Cuti sekolah hujung
tahun 2009, kami berpeluang untuk bercuti ke Gold Coast, Australia. Aku membeli
tiket kapal terbang untuk aku, isteri dan tiga orang anak-anak perempuanku. Kemudian aku
menempah tempat penginapan, kereta sewa dan juga membeli tiket untuk masuk ke
taman-taman tema semuanya secara dalam talian. Cara ini lebih murah berbanding
kalau kita pergi melancong mengikuti pakej pelancungan.
29 Nov 2009, penerbangan
Air Asia berlepas dari Kuala Lumpur jam 10.20 pagi dan telah selamat mendarat
di Lapangan Terbang Coolonggatta Gold Coast jam 8.30 malam waktu tempatan hari
yang sama. Selepas mengambil bagasi dan melepasi pemeriksaan imigresen, kami
terus keluar dan kami telah disambut oleh wakil dari Isle of Palms Resort. Aku
telah menempah penginapan jenis town house dan juga sebuah kenderaan daripada
mereka.
Dari lapangan terbang,
kami telah di bawa ke tempat penginapan kami yang terletak lebih kurang 8 km sahaja.
Ini dia, Isle of Palms Resort, sebuah kawasan
perumahan berpagar dan berpengawal sepenuhnya. Gambar atas kiri … laluan masuk.
Gambar atas kanan … “reception area”.
Town House tersebut
merupakan sebuah rumah jenis Semi D dua tingkat. Di tingkat bawah terdapat
ruang tamu, ruang makan dan dapur. Di tingkat atas terdapat dua buah bilik tidur dan sebuah bilik kecil dan dua
buah bilik mandi. Memang cukup selesa untuk kami berlima.
Antara persekitaran
rumah yang kami sewa … dikelilingi tasik yang amat nyaman.
Hari Pertama … Currumbin Wildlife Sanctuary … Muzium Lilin
Malam pertama di Isle
of Palm Resort sungguh nyaman dan selesa. Tidak sedar, waktu sudah jam 5.30
pagi. Aku bergegas bangun dan menggerakkan semua kerana waktu subuh sudah
hampir tamat.
Selesai solat subuh,
isteriku terus turun ke bawah ke dapur, kerana telah terbiasa macam dirumah
sendiri. Kami memang ada membawa makanan sejuk beku dari Malaysia dan hanya
perlu memanaskan sahaja sebelum dimakan.
Sebelum kami tiba di
Gold Coast lagi, aku telah menyediakan perancangan perjalanan sepanjang
percutian untuk kami lawati. Hari
pertama di Gold Coast kami telah pergi ke Currumbin Wildlife Sanctuary yang
terletak hanya 4km dari tempat penginapan kami.
Currumbin
Wildlife Sanctuary terletak di no. 28, Tomewin Street, Currumbin, Queensland.
Telah diasaskan oleh Alex Griffith pada tahun 1947 sebagai taman burung.
Pada
tahun 1976, taman tersebut telah diambil alih oleh National Trust of Queensland dan menamakannya sebagai Currumbin Bird
Sanctuary.
Sebaik kami masuk ke
dalam, kami telah diberi peluang untuk memegang anak bunya yang telah
dijinakkan.
Apabila binatang yang
dipelihara telah bertambah dari semasa ke samasa, taman tersebut telah ditukar
nama kepada Currumbin Wildlife Sanctuary pada tahun 1995.
Antara Beruang Koala
yang terdapat di Currumbin Wildlife Sanctuary (CWS).
Kami menaiki trem
untuk mengelilingi taman tersebut.
Bermain-main dengan
Kangaroo yang jinak.
Kangaroo di CWS
kebanyakkan sangat manja dengan para pengunjung.
Beruang Koala sedang
bermain-main didahan pokok.
Kami sempat merakam
gambar bersama Beruang Koala yang jinak.
Kami memasuki kawasan
pertunjukkan haiwan.
