Thursday, 6 August 2015

Destinasi Cuti-cutiku - Seoul Jun 2015 .. Subway Train



Pagi hari kedua di Seoul, pagi-pagi lagi kami sudah keluar rumah untuk membeli tiket shuttle bus ke Nami Island kerana semalam kami pergi pejabatnya dah tutup. Pejabat jualannya terletak di Insadong.

Dari stesen Itaewon, kami menaiki subway ke arah Yaksu.  Sampai di setesen Yaksu kami turun untuk tukar tren ke arah Jongno 3(sam)-ga. Beberapa minit kemudian, kami sampai di stesen Jongno 3(sam)-ga, kami turun dan keluar mengikut pintu no. 5.





Dari pintu keluar no. 5, kami melintas jalan Supyo-ro saperti dalam peta panduan. Kemudian kami berjalan lagi melalui bawah bangunan berwarna putih iaitu Nakwon  Musical Instrument Arcade (Pasaraya Alat-alat Muzik). Kami terus berjalan sehingga ke Jalan Insadong-gil, kemudian kami belok ke kiri.

 




Kami berjalan terus sehingga nampak bangunan kaca. Kami masuk melalui pintu yang sedia terbuka, diatas pintu tertulis no. 157, kami terus masuk dan kemudian ke kiri, kami jumpa lift. Kami terus naik ke tingkat dua, disitulah pejabat jualan tiket shuttle bus untuk ke Nami Island.

Aku menempah tiket pergi balik dan masuk ke Nami Island untuk empat orang dengan harga 23,000 won seorang untuk perjalanan keesukan harinya (hari ketiga di Seoul). Mereka hanya memberi kami  bukti pembelian tiket, manakala tiket akan diserah didalam bas esuk.

Selesai dipejabat jualan tiket, kami berjalan kaki ke  arah Jalan Jong-ro kemudian kami belok ke kanan dan berjalan lagi disepanjang Jalan Jong-ro sehingga sampai di stesen Jonggak disatu persimpangan jalan besar.



 


Berhampiran persimpangan tersebut terdapat sebuah bangunan dikenali sebagai Bosingak Bellfry Pavillion (Menara Locing Bosingak).





Kenangan di hadapan Bosingak Bellfry Pavillion.


Bosingak Bellfry atau menara loceng Bosingak telah digunakan sebagai penanda masa dan semboyan kecemasan untuk melindungi bandar seoul semasa berlaku kecemasan di zaman Disati Joseon. Mula-mula dibina dalam tahun 1396 dan semenjak itu telah beberapa kali dirobohkan dan dibina semula.

Pada asalnya menara loceng dikenali sebagai Jongnu atau Jonggak. Namanya telah ditukar kepada Bosingak dalam tahun 1895 semasa pemerintahan Maharaja Gojong.

Terdapat empat pintu gerbang untuk masuk dan keluar ke Bandar Seoul.

Pada jam 4.00 pagi, loceng akan dibunyikan sebanyak 33 kali. Pada masa ini, pintu akan dibuka dan orang ramai boleh melaluinya. Manakala pada jam 7.00 petang, loceng akan dibunyikan sebanyak 28 kali menandakan pintu gerbang akan ditutup.


Loceng yang asal di menara tersebut telah terbakar dalam tahun 1455. Dalam tahun 1468 telah dibina loceng yang baru dan kekal sehingga sekarang tetapi telah ditempatkan di Muzium Kebangsaan Korea.  Loceng yang masih tergantung di menara loceng adalah loceng yang telah dibina pada tahun 1985.

Dari menara loceng, kami berjalan lagi menyusuri Jalan Jong-ro sehingga sampai ke satu persimpangan dengan Jalan Sejong-daero. Disini sudah kelihatan Gwanghwamun Square.


 Kami melintas jalan ini untuk sampai ke Dataran Gwanghwamun.






Kami sampai di Tugu Admiral Li Sunshin.  Admiral Yi Sunchin adalah  panglima Angkatan Tentera Laut Korea yang telah berjaya mengalahkan tentera laut Jepun semasa penaklukan Jepun ke atas Korea dari tahun 1952 hingga 1958.

Selepas melihat-lihat tugu Admiral Li, kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke satu kiosk yang menyediakan pakaian tradisional Dinasti Joseon. Kami memakai pakaian tersebut secara percuma untuk mengambil gambar.




Lihatlah kami bergaya dengan pakaian tradisional Dinasti Joseon.



Selesai di kiosk pakaian tradisional, kami berjalan lagi sehingga sampai ke patung yang berwarna gangsa.




Patung King Sejong dibina ditengah-tengah Dataran Gwanghwamun pada hari Hangeul bersamaan pada 9hb. Oktober 2009. Patung duduk berwarna gangsa dengan bibir yang tersenyum dan tangan memegang buku melambangkan pencapaiannya yang sangat cemerlang. Patung tersebut setinggi 9.5 meter.

King Sejong adalah orang yang telah mencipta tuisan Korea yang dikenali sebagai Hangeul. Dia juga yang mula-mula menjadikan Korea sebuah negara yang maju dalam bidang pertanian, kesusasteraan, sains dan teknologi. King Sejong dilahirkan dalam tahun 1397. Pada usia 21 tahun, dia telah ditabalkan sebagai raja dan memegang tapuk pemerintahan selama 32 tahun sehingga kematiannya pada tahun 1450.




