Hari kedua, pagi-pagi lagi kami semua sudah bersiap untuk
memulakan pengembaraan. Pengembaraan hari kedua akan menempuh jarak yang jauh.
Selepas sarapan pagi, lebih kurang jam 7.30 pagi kami sudah
memunggah barangan keperluan ke dalam kereta. Destinasi pertama pada pagi itu
ialah Gravity Discovery Centre.
GPS telah di set, aku pun memulakan pemanduan saperti di
arahkan. Jalan-jalan di sekitar Balcatta masih lagi lengang, namun tidak boleh
memandu laju kerana had laju yang rendah. Aku memandu melalui jalan-jalan
Mitchell Road, Wanneroo Road, Burns Beach Road dan Military Road.
Lebih kurang jam 9.00 pagi, kami sudah sampai di persimpangan
jalan masuk ke Gravity Discovery Centre.
Dah sampai di simpang masuk ke Gravity
Discovery Centre
Malangnya belum buka lagi.
Walaupun sampai ke simpang jalan masuk
untuk ke destinasi pertama, tetapi oleh kerana kami sampai jam 9.00 pagi, pintu
masuk belum di buka lagi. Kalau nak tunggu, hampir satu jam, oleh kerana
perjalanan hari kedua adalah jauh, jadi kami buat keputusan untuk meneruskan
perjalanan ke destinasi seterusnya.
Dari Military Road, aku terus memandu dan
masuk ke Indian Ocean Drive untuk menuju ke Lancelin.
Akhirnya sampai ke persimpangan masuk ke
Lancelin dan aku meneruskan pemanduan menyusuri Lancelin Road.
Dah sampai di Lancelin, tetapi dimana
Lancelin Sand Dune?.
Dengan bantuan GPS, akhirnya aku menjumpai
jalan untuk masuk ke kawasan padang pasir yang putih melepak itu.
Singgah sebentar di Lancelin Visitor Centre
untuk bertanya lebih kurang dan menyewa papan gelongsor.
Dah sampai di kawasan berpasir yang putih
melepak.
Bersama papan gelongsor yang kami sewa.
Bergaya bersama papan gelongsor
Aksi pertama menggelongsor di atas papan,
seram juga nak menuruni bukit pasir yang curam.
Aksi seterusnya, dah macam professional.
Kakak-kakak ipar dan birasku, hanya menjadi
penonton sahaja.
Selepas hampir satu jam bermain papan
gelongsor di atas bukit pasir yang indah, kami meninggalkan Lancelin Sand Dune
untuk ke destinasi selanjutnya. Namun dalam perjalanan keluar, kami singgah di
satu kawasan rehat kerana ada yang ingin ke tandas dan aku pula ingin meminum
kopi panas.
Tempat tumpuan utama ialah tandas awam.
Kedai bakeri yang terletak di hadapan
tandas awam.
Aku sempat membeli secawan kopi panas untuk
meradakan kesejukan yang semakin mendingin.
Aku dan isteri bersama secawan kopi panas.
Mereka sempat bergambar bersama kawanan
burung merpati yang terdapat di sekitar kawasan tersebut.
Dari kawasan rehat ini, aku terus memandu
keluar dari bandar kecil Lancelin dan masuk semula ke Indian Ocean Drive untuk
menuju ke arah Cervantas. Dengan kelajuan purata 100 km sejam, dalam masa satu
jam kami sudah menghampiri Pinnacle Desert.
Pinnacle Desert dah tak jauh dari sini.
Beberapa minit kemudian, kami sampai di
persimpangan jalan masuk ke Pinnacles Desert.
Papan tanda di persimpangan masuk ke
Pinaccle Desert.
Aku membelok masuk ke jalan Pinnacles Drive
dan terus ikut arahan papan tanda sehingga ke penghujung jalan bertar.
Papan tanda sebelum memasuki Pinnacle
Desert dengan laluan jalan tanah merah.
Aku terus memandu mengikut laluan jalan
tanah merah yang telah di tandakan dengan batu-batu di kanan kiri laluan. Laluan ini hanya satu hala.
Kami berhenti di satu kawasan untuk melihat
kebesaran ciptaan Allah SWT.
Batu-batu yang timbul dari permukaan bumi
kesan daripada hakisan pada bumi di sebabkan tiupan angin yang berlaku
beratus-ratus tahun.
Pemandangan di bahagian lain.
Semua ceria dapat menjejakkan kaki di
Pinnacles Desert.
Lagi pemandangan di Pinnacles Desert
Satu lagi pemandangan indah di Pinnacles
Desert
Aku dan isteri.
Dari perhentian pertama, kami beralih ke
kawasan tempat tinjau.
Mereka dah kepenatan, tak kuasa nak naik ke
tempat tinjau.
Salah satu pemandangan dari tempat tinjau.
Bukan nak jatuh, tapi nak bergaya.
Selepas meluangkan masa hampir satu jam,
akhirnya kami bergerak keluar dari kawasan desert yang luas itu. Tapi sebelum
tu, perlu ke tandas dahulu.
Tandas yang ada di kawasan letak kereta
Pinnacles Desert.
Mangkuk tandas daripada besi
tahan karat.
Kami juga sempat meluangkan sedikit masa
untuk masuk ke Pinnacles Desert Discovery Centre.