Beruang Koala jantan
boleh hidup sehingga sepuluh tahun, manakala yang betina boleh hidup sehingga
lima belas tahun.
Dikawasan pertunjukkan
dan bermain-main dengan haiwan.
Lebih kurang tiga jam
berada di Currumbin Wildlife Sanctuary, kami beredar keluar untuk balik ke
rumah penginapan. Dalam perjalanan balik, kami singgah di The Pines Shopping
Centre untuk membeli barangan makanan untuk dimasak.
Ini dia The Pine
Shopping Centre yang terletak hanya 700 meter jaraknya dari rumah penginapan
kami.
Antara kedai-kedai
yang terdapat di The Pines Shopping Centres.
Disinilah kami membeli
berbagai sayur-sayuran serta ikan dan juga beras untuk di masak sepanjang kami
berada di Gold Coast. Banyak barangan halal dijual di sini dan harganya pun
berpatutan.
Sebelah petang selepas
makan, kami keluar ke pusat Bandar Gold Coast lebih kurang 18 kilometer dari
tempat penginapan kami. Aku memandu dengan penuh berhati-hati kerana tanpa
bantuan GPS. Sistem jalan raya di Gold Coast memang mudah dan banyak papan
tanda, jadi kami tidak sesat walaupun itu pertama kali kami sampai di Gold
Coast.
Disamping
bersiar-siar, kami juga melawat Muzium Lilin Gold Coast yang merupakan muzium lilin terbesar di selatan Australia. Terletak di no. 56, Ferny Avenue, Surfers Paradise Queensland, Gold Coast.
Terdapat lebih dari 110 patung manusia yang diperbuat daripada lilin yang kelihatan menyerupai bentul asal. Bayaran masuk adalah AUD29.00 untuk dewasa dan AUD22.00 untuk kanak-kanak.
Terdapat lebih dari 110 patung manusia yang diperbuat daripada lilin yang kelihatan menyerupai bentul asal. Bayaran masuk adalah AUD29.00 untuk dewasa dan AUD22.00 untuk kanak-kanak.
Patung Michael Jackson
dan angkasawan Amerika, Neil Armstrong kelihatan saperti hidup.
Lagi patung-patung
manusia yang diperbuat daripada lilin.
Lihat … Presiden
Barrack Obama kelihatan saperti asli.
Mahatma Ghandi juga
kelihatan saperti asli.
Banyak lagi
patung-patung manusia yang diperbuat daripada lilin yang menyerupai saiz dan
bentuk asalnya.
Muzium Lilin Gold
Coast merupakan tepat terakhir yang kami lawati di hari pertama sebelum kami
balik ke rumah penginapan kami untuk berehat.
Hari Kedua … Sea World
Sepanjang berada di
Gold Coast, waktu solat subuh begitu awal iaitu jam 4.30 pagi, begitu juga
waktu solat-solat yang lain. Jam 6.00 pagi hari sudah terang. Isteriku pun mula
memasak untuk sarapan pagi. Untuk hari kedua, saperti dalam parancangan kami, kami
akan menghabiskan masa sehari di Sea World.
Selesai sarapan pagi
dan berkemas barang dan barang makanan, kami meninggalkan penginapan untuk ke
Sea World yang jaraknya lebih kurang 23 kilometer sahaja.
Aku memandu
menggunakan Gold Coast Highway dan terus menuju ke Sea World mengikut papan
tanda yang ada. Sampai di Sea World, kami antara keluarga yang terawal sampai.
Oleh kerana aku telah
membeli tiket secara dalam talian semenjak di KL lagi, jadi kami tidak perlu
beratur untuk membeli tiket.
Antara pemandangan
sebaik sahaja masuk ke dalam Sea World.
Ini adalah kawasan
akuarium yang terdapat didalam Sea World.
Big Bird Theatre …
menonton aksi Big Birds.
Lagi aksi Big Birds.
Big Bird Bounce …
taman keriangan kanak-kanak.