Dibahagian belakang binaan patung King Sejung terdapat laluan untuk ke bawah tanah dimana telah dibina dewan pameran yang mempamerkan cerita-cerita kejayaan King Sejong sepanjang pemerintahannya selama 32 tahun.




Kami didalam bilik pameran King Sejung.






Keluar dari bilik pameran King Sejong, kami berjalan sehingga sampai di hujung Dataran Gwanghwamun dimana diseberang jalan terdapat pintu gerbang untuk ke Istana Gyeongbokgung. Malangnya pada setiap hari selasa Istana Gyeongbokgung tidak dibuka kepada orang ramai, terpaksalah kami datang semula pada hari yang lain.

Kami berpatah balik untuk menuju ke Stesen Gwanghwamun melalui pintu 9.



Dari stesen Gwanghwamun, kami menaiki tren menuju ke Stesen Yeouinaru. Sampai di Yeouinaru, kami turun dan keluar melalui pintu keluar no. 3. Kami terus berjalan menuju ke Hangang Park.





Berehat sebentar di Hangang Park sambil makan tengah hari bekalan yang kami bawa. Burung merpati pun nak makan sama.






Kapal-kapal yang sedang mudik di Hangang River.






Antara objek yang terdapat di Hangang Park.


Kami terus berjalan menuju ke terminal feri untuk menaiki feri. Sebelum tu kena beli tiket dulu.


 Kaunter jualan tiket untuk menaiki feri (cruise).




Pemandangan dikawasan terminal feri.





Kami dilaluan masuk ke dalam feri.





Santai-santai di atas feri.





Kenangan di Eland Cruise.





 Sempat merakam kenangan bersama jurujual di dalam feri.







Kenangan sebelum meninggalkan feri. Seronok juga naik Eland Cruise di Seoul, tetapi Putrajaya Cruise kami pun belum naik lagi.


Kami mengambil keputusan untuk terus balik ke stesen Yeouinaru kerana ada lagi destinasi yang akan kami lawati.


Dari stesen Yeouinaru kami balik ke arah pusat Bandar Seoul menggunakan laluan no. 5. Sampai di stesen Gongdeok, kami turun untuk tukar tren ke stesen Ichon. Kami menaiki tren di laluan no 4 sehingga tiba di stesen Ichon.



 Stesen Ichon




Kami turun dan terpaksa berjalan kaki agak jauh juga melalui lorong yang membawa kami ke National Museum of Korea iaitu pintu keluar no. 2. 




Keluar sahaja dari pintu no. 2, kami terus sahaja jalan kehadapan sehingga kami nampak National Museum of Korea.







Persimpangan masuk ke National Museum of Korea.







Terpaksa pula menaiki anak-anak tangga untuk sampai ke paras muzium.







Disebelah kiri dalam gambar diatas adalah muzium kanak-kanak tapi kami tak masuk.







Dihadapan National Museum of Korea, masuk adalah percuma, tetapi tiada ramai pengunjung. Di muzium inilah tempat loceng Bosingak di simpan.


Lebih kurang setengah jam berada di National Museum of Korea, kami balik semula ke stesen Ichon untuk pulang ke rumah penginapan. Dari stesen Ichon, kami naik tren laluan 4 untuk ke Gongdeok. Sampai di stesen Gongdeok, kami turun untuk tukar tren lalauan 6 untuk ke Itaewon.

Sampai di stesen Itaewon, kami berpecah. Isteri dan anak-anak nak terus balik ke rumah penginapan. Aku pula nak pergi ke Masjid Seoul.






Untuk ke Masjid Seoul, aku keluar melalui pintu keluar no. 3.







Dari pintu keluar no. 3, aku terus sahaja berjalan sepanjang Jalan Itaewon-ro sehingga sampai ke persimpangan yang ada gerai menjual kebab. Aku melintas jalan dan belok kekanan ke Jalan Usadan-ro.






Aku berjalan menyusuri kaki lima Jalan Usadan-ro. Agak terasa lelah juga kerana jalannya mendaki bukit.





Namun aku teruskan berjalan sehingga jalan tersebut berpecah menjadi dua. Aku mengambil jalan sebelah kiri iaitu Jalan Usadan-ro 10-gil. 




Masuk ke simpang sebelah kiri ke Jalan Usadan-ro 10-gil, aku dah nampak menara masjid. Aku teruskan berjalan walaupun jalan semakin mendaki bukit.





Aku terus berjalan sehingga sampai di persimpangan T dan disitulah pintu gerbang masuk ke Masjid Seoul. Aku menaiki jalan yang lebih curam kerana masjid terletak di atas bukit.







Ini dia masjid Seoul. Aku mengambil masa lebihkurang 15 minit untuk sampai ke sini. Ketika itu cuaca agak mendung dan sudah ada orang datang untuk solat maghrib walaupun waktu asar masih lagi ada lebihkurang 30 minit.







Selepas mengambil wuduk, aku terus masuk kedalam masjid untuk menunaikan solat jamak ta’akhir zohor dan asar. Tidak lama kemudian azan maghrib dikumandangkan. Aku solat maghrib bersama  jemaah yang lain, kemudian aku solat isyak jamak takdim sebelum aku terus balik ke rumah penginapan.