Tuesday, 27 March 2012
Redha Dibalas Dengan Redha
Firman Allah swt di dalam surah Al-Maidah, ayat 119 yang bermaksud: ..Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepada-Nya...Satu hal yang harus disedari adalah bahawa keredhaan hamba kepada Allah swt dalam segala hal akan membuat Tuhannya redha kepadanya. Ketika hamba redha dengan rezeki yang sedikit, maka Tuhannya akan redha kepadanya dengan amal sedikit yang dia persembahkan.Ketika hamba redha terhadap semua keadaan yang melingkupinya dan tetap mempertahankan kualiti keredhaannya itu, maka Allah swt akan cepat meredhainya ketika dia meminta keredhaan-Nya. Dengan kacamata itu, lihatlah orang-orang yang ikhlas, walaupun ilmu mereka sedikit tetapi Allah swt meredhai semua usaha mereka kerana memang mereka redha kepada Allah swt dan Allah swt meredhai mereka. Berbeza dengan orang-orang munafiq,mereka tidak menerima apa yang Allah swt turunkan dan tidak suka terhadap keredhaan-Nya, maka Allah swt pun menolak amalan mereka....di petik daripada La Takhzan (Jangan Bersedih) karangan Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni....bersambung.........
Subscribe to:
Posts (Atom)