Menaiki Sky High
Skyway.
Di setesen kereta
kabel Sky High Skyway.
Ini pula kawasan
penguin.
Ini habitat beruang
kutub. Cuma ada satu ekor sahaja beruang yang berwarna putih.Kasihan beruang
tersebut … tak ada pasangan.
Kami berjalan lagi
hingga sampai ke kolam ikan pari (Ray Reef). Banyak ikan pari yang terdapat
dikolam ini.
Masing-masing sudah
mulai penat jadi kami berehat sebentar di tempat duduk yang terdapat disekitar
kolam ikan pari sebelum kami berjalan ke tempat seterusnya.
Kawasan ini, Sesame
Street Beach adalah taman keriangan untuk kanak-kanak.
Kami berjalan lagi
sehingga sampai di Shark Bay.
Ini kolam ikan jerung.
Kawasan ini di pagar rapi untuk mengelakkan orang jatuh ke dalam kolam. Ada
beberapa ekor ikan jerung yang sentiasa berlegar-legar, mungkin mencari dan
menunggu mangsa.
Dah keletihan, baru
kami beredar untuk keluar, berjalan melewati kawanan angsa yang sungguh cantik.
Sebelum kami
meninggalkan Sea World, aku dan keluarga sempat menunaikan kewajipan kepada
Allah swt di bilik solat yang terletak di bawah Stesen Monorail.
Setelah hampir satu
hari suntuk kami berada di Sea World, kami meninggalkan Sea World untuk balik
ke rumah penginapan dengan perasaan girang.
Hari Ketiga … Tamborine Mountain … Skywalk … Dreamworld
Hari ketiga, setelah
sarapan pagi dan berkemas, kami keluar untuk meneruskan cuti-cuti kami di Gold
Coast. Mula-mula aku menghantar dua
orang anakku ke Dreamworld yang lebih kurang 42 kilometer dari rumah
penginapan.
Aku memandu di Gold
Coast Highway dan hanya melihat papan tanda, tapi akhirnya sampai juga ke
Dreamworld. Dreamworld adalah salah satu taman tema yang terkenal di Gold
Coast.
Setelah menurunkan dua
orang anakku, kemudian aku, isteri dan anak bungsuku pergi meneruskan
perjalanan, masuk semula ke lebuhraya untuk ke Tamborine Mountain pulak.
Selepas nampak papan
tanda Tamborine Mountain, aku mengambil jalan susur keluar dan memandu terus.
Untuk sampai ke
Tamborine Mountain, terpaksa melalui jalan yang berliku-liku dan mendaki bukit,
namun akhirnya kami sampai juga.
Kami di Tamborine Mountain.
Keadaannya sungguh nyaman, pemandangannya sangat luas, terpegun aku melihat keindahan
ciptaan Allah swt.
Kami berhenti disatu
kawasan tinjau dan aku menunaikan kewajipan kepada Allah swt.
Kemudian kami
meneruskan perjalanan ke sebuah pekan kecil yang terletak diatas Tamborine Mountain.
Disitu terdapat beberapa buah bangunan yang menjual beranika barangan cenderahati
dan juga terdapat beberapa restoran.
Antara kedai-kedai
menjual barangan cenderahati atau buah tangan.
Lagi deretan
kedai-kedai yang terdapat di pekan kecil tersebut.
Antara kedai-kedai
menjual barangan cenderahati.
Salah sebuah restoran
yang terdapat disitu.
Kami sempat juga
memesan makanan dan minuman di salah satu kedai makan yang hanya menjual
makanan dari laut sahaja.
Selepas minum kopi dan
makan bekalan yang kami bawa, kami meneruskan perjalanan lagi sejauh kira-kira
4 kilometer untuk sampai ke Tamborine Rainforest Skywalk.
