
‘Finger Licking Good’. Kami pun masuk.
Restoran
Little India Seoul menyajikan pelbagai jenis makanan dari India seperti ayam
masala, ayam vindaloo, ayam tandoori, kari ayam, naan dan nasi beriani. Disini
kebanyakan menunya berharga 10,000 won
(~ rm30/-) dan keatas.
Kami pun memesan nasi beriani kambing biasa dan nasi beriani
ayam biasa kerana itulah menu yang paling murah. Itu pun 13,000 won setiap
satu.
Makanan dah sampai, tunggu apa lagi perut pun dah kosong.
Padan dengan harganya, satu pinggan penuh boleh makan tiga orang.
“Ya Allah! Berikanlah
keberkatan kepada kami di atas rezeki
yang Engkau berikan dan jauhkanlah kami daripada azab api neraka” Memang lazak rasanya.
Kami berempat makan sampai kenyang, tetapi kami tidak mampu
untuk menghabiskannya. Jadi kami minta pelayan restoran untuk membungkusnya
supaya kami boleh bawa balik. Selesai makan malam, kami berjalan kaki balik ke
rumah penginapan kami untuk buat persiapan cuti-cuti Seoul hari ke lima.