Pinnacles Desert Discovery Centre
Pinnacles Desert Discovery Centre
Pinnacles Desert Discovery Centre
Selesai di Discovery Centre, aku terus
memandu keluar ke Indian Ocean Drive menuju ke pekan kecil Cervantes. Dalam
masa 30 minit kami sudah sampai di satu kawasan letak kereta berhampiran dengan
laut. Kami lepak di situ untuk makan tengah hari bekalan yang kami bawa.
Tempat ni di panggil Thirsty Point Parking
Area.
Masing-masing makan dengan ceria.
AKTIVITI LEPAS MAKAN
Di kawasan sebelah pakir. Jaga-jaga ada
ular.
Awas ada ular dalam semak.
Mak Lang dan cucunya.
Kawasan ni di kenali sebagai Jurien Bay
Marine Park
Perut dah kenyang, mata pun mulai
mengantuk, namun perjalanan harus di teruskan. Aku memandu semula Kia Carnival
menyusuri jalan-jalan Cervantes Road, Munbinea Road, Bibby Road dan akhirnya
kami jumpa papan tanda di bawah.
Aku memperlahankan pemanduan dan membelok
kekanan untuk masuk ke kawasan tersebut bagi meninjau apa yang ada di kawasan
tersebut.
Setakat ini sahaja yang kami boleh masuk.
Seterusnya adalah kawasan larangan.
Emu Down Wind Farm adalah satu kawasan yang
menempatkan kincir angin gergasi untuk kegunaan menghasilkan tenaga elektrik.
Para pengunjung tidak di benarkan masuk, hanya dapat melihat dari luar sahaja.
Pemandangan yang indah di belakang kami.
Kincir angin gergasi untuk menghasilkan
tenaga elektrik
Sempat juga kami berselfi.
Kami meluangkan masa lebih kurang 20 minit
di kawasan tinjau Emu Down Wind Farm sebelum meneruskan perjalan balik ke
Perth. Destinasi akhir pada hari itu ialah Al Majid Mosque yang terletak di
Walter Padbury Blvd, Perth. Berdasarkan kepada GPS, jarak perjalanan yang
terpaksa kami tempuh ialah sekitar 200 km.
Dari Bibby Road, saya belok ke kanan ke
Brand Highway untuk menuju ke arah Perth.
Persimpangan jalan dari Bibby Road ke Brand
Highway
Salah satu pemandangan di Brand Highway
Persimpangan jalan ke Indian Ocean Drive,
tetapi aku meneruskan pemanduan di Brand Highway kerana keadaan trafik agak lengang di laluan ini.
Kami singgah di stesen minyak Caltex di
Cataby untuk mengisi minyak sambil ada yang ingin ke Tandas.
Perjalanan di teruskan di Brand Highway. Jalan sentiasa lengang.
Alkhamdulillah, sudah tidak berapa jauh
lagi akan sampai. Hari menghampiri gelap, tidak lama lagi waktu maghrib akan
masuk.
Aku teruskan memandu, walaupun dalam
keadaan agak letih dan mengantuk, namum dengan gelak ketawa isteri bersama
kakak-kakaknya, dapat juga meredakan rasa mengantuk. Berpandukan kepada GPS
yang telah aku tetapkan tempat tujuan, akhirnya kami sampai juga ke Al Majid
Mosque di Padbury Blvd.
Waktu itu, solat maghrib berjemaah baru
sahaja selesai dan para jemaah pun telah balik ke rumah masing-masing. Selepas
meletak kereta, kami semua pun masuk ke kawasan masjid. Masuk waktu maghrib di
Padbury ketika iaitu ialah jam 5.20 petang.
Sebelum terlupa, ambil gambar dahulu.
Penat, tetapi berasa puas kerana dapat
singgah di Masjid ini.
Kami terus ke tempat wuduk untuk mengambil
wuduk.
Semasa kami mengambil wuduk, kami berkomunikasi dalam bahasa melayu. Kami ingatkan tiada siapa yang faham bahasa Melayu, tapi dugaan kami meleset. Tiba-tiba kami di sapa oleh seorang yang agak berusia yang menggunakan bahasa Melayu dengan fasih. Selesai berwuduk, kami terus masuk ke dewan solat.
Dewan solat utama. Hanya tinggal beberapa
jemaah yang masih ada untuk menunggu waktu solat Isyak.
Terasa lega selepas selesai solat qasar dan
jamak maghrib dan isyak.
Bersama imam Masjid Al Majid yang telah
datang untuk solat isyak. Dialah yang telah menyapa kami semasa di ruang wuduk tadi.
Menurut imam Masjid Al Majid, beliau berasal daripada Melaka dan telah lebih dua puloh tahun menetap di kawasan berhampiran. Tambahnya ramai juga orang Malaysia yang telah berhijrah dan menetap di sekitar kawasan perumahan Padbury Blvd.
Selesai urusan solat, kami tidak menunggu
masuknya waktu isyak dan kami memohon diri untuk meneruskan perjalanan ke
Balcatta
Bergambar kenangan bersama bilal Masjid Al Majid (berbaju merah dan
berkain pelikat).
Dari masjid Al Majid ke rumah penginapan
kami di Balcatta hanya lebih kurang 10 km sahaja dan malam itu kami sampai di
rumah jam 7.00 malam.