Di sini kami boleh
berjalan menyusuri jambatan gantung untuk memasuki hutan tebal bagi melihat
keindahan suasana keliling. Untuk masuk dikenakan bayaran AUD19.50 untuk dewasa
manakala kanak-kanak AUD9.50. Aku membeli tiket pakej keluarga untuk dua dewasa
dan satu kanak-kanak dengan harga AUD44.00.
Mula-mula memang aku
terasa gayat berjalan ditempat tinggi, tetapi lama-kelamaan perasaantu hilang.
Di tengah-tengah hutan
kami turun ke tanah dan boleh menyusuri jalan-jalan yang dibina untuk
pengunjung melihat-lihat kawasan sekitar. Keadaan disana memang segar dan udara
pun bersih.
Pokok-pokok yang
terdapat disana kebanyakannya tinggi-tinggi mungkin telah berusia ratusan
tahun. Burung dan rama-rama juga begitu indah.
Lebih kurang satu jam
berada di Tamborine Rainforest Skywalk, kami beredar dan berpatah balik ke
Dreamworld.
Sampai di Dreamworld,
kebanyakan pengunjung sudah mulai balik. Waktu itu kami dibenarkan masuk untuk
merakam beberapa gambar walaupun tanpa membeli tiket kerana kebanyakan permainan
telah pun tutup.
Jadi dapatlah juga aku
merakam beberapa gambar untuk kenangan.
Gambar sekadar
kenangan.
Anak bungsuku tidak
melepaskan peluang bergambar.
Lagi aksi anak-anakku.
Gambar kenangan
bersama maskot pilihan yang begitu peramah.
Antara tarikan yang
terdapat di Dreamworld.
Ini untuk kanak-kanak
bermain, tetapi sudah tutup.
Satu lagi laman mainan
untuk kanak-kanak di Dreamworld.
Setelah puas merakam gambar, kami balik ke Isle Palm Resort.
Setelah puas merakam gambar, kami balik ke Isle Palm Resort.
Hari Keempat … Warner Bros Movie World
Pagi hari keempat,
saperti hari sebelumnya, isteriku menyediakan sarapan pagi dan juga bekalan
makan tengah hari untuk kami bawa.
Hari keempat, kami
keluar rumah agak lambat, lebih kurang
jam 9.00 pagi baru kami keluar. Sekali lagi aku memandu di Lebuhraya Gold Coast
untuk menuju ke Warner Bros Movie World.
Movie World terletak
35 kilometer dari tempat pennginapan kami. Selepas nampak papan tanda Movie
World, aku terus memandu ke jalan susur keluar dan sudah kelihatan pintu masuk
ke Movie World.
Antara roller coaster
yang terdapat di Movie World. Hanya dua orang anakku yang berani naik roller
coaster ni.
Bergambar kenangan
dengan mascot-maskot terkenal.
Anak-anakku tidak
melepaskan peluang merasai keriangan Batwing.
Gambar kenangan
bersama Donald duck dan juga kereta batman.
Aku pun tak melepaskan
peluang juga.
Antara persembahan
yang ditunjukkan pada hari itu.
Kenangan bersama
dinding yang dicat kelihatan begitu hidup.
Di kawasan keretapi
untuk kanak-kanak.
Gambar kenangan
bersama Shrek!!!
Lagi gambar kenangan.
Ini kawasan aksi
lasak.
Menaiki boat masuk
kedalam gua dan meluncur turun kebawah … memang kecut perut dibuatnya, dah tu
basah kuyup kena tempiasan air … aku berjalan keluar.
Sampai waktu untuk
menunaikan kewajipan kepada Allah swt, kami pergi ke bilik solat yang
disediakan. Bangunannya terjaga rapi,
bilik solat berasingan lelaki dan wanita dilengkapi dengan tempat wuduk
berasingan didalam bilik solat itu juga.
Memang cukup selesa
untuk mendirikan solat didalamnya. Di Negara bukan islam, tetapi mereka
perihatin kepada keperluan untuk orang islam. Bukan nak puji Australia, tetapi
di USS semasa kami pergi Jun 2011, bilik solat hanya sebuah bilik pejabat yang
sebesar 10’ x 12’ sahaja itu pun campur lelaki dan perempuan tanpa ada tirai dan
terpaksa ambil wuduk didalam tandas yang agak jauh juga.
Selesai solat, kami
keluar untuk melihat perarakan yang akan dijalankan. Para pelakun akan membuat perarakan sepanjang jalan di kawasan Movie Word.
Masing-masing telah
bersedia untuk berarak.
Batman dengan
keretanya.
Perarakan telah
bermula.
Kami hanya menonton
dari tepi jalan.
Sebuah kereta antik.
Kanak-kanak bersalaman
dengan idola masing-masing.
Bug bunny dan
rakan-rakan.
Kereta-kereta sedang
bergerak perlahan.
Perarakan berakhir.
Sebelum kami keluar,
sempat juga anak bungsuku mencuba permainan ini.
Anak bungsuku
bergambar dengan kereta batman.
Berehat-rehat dilaman
sebelum berjalan keluar.
Lebih kurang jam 4.30
petang kami meninggalkan Movie World untuk balik ke Isle Palms Resort setelah
masing-masing keletihan.
Hari Kelima … Gold Coast … Brisbane … Gold Coast
Kami memang telah
telah merancang untuk pergi ke Bandar Brisbane sekadar untuk melihat-lihat.
Brisbane terletak lebih kurang 100 kilometer dari Gold Coast. Setelah sarapan
pagi dan mengemas apa yang perlu dibawa, kami keluar rumah lebih kurang jam
10.00 pagi.
Dari rumah penginapan,
aku memandu melalui Gold Coast Highway kemudian menuju ke Pacific Highway untuk
ke Brisbane.
Hari itu tidak banyak
kenderaan di Pacific Highway. Had laju maksima kenderaan di Pacific Highway
hanya 100 km/jam, tetapi kebanyakan kenderaan tidak dipandu laju hanya sekitar
80km/jam. Aku pun menjadi pemandu yang berkhemah pada hari itu.
Lebih kurang dua jam
dalam perjalanan yang santai, kami telah sampai di Bandar Brisbane. Hari itu
Bandar Brisbane agak lengang, tidak banyak kenderaan. Setelah berpusing-pusing
sekitar Bandar, aku meletak kenderaan di tempat letak kereta yang ada di tepi
jalan. Banyak kereta peronda polis yang diparkir di tepi jalan sahaja.
Kami berjalan menuju
ke Pusat Pelancungan Queensland dan dimaklumkan pada hari itu adalah hari cuti
umum.
Patutlah banyak kedai
tutup, rupanya hari cuti umum. Kami hanya berjalan-jalan disekitar Bandar
Brisbane sebelum kami memutuskan untuk balik semula ke Gold Coast.
Petang itu kami singgah
di Bandar Gold Coast untuk melihat-lihat dan membeli cenderahati kerana esuk
kami akan balik ke Kuala Lumpur.
Suasana malam di
Bandar Gold Coast.
Hari Keenam … Good Bye Gold Coast
Pagi-pagi lagi kami
telah bersiap kerana itu adalah hari terakhir dan kami perlu sampai di lapangan
terbang sebelum jam 8.00 pagi kerana penerbangan kami ke Kuala Lumpur dijangka
berlepas jam 9.35 pagi.
Namun kami sempat juga
merakam beberapa gambar sebelum kami meninggalkan Isle of Palm Resort.
Sebelum jam 8.00 pagi
kami sudah sampai di Lapangan Terbang Coolanggata Gold Cost. Setelah
menyerahkan kunci kereta ditempat yang dijanjikan, kami terus ke ruang check-in
dan kemudian terus ke ruang menunggu.
Tepat jam 9.35 pagi,
pesawat Air Asia terbang tinggi untuk meninggalkan Gold Coast dengan penuh keriangan.